Part 15

49 4 0
                                    

   Apabila mereka sampai di hotel tempat mereka menginap Jesscila, bapanya dan seorang lagi lelaki lingkungan 60an menunggu di lobi hotel. Mag membawa mereka duduk di restoran hotel itu terlebih dahulu, memesan minuman dan juga beberapa potongan kek sementara mereka berbual dan berkenalan. Lagipula kesian menunggu lama-lama di sana tentu saja tekak mereka kering, walaupun dalam hal-hal kecemasan begini, adab itu haruslah di jaga apa lagi dengan orang tua kan.

"Unkel macam mana sudah keadaan si Jessica?" Tanya Mag membuka bicara.
"Ohh.. hmm.. begitu-gitu jugalah. Kalau malam pandai panas dan mengigau, kadang pandai bangun dan berjalan sendiri dalam tidur. Kalau pagi omm.. jarang dia bercakap, selalu sendiri-sendiri. Tapi makan jugalah, kalau kami tanya menjawab juga dia. Cuma lebih pendiam dari yang biasa-biasa." Bapa Jesscila berterus-terang akan keadaan anaknya itu.
"Aaah..ini siurang punya saudara jauh juga ini, dialah yang mengubat si Jessica sekarang. Kamu panggil saja dia Unkel Onong. Dia yang biasa dan pandailah orang bilang kalau sakit-sakit halus begini. Banyak sudah orang dia ubat ni, macam-macam jenis sakit. Kamu cerita saja sama dia semua, jadi dia tau apa atau macam mana mau buat kan." Sesekali bapa Jesscila mengosok-gosok tapak tangannya semasa bercakap dengan mereka.

"Begini bah unkel.. kami ini tidak tahu bah mula-mula itu rumah tempat kami tinggal..dan bla..bla..bla.." Mau-mau juga 5 minit terus Mag menjelaskan akan situasi yang mereka hadapi dari awal sampailah waktu itu, yang kadang-kala di sampuk oleh Derna, manakala Ella dan Janet sudah pun terlebih dulu naik ke atas untuk melihat keadaan Zetty yang di tinggalkan sendirian dari pagi.

"Pertama-tama sekali saya ini perlu tinguk itu tempat macam mana, selalu kalau mengubat orang begitu bah. Sebab yang kakak dia ini (sambil menunding jari ke arah Jesscila yang duduk di sebelah bapanya ketika itu) kadang saya nampak ada yang menunggu di situ, kadang pula lain lagi yang saya nampak. Jadi saya tidak tahu apa yang ini benda mau, maksudnya susahlah kamiurang mau bertanya atau soal jawab situ. Tapi memang saya ada halau juga dari ikut kakak dia ini, dia hilang sekejap tapi lepas tu ada yang lain lagi. Itu yang saya tidak tahu."
"Jadi, unkel bilang.. bukan ada satu sajalah yang mengikut? Tapi ada yang lain lagi? Huuuuh?" Derna menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Kenyataan itu satu kejutan buat dia.
"Begitulah tu kalau yang saya nampak." Akui Unkel Onong.
"Bila unkel fikir mau pergi di sana?" Tanya Mag.
"Om.. bah kalau kamu senang buli juga dah sekarang. Jauh kah itu tempat?" 
"Tidak juga bah, dalam setengah jam kalau tidak jam jalan. Tapi unkel tidak kelam kabut juga bah balik kan? Kamu tidur di sini bah ni malam kan Jess?" Mag melihat jamnya sudah pun pukul 6 petang.
"Iya di sinilah kami tidur ni malam, sebab susah juga kalau pulang balik kan." Jesscila sudah pun menempah lebih awal satu bilik untuk kedua-dua beliau itu, manakala dia akan berkongsi di bilik mereka.

   Dari kejauhan Ella dan Janet kelihatan tergesa-gesa berlari mengegarkan suasana di sana di tambah lagi dengan badan Janet yang besar itu, sepertinya di heret-heret saja selipar yang di pakainya ketika itu. Mag dan Derna yang sudah dapat melihat mereka berdua keluar dari anak tangga memanjangkan leher dari meja itu, mahu memastikan dengan betul mereka tidak tersalah orang.

"Cepat kamu... huuuu..arrrrrrr...huuuuu.. cepat kamu..naik." Ella tercunggap-cunggap mengejar nafasnya.
"Kenapa? Ada apa ni?" Raut wajah Mag terus saja berubah, walaupun dia sudah dapat meneka semestinya hal berkaitan Zetty.
"Zetty..Zetty bah.." Janet pula menyambung.
"Kenapa dengan dia?" Derna terus saja bangun dari kerusinya.
"Datang sakit dia balik. Entah kenapa.. dia hempas-hempas badannya di lantai." Ella menahan perutnya, nafasnya belum begitu teratur.

"Unkel..boleh tolong tengok kah dulu kawan saya tu ah.." Mag membuat permintaannya.
"Bah, saya cuba tengok dululah dia macam mana, tapi bagus jangan kita naik ramai-ramai, yang lain tunggu di sini sajalah." Cadang Unkel Onong.
"Bah, kamu-kamu sajalah yang naik. Saya tunggu di sini," Ella sudah pun mengambil tempat duduk Derna tadi.
"Eee..saya pun di sini juga." Derna membalas,
"Saya tidak mau lagi tinguk apa-apa cukuplah yang di rumah tu." Ujar Jesscila pula.
"Kalau begitu kamu dua kasi tunjuk kamilah di mana bilik kamu." Bapa Jesscila berkata. Mahu tidak mahu Janet ikut mengangguk, walaupun berat sebenarnya untuk dia bersetuju turut pergi bersama mereka, perlahan-lahan dia mencapai pergelangan Mag dan memegangnya dengan erat. Ada sesuatu yang membuatnya rasa tidak senang dalam situasi itu, atau perasaannya saja.

   Mereka mengambil lif untuk naik ke tingkat 4, Janet yang masuk terlebih dahulu dan berdiri di penjuru belakang lif itu memberi ruang kepada yang lain untuk masuk bersama-sama. Lif yang dariapda zaman purba itu begitu lambat sekali pergerakannya, menunggu pintunya tertutup pun memerlukan 10 saat, apa lagi untuk sampai ke tingkat 4 boleh lagi orang lain turun dan naik semula dari tingkat itu ke tingkat yang sama dengan menggunakan anak tangga.

"Kamu tidak rasa panas?" Tanya Unkel Onong kepada Janet,
"Iya bah.. panas lah ni..berabis saya berlari tadi turun tu tangga." Jawab Janet yang mengipas mukanya menggunakan tapak tangannya.
"Berapa lama sudah kamu rasa begini panas ini?" Pelik soalan unkel Onong, kemudian dia membisik sesuatu kepada bapa Jesscila. Setelah itu, bapa Jesscila menarik tangan Mag berdekatan dengan dia. Mag rasa semacam, kerana tidak faham akan tindakannya itu.
"Kenapa?" Tiba-tiba Mag bertanya kerana tangannya juga tiba-tiba di tarik begitu saja seakan-akan untuk menjauhi Janet. Unkel Onong yang melihat tanda tanya di wajah Mag itu, menarik Mag berdiri di sebelah dia, kini dia berdiri di tengah-tengah bapa Jesscila dan unkel Onong di dalam lif itu.

   Heran dan masih berasa pelik Mag ingin bertanya kepada kedua-dua orang tua itu, tetapi Janet sudah pun mula bersiul keriangan dengan tiba-tiba, kemudian menekan-nekan butang lif tersebut. Dia merenggangkan lehernya ke kiri dan ke kanan yang di sertakan bunyi krakk..dan krakk..lagi. Biji mata atau anak matanya di pusing-pusing kan seperti membuat satu bulatan sambil bermain-main dengan hujung rambutnya. Sejak itu Mag merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Janet melihat perubahan itu dengan tiba-tiba. Kembang bulu romanya, tengkuknya pula seperti di tiup-tiup oleh sesorang.

   Unkel Onong menggengam tapak tangannya seperti batu dan meniup di hujung ruangan genggaman itu, sambil mengatakan sesuatu. Lalu dia meramas seluruh muka Mag dari dahi, turun ke mata sehinggalah ke dagu dengan sekali usap. Untuk sesaat terasa pedih mata Mag dengan tiba-tiba seperti ada habuk yang terbang masuk ke dalam. Dia mengelipkan matanya beberapa kali, ingin saja dia menggosok dengan tangannya tetapi masih di peggang kemas oleh bapa Jesscila dan tangan sebelah lagi penuh dengan plastik lebihan kuih-muih yang di belinya, beg tangan yang berisi beberapa helai pakaian dan kasut kerjanya esok.

"Garrrrh.." Mag menjerit kecil, dan cepat-cepat memandang ke lantai apabila melihat ada sesorang yang berdiri betul-betul di belakang Janet. Hatinya berdebar-debar, nafasnya juga turun naik ketakutan. Dia memang tidak salah tengok, kali ini dia melihat dengan jelas pada wajah putih dengan rambut mengerbang dan tidak terurus, matanya gelap, bibirnya tebal merekah, jubah putih itu tampak kotor dan di bawahnya seperti di carik-carik kainnya. Jelek sungguh wajahnya yang betul-betul menakutkan, melihat benda itu sekali pandang saja sudah pun menjatuhkan semangat mag. Kakinya juga seperti tidak kuat lagi untuk berdiri, bagaikan hendak pengsan berada di dalam lif itu.

"Tingg!" Dalam masa yang sama lif itu terbuka. Janet segera keluar terlebih dahulu, benda itu mengikut rapat dari belakangnya, sempat Mag melirik kaki benda itu yang tidak langsung sampai ke lantai. Bergegar seluruh badangnya seperti saja terkena renjatan eletrik.

"Jangan tegur apa-apa, dia tidak sedar dan tidak tahu pasal benda itu mengikut dia setiap masa. Kamu buat biasa saja ya." Bisik bapa Jesscila di telinga Mag.

   Di luar bilik hotel mereka, Mag mencari-cari kad untuk membuka bilik tersebut, dia pasti menyimpannya di dalam beg tangannya yang di sandang di bahu itu. Sementara dari luar pintu mereka sudah pun boleh mendengar suara orang ketawa panjang mengilai. Tambahlah hati Mag seperti di cubit-cubit tidak senang. takut, cemas, berdebar, rasa mau membuang air besar pun ada.

Stella AvenueWhere stories live. Discover now