"Kau tidak boleh masuk di sini, ini adalah peraturannya, yang tidak berkenaan tidak boleh berada di sini." Pakcik Asin memujuk Vijay yang resah gelisah dengan kehilangan Janet itu.
"Mag, tell me.. are you sure this thing going to work?"
"Vijay, kita cuba dulu. Kau mesti percayakan mereka ini. Hanya ini peluang yang kita ada. Kalau kau buat laporan polis pun tidak ada gunanya. Di mana mereka mahu mencari Janet dan Zetty?"
"But, it's like.. impossible. How can this.."
"Vijay, you go with Jack and Roby. Once it's finish we will call you." Pujuk Ella pula.
"But i..."
"Vijay, kita tidak punya masa lagi. Sekarang sudah jam 9 malam. Mereka perlu buat persediaan sekarang." Desak Derna.
Mahu tidak mahu Vijay mengalah dan keluar dari rumah itu mengikuti Jack dan Roby menaiki kereta pergi dari situ. Situasi itu sungguh-sungguh menakutkan mereka, sejak dari matahari terbenam kembang dan berdiri saja bulu roma mereka masing-masing, sejuk dari kaki naik ke kepala seramnya. Lebih menakutkan daripada lalu di kawasan kuburan seorang diri di waktu malam. Ini lagi mahu di tunggu betul-betul tepat jam 12 malam, betul-betul mencari bala. Tapi apa lagi pilihan yang mereka ada."Pakcik apa yang perlu kami buat nanti?" Tanya Mag,
"Kamu buat macam biasa saja, masuk di bilik macam keadaan kemarin kamu buat. Tidur di tempat yang sama." Jawab pakcik Asin.
Tepat pada masanya sampai juga bapa kedua-dua Jess, dengan hanya Jesscila, tanpa Jessica.
"Jess.. kau ok?" Peluk Naomi sebaik saja melihat Jesscila.
"Ok," jawabnya dan senyum kecil,
"yang satu lagi?" Tanya pakcik Indu.
Pakcik-pakcik yang berada di sana.. pakcik Asin, Indu, Aswat, tentunya si Aki yang akan menjalankan upacara ini, dan bapa Jesscila.
"Maaf, saya tidak boleh bawa dia keluar, dia terlalu sakit sekarang." Jelas bapa Jesscila, raut wajahnya seperti orang tidak cukup tidur.
"Maksud kamu?"
Dia pun menceritakan bagaimana keadaan Jessica yang sebenar..."Sica.. doa nak, doa, ingat tuhan."
"Wahahaha...wakhhhhhh...tuiiiih." Jessica meludah ke lantai.
"Sica.." Panggil ibunya lagi, lembut dalam tangisan.
"Semua diorang mati.., hehehehe.. hahahaha. Bagus. Bagus. Wakkkkhh..tuiiih...tuiiiiih."
Jessica bercakap sendiri, mukanya sentiasa marah dan bengis. Matanya besar seperti api yang menyala seandainya di tegur. Sudah beberapa hari ini dia asyik meludah-ludah, dan bercakap pasal 'mereka mati', siapa yang di katakannya.. tiada siapa yang tahu.
"Matilah bah kamu itu hangus. Kikikikikikiki,"
dia ketawa tersipu-sipu, tapi dengan jelingan yang tajam ke unkel Onong yang sedang menawar air untuknya.
"Uhh..lala..lala..lala... fuuuuuu.."
Kekadang dia menyanyi dan bersiul sambil bermain dengan hujung-hujung rambutnya. Sedangkan dia tidak pandai sekali bersiul selama ini."Kau siapa? Cakap? Kau siapa?" Unkel Onong bertanya tegas dan merenjiskan air tadi ke arah Jessica. Dia terus diam, dan mula memusingkan kepalanya ke belakang..
"Aaaaaargggh.. mak... mak... sakit, waaaaaaaa.. aduiiii..aduiiiiii.." Jerit Jessica dengan tiba-tiba, dia rasa kesakitan dengan lehernya yang berpulas itu. Hanya waktu begini sajalah dia menjadi dirinya yang sebenar, dia mengenal semua ahli keluarganya, dan karau menangis tanpa henti selagi batang lehernya tidak balik ke keadaan yang asal."Cukup..cukup... tolong saya, tolong mak.. sa..sakit, sakit."
"Kita hantar sajalah dia di rumah itu, daripada dia sakit begini." Ibunya merayu pada bapa Jess.
"Macam mana kau mau bawa dia begini ni? Di pegang pun tidak boleh? Habis nanti dia kasih sakit diri dia sendiri."
"Jadi.. sampai bila kita mau ubat? Tiada pun perubahan. Makin teruk lagi. Makan pun tidak, minum pun di paksa. Ini memang ada sudah yang masuk dalam badan dia ni?" Ibunya turut sedih dan nangis tidak henti, hati ibu mana tahan melihat keadaan anaknya begitu rupa. Mujur Jesscila cuma demam=demam panas dan kekadang meracau, menjerit ketakutan. Dia sendiri takut melihat keadaan kakaknya itu.Sudah bermacam-macam yang unkel gunakan untuk merawat Jessica dengan daun limau, kapur, air jampiannya dan banyak lagi. Bukan tidak berkesan pada Jessica, dia hanya akan berhenti apabila dia pengsan dan tidur selama yang boleh. Selepas itu bangun dan balik lagi seperti keadaanya yang kerasukan itu. Badannya juga semakin kurus, mukanya cengkung, matanya semakin ke dalam kerana keletihan.
Doktor juga sudah di panggil untuk merawat dan memberinya suntikan untuk menenangkan diri, cukup untuk merehatkan tubuhnya, selepas itu dia balik juga begitu. Peliknya, dia seperti tidak mau keluar dari bilik atau rumahnya, tidak pernah sekali pun dia keluar dari rumah itu. Cuma keadaan dirinya itu yang di khuatiri oleh orang tuanya takut-takut berterusan begitu dan boleh membahayakan nyawanya, apa lagi ketika dia memulas lehernya seperti dia menyakiti dirinya sendiri.
"Berapa orang yang ada di rumah kamu?" Tanya Aki Gulinou. Mereka saling berpandangan. Jarang-jarang sekali orang tua itu membuka mulut dia lebih banyak berdiam dan memerhati. Rasanya dia sudah melihat sesuatu atau tahu apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah ini. Sewaktu dia datang ke rumah, tiada satu soalan pun yang di tanyanya dengan mereka iaitu penghuni di Stella Avenue. Dia masuk dan terus berjalan di dalam rumah itu seolah-olah dia tahu selok belok di dalamnya.
"Err... yang mengubat anak saya cakap, cuma satu. Memang yang itu juga yang selalu mengikut diorang ini semua di hotel." Nampaknya bapa Jesscila faham apa yang di maksudkan orang tua itu. Dan Aki Gulinou hanya mengangguk-angguk sekali dua,."Bah, Asin kau kestau dulu durang apa yang mau buat. Jam 11 sudah ini." Beritahu Aki Gulinou.
"Oh nah, kamu duduk dulu semua sini, pakcik cakap dulu.. kasi terang macam mana, macam mana. Supaya kamu tidak terkejut." Pakcik Asin memanggil mereka semua duduk di ruang dapur itu, yang sudah pun kosong di kemas oleh Mag, Derna, Ella dan Naomi petang tadi. Semua piring-piring, peralatan dapur telah di masukan terus ke dalam kotak kosong dan di angkut keluar.
"Begini, kamu tunggu di bilik. Buat macam biasa saja. Kalau mau tidur pun.. tidur saja. Jangan risau. Apa pun yang kamurang dengar nanti.. jangan sesekali peduli. Kami tau juga tu kamu takut. Kami sentiasa dalam ni rumah, kalau ada apa-apa yang kamu tidak boleh tahan sudah kamu panggil saja pakcik. Pakcik Indu nanti duduk di luar bilik kamu, dia akan selalu tengok-tengok kamu. Jadi, kamu dengar apa pun, kamu terasa apa pun yang bergerak kah.. yang kena pegang kah.. kamu diam-diam saja. Jangan sesekali kasih hidup lampu ah. Itu talipaun kalau boleh kasih mati dulu sekejap. Ok kah? Ada kamu mau tanya?"
"Macam mana kami mau tau ini upacara sudah selesai?" Tanya Ella, yang sudah pun mulai cemas. Habis kuku-kuku jarinya di gigit-gigit, di gigit-gigit.
"Nanti pakcik sendiri yang datang bilik panggil kamu." Jawab pakcik Asin.
"Eeeee.. berdebar-debar bah jantung ku." Beritahu Derna, sambil mengusap-usap dadanya. Mukanya kelihatan kencang dan pucat.
"Pakcik.. bahaya kah ni upacara? Boleh kah berlaku sesuatu yang lebih teruk lagi?" Mag yang bertanya.
"Hari pertama kamu masuk di rumah ini.. kamu memang sudah dalam bahaya. Bohong pakcik cakap kalau sekarang ini pun kamu tidak dalam bahaya. Tapi, kita cuba minta dengan ikhlas dari tuhan agar kita semua di lindungi. Kami semua bantu apa yang boleh, kamu juga kena kuatkan diri, iman dan doa, ok?" Betul apa yang di nasihatkan pakcik Asin itu. Sebelum perkara ini bermula tiada siapa yang sangka mereka telah pun memasuki zon bahaya, sehinggalah rumah ini bergolak dengan perkara-perkara aneh dan mula menganggu hidup mereka.
"Kalau kamu mau gunakan tandas, minum air, atau buat sesuatu.. buatlah sekarang, pastikan 10 minit sebelum jam 12 kamu mesti sudah berada di bilik ya. Tidak perlu kuncinkan pintu." Pesan terakhir pakcik Asin malam itu.Mereka berlima masuk ke dalam bilik Mag, ada yang ke tandas untuk membuang air kecil, ada yang mengambil kesempatan meneguk air, ada juga yang sempat mengunyah sesuatu untuk menghilangkan rasa takut dan gementar mereka.
"Aku harap.. macam mana kita bertemu kali pertama dan masuk bersama-sama dalam rumah ini, begitulah juga apabila sudah masanya kita keluar nanti." - Derna.
"Walaupun rumah ni terlalu bahaya, tapi hampir 10 bulan kita tinggal di sini dan banyak juga kenangan kita sama-sama." -Jesscila.
"Aku rindu Janet dan Zetty, aku harap betul kita akan berjumpa dengan mereka sekejap lagi." -Ella.
"Apa ni? Kata-kata terkahir? Macam mau pergi berperang saja. Kasih cover' cover' tu takut kamu, orang bilang.. benda-benda' ni cepat terhidu sama orang yang terlampau takut." -Mag
"Eeeeee, kau ni Mag,"
"Yaiiiiii.. Mag bah!"
"Issssh.. mulut."
"Oiii.."
Reaksi mereka semua sekali serentak mendengar kata-kata Mag.
"What? I'm just telling the truth ma.." Mag mengangkat kedua-dua bahunya dengan selamba, yang di pandang oleh 3 kawannya yang lain.
"Ndak ngam timing kau punya truth itu." Sinis pandangan Ella marah.Selepas saja mereka mengambil tempat, baring di atas tilam nipis yang langsung tidak empuk itu, keadaan terus menjadi gelap-gulita. Semua sekali lampu di padam serentak, keadaan rumah itu juga sunyi sepi. Tiada satu pun yang berani bersuara lagi, mereka baring sangat dekat antara satu sama lain, melitupi seluruh tubuh mereka dengan selimut masing-masing.
YOU ARE READING
Stella Avenue
HorrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...