Part 2

119 2 0
                                    

"Betul bah, kau ingat aku bohong?!"
"Ah.. kau salah dengar bah mungkin. Taulah kita ni sebelah jalan raya jadi tidak hairan bunyi-bunyi begitu tu." Ella cuba meyangkal apa yang di bicarakan oleh Jessica padanya.
"Takanlah aku tipu, ini sudah masuk kedua kali aku dengar. Pertama kali ketika aku pindah masuk. Aku ada tanya adik aku tapi dia tidak dengar apa-apa pun."

"Mag.. sini sekejap," Ella memanggil Maggie yang sudah pun bersiap-sedia memakai kasut untuk ke pejabat pagi itu.
"Aaah..ada apa kamurang ini awal-awal pagi lagi?" Dengan suaranya yang kekadang bikin belah juga. Tapi orangnya memang baik hati, suka membantu dan prihatin terhadap masalah orang lain, agaknya begitulah karekter orang-orang baik hati ni.
"Begini bah, aku mau bagitau bah ni. Aku kan dua kali sudah dengar suara budak menangis. Tepat jam 2 lebih pagi lah begitu. Baru kan tu suara macam dekat betul dengan bilik aku ni. Rasa-rasanya di dapur bah macam tu." Jessica mula bercerita.
"Uiii..kau ni biar betul. Itu time saya tidur sudah oh gorok-gorok."
"Nah kan.. kami tidak pernah dengar apa-apa bah. Jangan-jangan di bilik kau ni. Hahaha..hahahah...hahahah..," Ella ketawa besar.
"Kau ingat aku main-main kah ni." Jessica mulai tidak senang dengan ejekan Ella tadi.
"Bah.. kau beranikan diri sajalah. Jangan saja itu suara kacau kau bah. Kalau setakat kau dengar-dengar saja tidak apa bah itu. Anggap sajalah dia sesat." Maggie cuba meyakinkan Jessica agar tidak memikirkan sangat hal itu.

   Petang itu seperti semua yang sudah di atur penghuni-penghuni di kediaman Stella Avenue menjalankan aktiviti makan-makan sempena tahun baru. Walaupun tahun baru sudah sebulan berlalu. Inilah perkumpulan mereka yang pertama sejak semua orang pindah masuk di sini. Begitu juga dengan Zetty yang baru saja masuk menyewa di sana seminggu sebelumnya.

   Seawal jam 4 petang mereka sudah pun menyediakan arang untuk di bakar buat BBQ, beberapa yang lain sibuk di dapur memasak nasi, sayur dan lauk-pauk yang lain. Ella, Maggie, Janet, Derna, Jessica dan Jesscila, Naomi dan Zetty, kelapan-lapan wanita ini gigih berkerjasama untuk menjayakan aktiviti pada hari itu.

"Ella, ikan yang kau beli tu mau masak apa?" Tanya Derna dari dalam dapur,
"Suka hatilah, untuk pengetahuan kau yang ke 17 kalinya.. aku ni tiada alergik makanan. Semua pun aku makan." Ella menjerit dari arah ruang tamu. Kawasan ruang tamu dan dapur hanya bersebelahan sahaja, tetapi dengan keadaan yang luas dan boleh menempatkan kira-kira 20 lebih orang sekaligus, membuatkan mereka terpaksa meninggikan suara ketika ingin berbicara sesama mereka.
"Aku masak separuh dulu lah ya, selebihnya kita bakar saja."
"Suka hati kau lah." Ella, sibuk mengemas ruang tamu yang berhabuk dan bersarang labah-labah di setiap penjurunya. Ada sesuatu yang pelik bermain di hatinya, baru saja dia mengemas pada minggu lalu, takanlah begitu cepat bersarang labah-labah dan habuk sebegini tebal. Memang benar rumah itu nampak selalu kosong, ruang tamu itu juga jarang-jarang di gunakan kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing. Lagi pula semua tingkap dan pintu bertutup sepanjang masa. Jadi kenapa boleh jadi begini pula? Dia asyik menyoal dirinya sendiri dan asyik membersihkannya semula.

   Mereka makan sambil bergelak ketawa, Zetty siap memainkan lagu pada pemain cd nya, sehingga memecah kesunyian seluruh rumah itu. Buat pertama kalinya rumah itu kelihatan berpenghuni, ceria dan riuh-rendah kedengaran dari luar. Di tambah lagi dengan cahaya-cahaya lampu neon putih kuning, kelihatan terang-benderang dari arah jalan besar. Selalunya mereka membiarkan lampu padam pada anak tangga, balkoni dan juga lorong untuk ke dapur dan ruang tamu sehinggalah ke tempat jemuran jauh di belakang. Sebabnya untuk menjimatkan tenaga eletrik, hanya ketika tempat-tempat ini di gunakan saja baru mereka memghidupkannya untuk seketika dan kemudian memadamnya kembali. Tidak hairan pada waktu malam rumah itu gelap-gulita, hanya pada bilik tidur saja kelihatan cahaya lampu daripada tingkap-tingkap yang di tutupi langsir.

"Ayuh kita ambil foto dulu bah, semua sekali." Janet mengarahkan semua mereka berdiri dan berbaris berdekatan dengan dinding.
"Kejap, aku kasih bagus-bagus dulu rambut,"
"Eeeh..saya mau sini tengah-tengah supaya nampak kurus sedikit, terlindung lengan ku yang berlemak-lemak ni."
"Kau kasih automatik kah tu Net? Bah cepat-cepat kau lari masuk sini. Berdiri sini dekat saya."
"Harap-harap ndak nampak ni muka berminyak ku."
"Bah..bah.. ready cepat-cepat. 1..2.."
Demikian mereka merakamnkan memori pada malam itu dengan beberapa foto yang di tangkap menggunakan camera canon Janet. Namun tiada siapa tahu itulah gathering pertama dan terakhir mereka di dalam rumah itu.

"Derna, apa kau buat dengan ni ikan?" Suara terkejut Mag yang berada di dapur ketika hendak menyendok sup di dalam periuk besar yang masih lagi panas.
"Aku bahagi dua sebab terlalu banyak, aku ingat yang di dalam mangkuk tu mau di bakar saja tadi."
"Derna..mari kau sini." Tenang suara Mag memanggil dia ke dapur.
Apabila Derna melihat ikan-ikan yang baru beberapa jam tadi di asingkannya, tapi kini sudah pun berbau busuk, perut ikan menggelembung ada pula yang sudah terkeluar, mata ikan pudar, dan berlendir lagi. Baunya yang betul-betul menyegat di lubang hidung, sehingga mereka berdua menutup hidung kerana sudah tidak tahan dengan baunya.

"Kenapa boleh jadi begini?" Wajah Derna yang hairan betul-betul tidak mengerti apa yang sebenarnya terjadi pada ikan-ikan itu.
"Apa yang kau letakan dalam ni ikan?"
"Tiada, langsung tiada. Garam pun tidak. Aku cuma biarkan begitu saja. Tapi tidak sangka pula jadi begini. Baru 3 jam lebih aku keluarkan dari peti sejuk sudah jadi begini? Sedangkan aku sengaja tinggalkan yang bahagian ini sebab yang ini masih keras lagi tadi sewaktu ku siang untuk masak sup. Tapi..kenapa sampai jadi begini?"
"Jangan bagitau yang lain, masukan dalam plastik ikat betul-betul lepas tu buang terus di dalam tong sampah." Arah Mag kepada Derna. Mungkinkah dia tahu apa yang terjadi, atau dia sudah pun meneka apa sebabnya?

   Malam itu mereka masuk ke dalam bilik masing-masing agak lewat, sudah lewat pukul 12 malam selepas siap mengemas dan mencuci di dapur. Walaupun penat dan mengantuk esok harus bangun untuk berkerja lagi, tapi semuanya gembira dan masing-masing seronok berkumpul bersama, merekaberjanji untuk mengadakannya lagi pada masa-masa akan datang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tidaklah mereka jadi orang asing di bawah satu atap.

"Kau mau ke mana?" Melihat Zetty yang tergesa-gesa membawa bakul pakaiannya ke belakang rumah itu, Ella menegur hairan.
"Aku mau pergi pungut kain. Malas aku terlampau banyak kain mau di lipat nanti."
"Kau mau aku temankan?" Ella menawarkan diri. Semua orang tahu tempat jemuran kain itu begitu jauh di belakang rumah, terpaksa melalui lorong yang gelap, sepertinya berada di bawah tanah saja untuk berjalan ke sana. Beberapa lampu di sana juga sering kali rosak dan meletup, beli yang mahal-mahal pun tidak sampai sebulan sudah tidak boleh di hidupkan lagi. Sebab itu hanya ada satu saja lampu yang masih boleh di pasang dari 6 lampu yang lain, itupun sekiranya kau bernasib baik pada hari itu. Kalau tidak memang bergelaplah semasa di sana.
"Tidak apalah, bukannya jauh sangat pun. Lagipun aku pergi sekejap saja." Tolak Zetty dengan lembut.
"Betul ni? Ndak apalah mari aku temankan,"
"Ndak apalah, lewat sudah ni. Kau naiklah tidur esok kamu kerja pagi kan? Saya ni kerja petang esok jadi ndak kisah bangun lambat." Memang betul, hanya Zetty yang kerja mengikut shift di dalam rumah itu. Dia sudah pun bekerja selama 4 tahun di hotel 4 bintang itu sebagai penyambut tetamu.
"Bah, ok. Good night." Hanya itu yang di balas Ella kemudian berlalu pergi.

   Oleh kerana tahu Zetty masih di bawah, Ella tidak memadam lampu pada anak tangga untuk naik ke atas. Hanya 3 buah bilik saja yang berada di bahagian bawah, iaitu bilik Mag yang berdepan dengan ruang dapur, bilik Janet yang menghadap anak tangga naik ke atas, serta bilik Jesscila yang bersebelahan saja dengan ruang tamu. Manakala bilik atas pula, Jessica nombor satu dari anak tangga, kemudian Zetty, selepas itu Derna yang nombor tiga barulah bilik Ella yang berada di hujung sekali yang di bawahnya ialah ruang tamu. Hanya satu saja anak tangga untuk turun dan naik ke atas. Setiap bilik mempunyai keluasan yang sama, bilik mandi personal, boleh memuatkan dua buah katil singular, meja tulis, meja tv, kabinet atau rak-rak buku, almari pakaian yang agak besar. Sangat luas dan lumayan untuk menjadi bilik sendirian. Setiap kami membayar sebanyak RM300 untuk setiap bilik, termasuk bil api dan air. Kiranya berpatutanlah juga, melihatkan lokasinya yang tidak jauh dari jalan besar, terdapat perhentian bas berdekatan dan juga pasar, supermarket, sekolah dan sebagainya. Sememangnya kawasan yang strategik buat kami semua.

   Tiba-tiba kedengaran suara perempuan berteriak entah dari mana, tanpa menunggu lagi Ella segera membuka pintu biliknya. Kerana takut suara itu adalah Zetty, begitu juga dengan Derna yang berada di sebelah biliknya.
"Siapa tu?" Derna ketakutan bertanya pada Ella. Tetapi dia menggelengkan kepalanya, tidak tahu apa yang hendak di jawab.
"Zetty..Zetty." Teriaknya dari arah atas. Tapi tidak ada balasan.
"Ada orang teriak kah?" Keluar-keluar Jessica dengan berkemban-kemban lagi.
"Kenapa Zetty di bawah kah?" Derna bertanya.
"Mari kita pergi tengok.." Ajak Ella. Belum sempat mereka turun Mag dan Janet sudah pun naik di atas.
"Siapa tu?" Soal mereka berdua.
"Bukan di bawah kah tu? Macam suara si Zetty." Ella menjawab.


Stella AvenueWhere stories live. Discover now