"Mag.. Janet. Mag.... Janet lah." Suara Ella separuh menjerit.
"Shhhhhh. Itu bukan dia. Kalau itu dia.. sudah tentu dia akan duluan datang ke tempat kita."
"Maksud kau?" Ella menahan Mag dari meneruskan perjalanan.
"Malam ni ja.. itu Janet yang ke 4 sudah aku nampak. Jadi apa pun yang kau nampak jangan pedulikannya. Faham?!"
"Tapi.."
"Rossella.. focus, just focus and shut your mouth." Marah Mag dengan Ella yang terlalu banyak soalan. Kata orang dalam keadaan begini tidak bagus menanyakan banyak soalan. Tapi generasi sekarang ini sudah tidak endahkan kata-kata orang dulu-dulu."Mag.. Ella. Pakcik cari-cari kamu tadi." Suara pakcik Asin di belakang mereka.
"Maggggggg.." Mengingatkan pakcik Asin palsu yang mengikuti mereka sebentar tadi, Ella terus memeluk Mag dengan erat.
"Errr.. betulkah kau pakcik Asin?" Tanya Mag takut-takut.
"Kenapa kamu tanya begitu? Kan tadi pakcik suruh kamu tunggu di luar bilik tu, jangan kemana-mana."
"Ohh..ertinya di situlah kami berjumpa dengan pakcik Asin yang lain." Tanya Mag sendirian sambil memikirkan hal sebelumnya.
"Maksud kamu?" Pakcik Asin bingung tidak faham apa yang di katakan Mag.
"Kamu kenapa Ella?" Melihatkan Ella langsung tidak mahu melihat dia.
"Jangan dekati saya, siapa pun kau.. jangan dekati saya." Keras amaran yang di berikan Ella.
"Kenapa? Ada apa yang berlaku? Eh, mana yang lain?"
"Pakcik kami jumpa yang serupa pakcik tadi." Jelas Mag untuk menjawab rasa keliru pakcik Asin, sebaik-baiknya dia juga tahu apa yang sedang terjadi.
"Oh.. lupa pakcik bagitau, perkara itu memang biasa kalau dalam upacara ini. Kadang kamu melihat diri kamu sendiri."
"Hah?" Ella terperanjat kecil mendengar penjelasan pakcik Asin.
"Jadi mana yang lain?"
"Mereka dekat pintu masuk tepi tangga tu, tapi pintu pagar tu tidak boleh buka."
"Tiada pintu yang boleh di buka pada waktu-waktu sekarang, tidak apalah.. mari kita ambil kawan-kawan kamu yang lain, kita duduk semua di ruang tamu." Ajak pakcik Asin kepada mereka.Seperti reaksi Ella, begitu juga reaksi Derna dan juga Naomi ketika melihat pakcik Asin, takut dan menjerit kecil. Mungkin takut untuk melihat rupa yang sama sebelum ini. Setelah di yakinkan oleh Mag dan Ella barulah mereka sedikit berkeyakinan untuk mengangkat muka mereka memandang pakcik Asin.
"Jesscila belum sedar lagi?" Pakcik Asin meletakan jari dekat dengan kedua-dua lubang hidung Jesscila untuk merasai kalau-kalau dia masih bernafas atau tidak.
"Pakcik kenapa dengan dia?" - Derna,
"Rohnya sedang berjalan dengan roh yang lain, sebab itu badannya seperti mayat tidak mempunyai apa-apa pergerakan langsung."
Pakcik Asin mengangkat Jesscila tanpa membuang masa dan membawanya ke ruang tamu, apabila di lihat oleh bapa Jess terus saja di sambut dan di baringkan berdekatan di mana Aki Gulinou duduk.Mereka yang lain di suruh duduk di tepi-tepi dinding tanpa membuat bising dan tidak bergerak ke mana-mana. Melihatkan pakcik Asin, bapa Jesscila dan Aki Gulinou di situ hati mereka lebih tenang daripada bersendirian di dalam bilik tidur sebelum ini. Tapi dalam masa yang sama mereka juga melihat ada kehadiran kuasa lain yang berada di situ. Beberapa 'hantu' perempuan yang berjubah putih juga berada di situ, kaki mereka tidak pun sampai ke lantai. Itulah pertama kali ada di antara mereka mengalami pengalaman itu, pengalaman paranormal yang betul-betul berada di hadapan mereka. Belum sempat mereka melihat dengan lebih lanjut, bapa Jesscila datang mengusap sesuatu di dahi dan belakang telinga mereka masing-masing. Mereka langsung tidak bertanya atau bersuara. Tetapi selepas itu perlahan-lahan hantu-hantu' perempuan di situ hilang dari padangan mata mereka. Debaran mereka juga semakin berkurangan.
Lain pula halnya dengan Mag yang di katakan terpilih melalui kelahiran, adakah itu secara kebetulan atau memang sudah lumrah dan perkara yang di warisinya, dia sendiri tidak tahu. Dia masih dapat melihat perempuan-perempuan itu di situ dengan 4 orang lagi lelaki yang segak berkot dan berpakaian seragam. Ada di antaranya yang mendekati mereka, cepat-cepat dia memejam matanya, tetapi melihatkan reaksi kawan-kawannya yang selamba dan sedikit pun tidak bergerak semasa hantu-hantu itu mendekatkan muka mereka, barulah Mag faham yang kawan-kawannya cukup beruntung kerana tidak melihat apa-apa lagi. Itu rupanya kegunaan benda yang di sapu oleh bapa Jesscila tadi, sedikit-sebanyak melindungi mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa daripada ketakutan dan juga jatuh sakit. Sebab tidak semua orang dapat menerima apa yang di lihat dengan mata kasar itu dengan hati yang tenang, kebanyakan mereka hilang semangat, dan jatuh sakit.
"Kenapa kamu mau dia?" Tiba-tiba aki Gulinou bersuara, dengan suara yang agak perlahan dan hampir-hampir tidak dengaran.
Perlahan-lahan jelmaan itu bergerak membuat satu bulatan dan mengangkat tangan, tiba-tiba pula ada api di tengah-tengahnya. Api besar dengan teriakan, jeritan juga tangisan yang berpanjangan. Mag menutup kedua-dua telinganya kerana tidak selesa mendengar suara-suara yang menakutkan itu. Dia tahu betapa seksanya suara-suara itu dengan hanya mendengar jeritan mereka tidak henti-henti.Saat itu juga muncul seorang perempuan yang rambutnya bersanggul bulat, gaun nya berheret di lantai. Mag berusaha ingin melihat wajahnya tapi tidak di tunjuk sama sekali. Wanita itu berjalan hingga ke penjuru dinding yang sudah pun siap sedia seutas tali yang entah dari mana munculnya, dia naik ke atas kerusi kayu kemudian menggantungkan dirinya di situ.
"Haaaarrrhh.." Jerit Mag tanpa dia sendiri sedari. Cepat-cepat pakcik Asin membisik di telinga dia, mungkin menyuruh dia bertenang dan tidak melihat kejadian itu. Mag kemudian tunduk sambil menutup matanya. Manakala Ella dan Derna yang begitu hampir dengannya hairan dan hanya memeggang lengan Mag kerana tidak tahu apa-apa.Lama juga mereka berada di situ tanpa dapat melihat apa yang terjadi sebenarnya, ada yang sudah terlelap kerana tidak dapat menahan mata lagi. Sudah hampir seminggu mereka tidak mendapat tidur yang cukup, siapalah yang sanggup dengan keadaan begitu. Sehinggalah pakcik Asin sendiri mengejutkan mereka untuk masuk ke dalam bilik yang mula-mula sekali tadi untuk masuk tidur. Katanya upacara itu sudah hampir tamat, dan ada baiknya mereka masuk tidur. Mereka tidak banyak cakap cuma menurut saja apa yang di katakan pakcik Asin.
Setelah menghantar mereka di bilik tidur Mag tempat mereka bergumpul, pakcik Asin memastikan mereka tidur mengikut susunan sebelum ini, dan meminta mereka memberi ruang kepada tempat tidur Zetty dan Janet. Mereka tidak banyak tanya hanya melakukan seperti apa yang di arahkan oleh pakcik Asin itu. Apabila pakcik Asin mematikan suis lampu, masing-masing meletakan kepala di bantal masing-masing dan terus saja melayan kepenatan mata.
Esok paginya apabila pakcik Asin mengetuk pintu bilik mereka, Derna bangun membuka pintu walaupun pintu itu tidak berkunci sebenarnya. Dalam masa yang sama Mag, dan yang lain-lain bangun menggeliat sambil menggosok-gosokan mata mereka. Pakcik Asin meminta kebenaran untuk berjalan masuk ke dalam bilik itu di ikuti pakcik Indu dan juga bapa Jesscila. Pakcik Aswat dan aki Gulinou hanya berdiri di luar muka pintu. Mereka terpingga-pingga seketika dengan kehadiran banyak-banyak orang di situ.
"Kamu kenal siapa pakcik?" Tanpa pakcik Asin,
"Kamu tau kamu di mana?" Tanyanya lagi.
Apabila mereka membuka mata besar-besar alangkah terperanjat gembiranya mereka melihat Janet dan Zetty turut berada di antara mereka tidur di dalam bilik itu. Mereka segera memeluk 'yang hilang telah di pulangkan' yang telah di kembalikan pada hari itu. Pakcik Asin menghulurkan air yang sudah pun di tawar untuk kedua-duanya minum.Janet dan Zetty kelihatan seperti biasa, cuma sedikit lemah seperti orang yang tidak tidur dalam 24 jam sudah. Bila di tanya apa yang mereka ingat, kata mereka..
"Saya duduk di ruang tamu tapi tidak dapat bergerak. Saya nampak kamu semua, saya panggil-panggil tapi tiada siapa yang dengar. Satu hari saya di situ tapi tidak dapat buat apa-apa, peliknya saya tidak berasa haus ataupun lapar. Sekarang barulah saya rasa lapar." Menurut Janet yang sudah pun melihat pusing-keliling bilik itu mencari-cari apa yang boleh di makan."Saya berdiri dekat pintu ruang tamu, saya juga melihat kamu semua tapi saya tidak boleh bergerak sebab tangan saya seperti di peggang lembaga hitam dan tinggi betul. Saya tidak berani tengok muka dia. Bila kau lalu-lalang di sana Mag, saya cuba capai kau tapi kau limpas saja tembus badan saya. Masa tu saya ingat saya sudah mati. Tapi bila nama saya di panggil balik-balik oleh tu orang tua yang tuuu nah.. yang datang ambil saya dan hantar saya balik sini." Cerita Zetty pula.
Berganti-ganti mereka memeluk Janet dan Zetty, bersyukur kawan-kawan mereka itu sudah di ketemukan. Tetapi.., seperti biasa.. selepas satu selesai ada lagi lain yang belum selesai.
"Apa maksud unkel?" Tanya Naomi apabila melihat bapa Jesscila mengusap lembut rambut anaknya itu, dan memanggil nama Jesscila berulang-ulang kali tetapi tiada tindak balas langsung. Mukanya pucat, bibirnya sedikit biru-biru. Dia masih tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Stella Avenue
TerrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...