Hari itu mereka pulang ke rumah dengan hati yang berat, mereka sedar kalau betul mahu terus kekal tinggal di situ, mereka terpaksa memberanikan diri dan membiasakan dengan suasana keadaan di dalamnya. Di zaman moden ini sudah kurang orang yang mempercayai hal-hal sebegitu, walaupun mereka melihat dengan mata mereka sendiri, tetap juga mereka ingin mengeraskan hati dan mencuba untuk tidak mengendahkan semua gangguan itu. Kata orang makin kau takut makin kau di kasih nampak, ada pula yang cakap berani kerana benar, takut kerana salah.
Petang itu seorang pakcik dari sebuah kampung ******** di panggil untuk membaca doa sebagai perlindungan kepada tempat itu. Tidak ada lain yang di katakannya, cuma jangan membuat bising sebab setiap mana-mana tempat yang sudah di tinggalkan dalam jangka masa yang agak lama tentu saja ada yang masuk untuk menghuninya. Oleh itu, pakcik yang separuh abad usianya itu membacakan doa dan jampinya bagi meminta dengan baik penghuni-penghuni yang menakutkan di situ untuk keluar dari rumah yang sudah ada pun manusia sendiri yang tinggal. Entahlah sejauh mana keberkesanannya tetapi sebaik saja pakcik itu pergi belum ada apa-apa lagi perkara luar biasa yang berlaku.
Seminggu sudah berlalu dan keadaan sudah kembali tenang, sedikit sebanyak mereka semua berasa lega. Rutin harian mereka berjalan seperti biasa, Zetty juga sudah kembali ke rumah itu dengan lebih ceria dan sihat seperti sebelumnya.
Mereka kembali memasak dan makan bersama-sama, lebih yakin ketika bersendirian dan kali ini lebih senyap tidak seperti sebelumnya bergurau sambil menjerit-jerit dan berkejar-kejaran.
"Akhirnya, kita dapat juga tinggal rumah ini dengan tenang. Tinguk..kalau kita semua bersatu-hati pasti kita dapat mengalahkan apa juga cobaan yang datang." Derna sibuk mengunyah keropok ubi itu sambil memerhati Mag yang sedang mencuci piring.
"Harap-haraplah tenang yang berpanjangan. Jangan saja..," Mag berhenti di tengah-tengah ayatnya.
"Jangan saja apa?" Tanya Janet ingin tahu. Sambil memandang tepat ke arah Mag,
"Err...tiada. Tiada apa-apa." Mag ragu-ragu untuk menyambungnya, rasanya adalah lebih baik menyimpannya jauh di dalam hatinya saja."Babe," Suara Jack miang-miang keladi memandang Ella di dalam kegelapan suasana kereta Ford yang di pandunya.
"Napa ni?" Ella juga menjawab dengan seribu satu kemanjaan.
"Marilah bah tidur di rumah ni malam. Risaulah..kau tidur sendiri di dalam rumah ni. Tengok dari luar pun menyeramkan.
"Aaah..bukan juga bah aku satu orang, ada 7 orang lagi di rumah ni. Di bilik sajalah yang satu orang. Apa juga bah yang mau di takutkan, bukan ndak biasa tidur satu orang pun." Ella memeriksa telefon bimbitnya di dalam beg tangan Gucci kebiru-biruan itu.
"Iyalah, tapi yang 7 orang tu semuanya pun perempuan. Kalau ada apa-apa macam manalah? Patut ada lelaki bah di sini ni, biar pun satu orang. Berani betul bah kamu semua ni."
"7 orang perempuan tu pun kuat-kuat bah semua, apa kau ingat cincai?" Ella menjeling dan mengukir senyuman kecil pada Jack.
"Hmmm..iyalah tu." Jack mengiyakan saja.
"Ok, dear.. i go now, see you tomorrow," Ella sudah pun bersedia untuk membuka pintu kereta itu,
"Aiiik..itu saja..see you tomorrow?" Jack menarik muka panjang, ketara betul ada sesuatu yang di mahukannya. Ella tersenyum lagi seakan-akan tahu apa yang di hajati buah hati kesayangannya itu. Dia menutup kembali pintu itu dan menarik bahu Jack yang hanya menurut saja. Ella mencium penuh bibir kekashinya itu, untuk seketika mereka bermain dan menikmati ciuman selamat tinggal yang lebih panjang dari selalunya. Tangan Jack juga sudah menjalar ke pinggang Ella, dan ciuman tadi turun ke dadanya putih melepak itu. Dengan debaran dan nafas yang tidak teratur, Ella mengeluh dengan suara seksinya yang memberikan lagi galakan pada jack untuk meneruskan lagi perbuatannya itu. Dia yang sesekali mengigit bahu Jack sudah begitu sukar untuk mengawal dirinya sendiri, malah pelukannya semakin erat di tubuh lelaki yang di cintainya."Jack, Jack!" Ella separuh menjerit dan cepat-cepat menutup mulutnya. Tetapi tidak di endahkan kekasihnya. Lantas, menampar belakang Jack beberapa kali sehinggalah Jac berhenti dari ciuman berahinya itu.
"What?!" Katanya dan berhenti dengan serta-merta melihat Ella. Dengan wajah Ella yang sudah pun nampak pucat, dengan tangannya yang menutup rapat mulutnya itu. Matanya besar melihat ke arah depan tanpa berkelip, ternyata ada sesuatu yang menganggu penglihatannya. Sebaik saja Jack menoleh ke depan cermin luas di hadapannya, jantungnya hampir berhenti untuk berdegup, badanya lemas, kakinya kebas. Alangkah terkejutnya dia melihat sebaris jelmaan yang juga sedang melihat ke arah mereka di dalam kereta itu. Dia cuba membilang satu demi satu, beberapa kali. Betul ada 7 orang semuanya, perempuan dan lelaki yang sedang memegang lampu pelita yang berupa lilin agaknya, kalau tidak silap dia. Semua mereka berjubah putih, dengan wajah yang kurang jelas terkena pantulan cahaya pelita yang di peggang setiap seorang dari mereka. Rambut panjang menutup wajah bagi yang perempuan.Jack bergegar, dia menelan air liur beberapa kali. Manakala Ella sudah pun menyembunyikan wajahnya di bahu Jack dengan menutup rapat kedua-dua matanya.
"Errrheeee...grrrrrhh..Ja.....Ja..Jack," panggilnya dengan suara yang terketar-ketar, seperti orang yang sememangnya nampak hantu. Cepat-cepat Jack mengunci kesemua pintu keretanya, dia langsung tidak bermaya untuk memandu pergi dari situ, kakinya begitu berat untuk di gerakan, sedangkan memijak pedal minyak itu juga boleh-boleh tidak sampai. Mulutnya pula terkunci rapat, tiada perkataan yang mampu keluar dari bibirnya. Buat pertama kalinya dia melihat perkara aneh itu, satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkannya lagi, dia tidak dapat menggerakan badannya, hanya air mata saja yang mengalir di hujung mata. Fikiran kosong itu betul-betul sudah tidak berfungsi dalam situasi begitu, terasa macam mau kencing pun ada akibat gegeran kepala lututnya yang semakin jelas terasa."Tuhan, lindungilah kami. Jauhkan lah kami dari segala bahaya dan kuasa jahat..," belum sempat dia menghabiskan secebis doa yang di karangnya sendiri di dalam hati, sekumpulan jelmaan itu bergerak dengan perlahan dan masih dalam barisan menuju pintu masuk utama bangunan di hadapan itu. Satu-persatu jelmaan tadi masuk menembusi pintu yang sememangnya tertutup rapat, tanpa ada bunyi yang boleh di dengarinya.
"Errrrrrrrrrrrrrhhhh...huuuuuuuuuuuh, errrhhhhhh..huuuuuuh," dia menarik dan menghembuskan nafas kembali untuk mencubai mengawal keadaan diri dan badannya.
"Ujian apakah ini?" Barulah dia mendapat kekuatan untuk mengeluarkan perkataannya semula.
"Babe.. babe..., Ella! Look at me." Jack mendesak untuk Ella mengawal dirinya juga.
"Mereka sudah pergi?" Tanya Ella yang masih lagi ketakutan.
"Hrrm.." Jack hanya mengangguk. Dia mengusap kedua-dua lengan Ella, membantu untuk menyalurkan sedikit tenaga positif, kerana itulah yang di perlukan Ella buat waktu ini.
"Malam ini, kau tidur saja di tempat aku." Jack memberi arahan.
"Aku..aku..warrrghhhhhhh.." Berderai juga air mata Ella akhirnya.
"Its ok..its ok..shhhhh," Jack cuba memujuk.
"Aku.. aku tidak mahu tinggal di rumah ini lagi." Demikian Ella meluahkan perasaannya itu.
"Babe, rumah ini berisi. Aku tidak tahu bagaimana kamu boleh tinggal di sini. Ini pertama kali aku melihat barang begini. Kuat kuasa rumah ini, kamu perlu keluar dari sini." Kata Jack yang sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk berlalu pergi dari situ."Bukan kau kata kamu dah panggil orang usir benda di dalam rumah itu?" -Jack
"Ya, sekarang sudah masuk beberapa minggu belum ada lagi apa-apa gangguan. Mungkinkah aku silap tengok benda tadi tu? Katakan kau tidak melihatnya dan itu cuma perasaan aku saja." Ella cuba memujuk hatinya sendiri.
"Babe, aku juga nampak dengan jelas tadi tu." -Jack
"Jack, Jack.. aku takut." -Ella
"Kau ingat aku tidak takut, call dulu kawan-kawan kau di sana bagitau yang kau tidak balik malam ni. Nanti mereka tercari-cari pula." -Jack"Apa aku mau cakap pasal benda ramai-ramai tu?" -Ella.
"Eh, yang itu kau jangan cakap, nanti mereka tidak boleh tidur pula. kau juga cakap yang tidak ada apa-apa gangguan dia sana." -Jack
"Kalau mereka di kacau malam ni.. macam mana?" Ella betul-betul risau, takut dan cemas.
"Apa kita boleh buat? Nasib merekalah, kita pun baru juga kena tadi, ada hati lagi kau fikir pasal orang lain. Tapi yang aku rasa ganjil, kau cakap tadi.. ada lagi 7 kawan kau di sana kan, 7 lagi kawan kau di rumah itu kan?" Jack melirik sekejap ke arah Ella yang berada di sebalahnya.
"Ya, kan kami semua 8 orang di dalam rumah tu. Jadi tinggal 7 lagi lah diorang sana tu." Ella memberikan kepastiannya.
"Itu secara kebetulan atau.." Ada sesuatu yang cuba di fahamkan oleh Jack,
"Atau??" Ella langsung tidak mengerti.
"Ketujuh-tujuh benda tu masuk ke dalam rumah tu, tapi kenapa ada 7? Kenapa bukan 10, atau 5?" Dia masih bermain dengan teka-teki.
"Apa kau cakap ni?" Ella semakin tidak sabar untuk mengetahui perkara yang di fikirkan Jack.
"Ada 8 bilik dalam rumah tu kau kata. Sebab itu kamu seorang satu di dalamnya, dan ada 8 orang semuanya.. termasuk kau. Kalau betul setiap bilik itu juga berpenghuni.. ertinya ada 8 mereka tadi. Tapi... aku cuma nampak 7. Aku kira tadi cuma ada 7. Mustahil aku silap kira kan, jadi.. mana yang sa..,"
"Wahhhhhhhhh, arrrrrrrrrrrrrrrh.. haaaaaaaaaaah." Lantang Ella menjerit dengan tiba-tiba, sambil melompat-lompat sendiri di tempat duduknya, serta menunjukan cermin kecil di hadapan itu. Pantas Jack melihat sama dan sekali lagi.. tekaannya betul. Ada seorang lagi sebenarnya..., yang telah pun menjadi penumpang mereka di belakang. Kerana terkejut sakan, dia hilang arah dan buat seketika dia gagal mengawal stereng keretanya yang hampir-hampir terbabas dari jalan besar itu.
YOU ARE READING
Stella Avenue
HorrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...