Part 10

63 3 0
                                    

"Ella, kau yakinkah apa yang kau nampak tu?" Derna mengigit kukunya asyik mendengar cerita Ella tadi.
"Aku tak bohong bah, kau boleh tanya Jack." Ella duduk memeluk kedua-dua lututnya di katil Janet.
"Zetty belum sedar, hati aku terlampau berat sekarang ini. Naomi bilang selagi dia belum dapat tempat baru dia akan menumpang di rumah kawannya dulu. Kau Ella?" Tanya Mag,
"Adik si Jack sudah pulang hari ini, terpaksalah aku balik sini." -Ella
"Jadi, tinggal kita berlima lagi di sini. Kita perlu buat sesuatu. Tidak boleh biarkan perkara ni berterusan begini. Kalau pun aku ikut tinggal dengan abang aku, takanlah aku kasih tinggal kamu sendiri-sendiri di sini kan." -Mag
"Jadi apa yang kita perlu buat sekarang?" Janet masih kelihatan pucat menyandar di dinding biliknya.
"Net kau dengan Vijay tinggal sini hari ini tengok-tengok kan si Zetty. Mana boleh kita tinggalkan dia macam tu, kalau tengahari ini dia belum sedarkan diri, bawa dia pergi ke hospital. Kamu tau.. doktor tau.. aku pun tau dia tidak sakit, tapi sekurang-kurangnya boleh pantau keadaan dia. Haraplah tiada yang serius." Mag memegang dahinya, nampak betul fikirannya berserabut ketika ini.

"Roby hari ini tidak kerja, jadi kami boleh.." Derna pula menyuarakan keluangan masanya pada hari itu, dan bersiap-sedia untuk membantu dalam apa jua mengikut kemampuannya. Dalam keadaan begini, perlunya untuk mereka bersatu-padu.
"Bah.. kamu pergi rumah Mrs. Alfonsus dan si pakcik tukang rumput tu, cuba.. try dulu korek-korek rahsia dari diorang apa ada dalam rumah ini. Kau faham kan apa aku cakap?" Mag mula mengagih-agihhkan tugasan untuk di lakukan mereka semua, untuk menyelesaikan satu perkara itu ada baiknya mencari puncanya terlebih dahulu. Kalau asyik melarikan diri saja sampai bila-bila pun tidak akan dapat di selesaikan, dan pastinya apa yang mereka lalui di sini akan sentiasa menjadi ingatan dan memburu mereka kemana-mana pun.

"Jadi aku?" Ella menggangkat tangan memandang wajah Mag yang berdiri gelisah di hadapannya.
"Kau dengan Jack cuba ke perpustakaan di bahagian tempat penyimpanan surat khabar lama, aku ada kawan di perpustakaan negeri di ******** aku call dia nanti, kamu pergi jumpa dia untuk cari rekod mengenai tempat ini." Mag sudah membuat pelannya betul-betul seperti seorang penyiasat. Tapi yang sebenarnya, hanya itu yang dapat mereka usahakan, tidak ramai orang yang tahu akan kewujudan bangunan itu. Beberapa jiran yang terdekat pun semuanya penghuni-penghuni baru di sini, apa lagi kaedah yang mereka ada selagi tidak di cuba semuanya.

"Baiklah," Ella mengangguk menuruti arahan Mag itu.
"Jadi kau Mag?" Tanya Janet pula,
"Jesscila text aku tadi, kakak dia sakit beberapa hari ini tidak dapat bangun. Ada orang pandai tenguk yang... ermmmm.. aarrhhhh.." Mag ragu-ragu di situ.
"Apa?" Derna sudah tidak sabar untuk mengetahuinya.
"Cakaplah!" Ella pula kini bersuara.
"Ada itu barang bersama-sama dia, ikut-ikut dia." Mahu tidak mahu Mag melafazkannya jua.
"What?!!" Janet cepat-cepat menutup mulutnya, manakala Ella pula bangun dan segera duduk menghimpit di antara Derna dan Janet.
"Maksud kau.. setiap kita ada yang mengikut?" Mengigil suara Ella apabila mengingati apa yang terjadi pada dirinya dan Jack beberapa hari yang lalu.
"Entahlah, inilah aku mau pergi rumah diorang mau tahu hal sebenar. Dengar-dengar diorang dari keluarga yang pandai-pandai untuk menawar. Lepas tu, nanti singgah tanya paderi di gereja dekat tempat tinggal kawan aku, Naomi katanya akan tolong tanya ustaz tempat adik dia belajar mengaji tu." Mag mengambil tempat duduk di katil Janet.

"Aduiii Mag, aku tidak sangka perkara ni begini serius. Macam cerita paranormal pula di tv tu.. kita mengejar hantu."
"Choiiiiiiiiiiiiii..!!! Mulut, kau ni tidak betul sayang mulut. Jangan cakap bukan-bukan. Kalau aku banyak duit kenapalah aku pergi tinggal di hotel sampailah aku dapat tempat tinggal baru." Kedengaran marah Ella mendengar Derna yang bercakap tidak bertapis.

"Masalahnya, kita tidak tahu apa-apa. Kalau betul tempat ni keras, kita cari jalan untuk bersih kannya. Tuhan itu ada, kita cuma perlu berusaha. Tapi kalau betul di luar kemampuan kita, aku cuma harap tidak terjadi macam Jessica pula. Kita cuba dulu, dan dengar pendapat orang lain yang handal dan pro dalam hal ini. Susahlah setiap kali ada masalah kita terpaksa keluar dari tempat kita sendiri. Tengok rumah lama tu, gara-gara tuan rumah mau jual rumah tu, tidak bagi notis pun terus-terus saja suruh kita keluar. Lepas tu hal ini, nanti lepas tu apa pula?" Mag juga kesal dengan apa yang mereka lalui dan nasib yang menimpa mereka.

   Hari sabtu itu berlalu dengan cepat, jam sudah pun pukul 5 setengah petang tapi belum ada berita dari mereka-mereka yang keluar mencari maklumat dan pertolongan. Manakala Janet dan Vijay masih lagi terperuk di dalam bilik untuk memantau keadaan Zetty. Sejak Zetty bangun, dia seperti bukan dirinya sendiri. Minum pun tidak, makanan pun tidak di endahkan. Bila Janet menyapa, dia tidak melihat. Kepalanya senget ke sebelah kiri, dan anak matanya asyik memandang di penjuru dinding bahagian atas. Kekadang mulutnya berbisik sesuatu, apabila Janet mendekatkan telinganya, segera dia menjauhkan diri dari Janet.

   Aikk.. mestilah Janet dan Vijay juga rasa seram sejuk, tapi mengingatkan pesan Mag dan yang lain takanlah pula mereka tinggalkan Zetty begitu saja. Sudahlah keluarganya jauh, dia seorang diri saja di kota raya besar ini. Walaupun sebenarnya mereka tidaklah berapa rapat sangat dengan dia, tetapi mereka menganggapnya seperti keluarga sendiri, bila sudah tinggal sama-sama di bawah satu atap.

"Net, mana kamu sekarang?" Mag bercakap sebaik saja panggilannya di jawab Janet.
"Di dalam bilik, kenapa?"
"Kau bawa apa-apa yang patut, kita tidur di hotel saja malam ini."
"Kenapa?" Janet berasa tidak puas hati.
"Kau dengar cakap aku, kau bawa baju lebih-lebih, masuk bilik aku.. kau tarik-tarik saja baju aku lebih-lebih. Kita tidur di hotel malam ni."
"Mag.. kenapa bah? Jangan kasih takut aku bah. Kestau dulu kenapa?" Suara Janet jelas kelihatan gelisah.
"Kau buat saja apa yang aku cakap tu, bawa Zetty sekali. Dia tidak mau pun kau paksa saja."
"Tapi kan.. si Zetty kan.. dia kan.., hurrrrm.. macam mana mau cakap ni.." Tersekat-sekat penjelasan daripada Janet.
"Kenapa dia? Dia sudah sedarkah?"
"Macam ada yang tidak kena dengan dia, lain-lain ni, ndak mau bercakap, tengok kami pun tidak."
"Bah, kau bawa saja dia keluar nanti. Bila kamu sudah dalam kereta nanti aku bagitau hotel mana." Mag mengakhiri perbulan itu.

   Apa lagi kelam kabut Janet yang di bantu Vijay menarik bagasinya yang beroda itu, tanpa berfikir lebih panjang beberapa helai pakaian dan pakaian dalam di masukan di dalam isi beg itu.
"What she said?" Tanya Vijay kepada Janet akan perbualan telefon di antara dia dengan Mag.
"Are you sure.. we need to get out from here?" Soalan baru pula keluar dari mulutnya, melihat akan cara Janet mengemas barang-barang di hadapan matanya itu sudah cukup membuatkan perasaan ingin tahunya membuak-buak. Tetapi masih lagi tidak di layan oleh Janet, dua soalan tadi di biarkan begitu saja. Sudah beberapa kali Janet melirik ke jam Casio di tangannya itu, sudah hampir jam 7 malam. Hatinya mulai berdegup tidak keruan, segera dia mematikan soket utama di dalam bilik itu.

"Ok, im ready." Lafaznya,.
"Zetty, jom keluar dari sini." Dia menarik tangan Zetty, tiada tindak balas dari Zetty seolah-olah dia tidak mendengar apa-apa pun. Begitulah juga selepas di pujuknya dua, tiga kali.. tetap tiada respon dari Zetty, jangankan angguk-angguk kepala, anak matanya juga masih tidak berganjak dari penjuru dinding itu. Ada sekali Vijay berdiri di penjuru itu di mana tempat tumpuan anak mata Zetty, tapi tidak juga mengubah apa-apa. Namun jauh di sudut hatinya dia percaya ada sesuatu yang di lihat oleh Zetty di situ, kalau tidak masakan Zetty seperti di pukau, betul-betul tidak sedarkan diri walaupun matanya terbuka dan kadang-kala menggaru kaki atau tangannya.

   Mereka keluar perlahan-lahan memandangkan mereka terpaksa menarik Zetty sama untuk pergi dari situ. Keadaan di luar sudah pun hampir gelap, tanpa menoleh ke belakang lagi, Janet terus saja masuk ke dalam perut kereta dan duduk bersebelahan dengan Zetty di tempat duduk penumpang di belakang. Sesekali Zetty tersengih-sengih.



Stella AvenueWhere stories live. Discover now