Malam itu mereka berkumpul di dalam sebuah bilik Hotel yang jauh berada di luar bandar. Selepas makan malam di restoran yang berdekatan, mereka segera mengambil giliran untuk membersihkan diri, mandi dan menukar pakaian bersih. Manakala Zetty sudah pun tidur setelah di suap makan, dan membersihkan dirinya.
"Jadi Ella apa yang kau dapat?" Tanya Mag memulakan mesyuarat kecil mereka malam itu.
"Kami tidak dapat apa-apa pun, puas kami cari.. pelan, buku-buku lama, maklumat yang tersimpan. Kami ada turun ke pejabat tanah dan ukur..sajalah manatau kot-kot mereka ada simpan apa-apa maklumat mengenai tempat ini. Tapi tiada siapa yang tahu. Penat satu hari berjalan tapi tidak dapat apa-apa juga." Ella mengeluh tak sudah.
"Kau Derna?" Mag beralih arah kepada Derna pula kali ini.
"Peliknya Mrs Alfonsus cakap..tanah itu baru saja di belinya kurang lebih 10 tahun yang lalu, apabila di lelong oleh kerajaan. Bangunan itu sememangnya bukan begitu, hanya sebuah rumah atau pondok kecil kah apa.. aku pun tidak tahulah macam mana rupanya. Kemudian dia yang bina bangunan itu begitu yang pada mulanya mahu di jadikan B&B tapi memandangkan banyak duit perlu ubah suai dan sebagainya.. dia iklankan pada mulanya sebagai pejabat. Selepas beberapa lama barulah dia open untuk di sewa sebagai tempat tinggal. Ertinya..kitalah orang pertama yang tinggal di tempat itu." Panjang lebar Derna menceritakan hasil siasatannya pagi tadi."Jadi pakcik tu?"
"Pakcik tu bila kami tanya dia senyum-senyum saja. Dia cuma cakap tanah kita tu ada yang menahan."
"Menahan apa?" Janet menyampuk.
"Dia tidak cakap apa yang di tahan, dia bagitau saja tempat tu sudah lama di biarkan kosong, asal saja ada orang datang melihatnya.. yang berhajat untuk membeli atau apa-apalah, mesti datang selepas beberapa hari pasti mereka membatalkan niat mereka. Entahlah tiada siapa yang tahu."
"Kamu ada bagitau sesiapa mengenai hal-hal ini?" Tanya Mag dengan serius.
"Tiada, teda lah." Ella dan Derna menjawab dengan serentak."Habis tu kalau semua orang tidak tahu, kita mau buat macam mana? Keluarlah dari tempat tu." Bantal hotel itu di peluk Janet dengan erat.
"Beliau si adik beradik Jessie tu cakap... , ini kita-kita saja ah. Kuatkan semangat kamu dan jaga mult tu ketika mahu komen. Maksud aku hati-hati dengan apa yang kamu mahu cakap lepas aku bagitau kamu ni." Mendengar Mag berkata sesuatu dengan serius, mereka semua membetulkan keadaan duduk mereka yang kini lebih hampir dengan satu sama lain."Beliau dia pesan untuk cari orang yang boleh lihat benda-benda di alam ghaib ni. Sebab menurut dia tempat itu sememangnya keras, dia tidak dapat melihat dengan jelas tempat itu bekas apa..atau asal apa, dia cuma bagitau banyak benda di situ. Seolah-olah itu memang tempat diorang. Sebaik-baiknya kita harus keluar, tetapi selepas mendapat izin mereka."
"Haaa? Kenapa pula mau minta iz..." Suara Ella dalam keadaan sedikit marah.
"Shhhhhh...mulut." Mag berpesan lagi, sambil menjeling.
"Opppps...sorry." Ella lekas-lekas menyedari kesilapannya.
"Sebab kita masuk tanpa izin mereka, masuk-masuk saja begitu seperti kita menyerahkan diri pada mereka. Oleh itu perlu adakan korban sebagai ganti atau.. apa-apalah, baru mereka mahu lepaskan yang lain. Maka..nya, kita perlu cari orang pandai untuk mengadakan pertukaran dan perundingan itu."
"Tapi," Mag menyambung kembali sambil melirik di sekeliling.
"Malangnya.., ada yang sudah mengikut di belakang.. di antara kita di..,"
"Arrrhhh...haaarh.." Beberapa mereka menjerit kecil sebaik saja mendengar apa yang di katakan Mag itu. Siapalah yang tidak takut bila mana ada orang katakan yang.. ada benda mengikut kau selama ini."Habis tu Jessica bagaimana sekarang?" Janet bertanya,
"Dia ok, cuma pandai demam bila waktu senja sehinggalah tengah malam demam panasnya mengigil. Sudah dua kali di bawa beliaunya ke klinik dan hospital, mereka bagi ubat demam tapi masih begitu-begitu juga. Sudah di ambil ujian darah sekarang mereka tunggu keputusan. Bapa dia ada bawa pergi ke gereja untuk di doakan, mula-mula sehari dua ada ok, tapi lepas tu balik juga macam tu. Jadi, bapa dia bawa pergi jumpa orang kampung mereka..tu yang bilang ada yang mengikut dia ni. Benda tu harus di pulangkan di tempat asalnya bilang, kalau betul kita tidak dapat cari lain-lain alternatif, bapa Jessica akan minta orang-orang tua di kampungnya untuk datang melihat di rumah kita tu bagaimana."
"Aduiiii.. kenapa begini complicate sudah? Aku tidak sangka akan jadi begini." Derna kesal dengan semua yang terjadi."Aku rasa aku pun mau mulai demamlah.. air cond ni slow saja, tapi kenapa aku rasa mau mengigil ni?" Janet menyuarakan rasa tidak sedap badannya itu. Segera Mag meramas dahi dan pipinya.
"Kau demam ni Net, dari bila lagi kau demam ni?" Mag segera menyoal.
"Entahlah," perlahan suara Janet.
"Mungkin ada yang mengi..." Belum sempat Ella menghabiskan kata-katanya itu, mulutnya sudah pun di tampar perlahan oleh Derna. Segera dia berhenti dari meneruskan percakapannya tadi.Dalam masa yang sama mereka mendengar Zetty ketawa kecil dengan aneh sekali, duduk-duduk di katil yang di baringnya tadi. Tiada siapa tahu dari bila lagi dia sedar dari tidurnya. Keadaan Zetty yang bermain dengan anak rambutnya itu sambil ketawa kecil tetapi tidak membuka kedua-dua matanya, betul-betul menakutkan mereka.
"Zet...oh Zet, kau ok?" Mag cuba menyapa dengan lembut tetapi menjarakan dirinya sendiri dengan Zetty. Lantas Zetty mengangguk-anggukan kepalanya, kali ini dia bernyanyi tanpa membuka mulut. Humming' orang putih bilang.
"Mag.. eeeeh, aku rasa..kau pun rasa.. dan kita semua rasa.. memang ada yang tidak kena dia ni tau. Aku tau..kau tau..orang lain pun tau kalau tenguk keadaan dia ni." Ella sudah pun memeluk Derna di sebelahnya,
"Ella bah, kalau iya pun lepaskan lah bah leher aku ni. Karang aku pula yang tidak bernafas gara-gara kau ni.. eeeeeeh, lepaslah, sakit bah." Derna cuba meleraikan pelukan tangan Ella di leher dan bahunya.
"Ohhh..ma...mami, arrrrrghhh..mami..!!!" Jerit Janet dengan tiba-tiba. Dia mendongak kepalanya ke belakang dengan terpaksa, seolah-olah ada yang menarik rambutnya dari arah belakang. Rambutnya yang panjang seperti ekor kuda itu di ikat satu saja hari ini, mungkin kerana kesakitan dia hanya dapat menahan rambutnya bahagian atas kepala. Entahlah mimpi atau memang paranormal, keadaan rambutnya juga tegang ke bawah. Tapi kami tidak melihat apa-apa pun yang berada di sana."Net..kenapa kau..kenapa?" Derna pula memegang sebelah-menyebelah pahanya.
"Sakit..sakit..saaa...kit. Lepaslahhhhh!" Janet masih menjerit tidak masuk akal betul. Bagaimana harus yang lain menjawab..lepaskan dari apa pun mereka sendiri tidak pasti.
"Mag...apa kita mau buat ni?" Ella mendesak dalam keadaan genting, tiba-tiba pula yang satu lagi duduk-duduk di katil itu memeluk kedua-dua kakinya dan bersiul memandang keadaan itu. Betul-betul dia membuat posing selamba, dan menongkat dagu."Ohhh..Mag, Errr...grrrrr..Mag, Mag.. macam manalah ni. Apa...apa.. ayuhlah..ayuh. Mag.. Waaawawaaaa...." Ella terlebih dahulu menangis ketakutan dengan keadaan yang tidak pernah di alaminya selama ini. Jangankan Ella, yang lain-lain juga mengaku tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti itu. Tanpa di sedari gigi-gigi depan Derna juga mengetap sendirian, tangan-tangannya mengeletar, semua tulang-belalangnya lemas.
"Wahhhhhhha..haaa..haa..wahhhh.." Janet berteriak dengan lebih kuat kali ini, dia yang sudah pun rebah di lantai tetapi masih lagi memegang rambutnya, menangis dan menjerit dengan kuat sekali.Mag memegang tangan Ella, dan Derna, membawa mereka membaca doa masing-masing sambil menutup mata. Tapi, siapa lagi yang dapat fokus dalam keadaan seperti ini. Mahu saja mereka cabut lari, tapi mahu berdiri itu yang entah iya entah tidak mereka punya kekuatan lagi.
"Pergi dari sini! Pergi! Kami tidak pernah mengacau kamu. Kenapa kamu mahu mengikut kami? Pergi!" Mag mulai bersuara lantang, dengan harapan siapa pun juga dia tujukan ayat itu biarlah di dengari serta-merta.
YOU ARE READING
Stella Avenue
HorrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...