"Ella, kau tengok-tengok dulu Janet kalau ada di luar." Arah Mag yang sedang mengawal nafasnya di dalam selimut.
"Eeeehhh.. kau gila. Aku ndak mau eh."
"Mag, siapa yang memanggil tadi.. bukan si Janet kah?" Derna musykil.
"Macam suara dia tapi aku ndak nampak pun dia di mana."
"Naomi.. uiii..Naomi?" Panggil Ella jerit dalan bisikan.
"Apa? Warrrggggghhh.." Jeritnya latang apabila merasa ada tangan yang memegang mukanya.
"Shhhhhh..Shhhhh.. eeeeeee.. diamlah. Aku lah ni." Ella memberitahunya, terperanjat juga mereka semua dengan teriakannya yang tiba-tiba.
"Eh, kenapa kau boleh sampai tempat aku ni? Kan.. sebelah aku tadi.. eh.. betul bah kau ni Ella?"
"Iya bah, aku lah ni.. itu yang aku mau cakap.. tutup mulut kau ah, awas kalau kau teriak lagi." Amaran dari Ella.
"Mag, si.. si Zetty pun tiada sini."
"Haa?! Kau biar betul?"
"Macam mana durang boleh tiada ni? Kan.. kau yang di tengah-tengah diorang? Takan kau tidak sedar diorang bergerak? Mustahil lah hilang begitu saja.."
"Shhhhhhh...Shhhhh.. tutup mulut kau Derna." Mag menyiku Derna di dalam selimut."Aku rasa ini bukan idea yang baik..kita balik ke sini." Naomi juga mula menggeletar, peluh hangatnya semakin mencurah-curah. Belum pernah dia setakut ini.
"Mag, kita mau bagitau pakcik Asin kah? Diorang di luar tu kan?" Ella yang sudah pun menghampiri rapat ke sisi Naomi mengubah posisinya kepada mengiring membelakangi dinding.
"Kita tidak perlu cari diorang kah?" Naomi bertanya.
Tekak mereka bagaikan kering dengan suara masih lagi dalam mode berbisik-bisikan,
"Mag.. Mag.." Suara Ella memanggil dia.
"Isssh.."Paapp..pappp..pappp..pappp..papppp...pappp!!! Kedengaran bunyi pintu di tampar dengan kuat dari arah luar.
"Warrrrrrgggh." Jerit Naomi tanpa di sengajakan. Tidak semena-mena kaki Ella menendang kaki Naomi.
Mereka pasti pintu bilik itu yang di tampar dengan begitu kuat sekali, apa lagi dengan hanya kayu papan biasa tentu saja kedengaran jelas dari dalam. Siapa lagi yang tidak takut dengan keadaan begitu, Naomi juga sudah pun mulai mengalirkan air mata. Dia betul-betul tidak tahan lagi untuk berada di dalam bilik itu, bukan saja rasa tertekan malah tidak boleh benafas langsung. Ella memeluk erat Naomi di sebalahnya, sudahlah berada di dalam selimut matanya juga turut di pejam sekali, giginya mengetap sendiri.
"Tolonglah jangan ganggu kami, tolonglah.." Derna merayu kecil, suaranya hampir-hampir tidak kedengaran kerana membenamkan kepalanya ke bantal Mag di sebelah.
Paapp..pappp..pappp..pappp..pappp! Sekali lagi tamparan yang sama bergema dalam rumah yang sunyi itu.
"Mag.. oh Mag, ayuh kita keluar dari rumah ini. Aku sudah tidak tahan tunggu di dalam ni." Suara Noami ketakutan sudah pun kedengaran macam tone biasa, tidak lagi dia membisik seperti sebelumnya.
"Sabar kau, ingat apa pesan-pesan tu orang tua petang tadi." Mag cuba memujuk Naomi sambil memegang kuat sebelah tangannya.
"Orang tua mana ni? Berapa banyak orang tua sudah kamu jumpa ni, satu cakap itu, satu cakap ini. Sama juga keadaan di rumah ni." Sedikit marah bunyinya. Dia betul-betul tidak boleh di salahkan, siapa saja yang sanggup berada dalam keadaan ini? Tawaran cash beratus ribu pun pasti tiada yang sanggup kembali ke rumah ini."Aku tidak peduli sudahhhh, aku mau keluar sekarang juga!!!" Dia bingkas bangun dan segera menuju ke pintu, tapi..., alangkah terkejutnya dia melihat seorang lelaki yang memakai pakaian seragam yang entah apa-apa saja tersenyum lebar padanya, menampakan dua baris gigi yang putih atas dan bawah, matanya hitam bulat memanjang seakan-akan juga turut tersenyum, mukanya putih pucat seperti di bedak kan. Apa lagi...
'Uwarrrrrrrrrrrrrrrrrgh!" Jeritnya dengan kuat dan terus jatuh pengsan.Mendengar jeritan itu kelam-kabut yang tiga lagi menurunkan perisai masing-masing, iaitu selimut pelbagai corak dan warna yang digunakan untuk menutup seluruh tubuh mereka dari atas hinggalah ke tapak kaki. Tidak salah-salah seperti mayat yang berbungkus. Melihatkan benda yang sama berada betul-betul di hadapan pintu yang masih tertutup itu,
YOU ARE READING
Stella Avenue
HorrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...