Part 21

54 3 0
                                    

"Jadi pakcik..apa yang patut kami buat sekarang?" Kopi yang hitam pekat itu di teguk saja seperti air oleh Mag, resah gelisah hatinya sudah membuak-buak di dada.
"Asin bilang ada di antara kamu yang sudah sakit kan?" Pakcik Indu bertanya dengan serius memandang mereka silih berganti.
"Iya pakcik. 3 daripada kami sedang sakit, bukan yang sakit apa cik.. tapi pandai meracau dan berperangai lain-lain." Jelas Ella,
"Kamu tidak sepatutnya meninggalkan rumah itu. Selagi kamu tidak balik selagi itulah kawan-kawan kamu akan sakit."
"Tapi pakcik, kami tidak berani tinggal dalam rumah tu lagi. Tidak kiralah malam kah siang kah.. betul-betul kami tidak sanggup di ganggu. Kami nampak bah betul-betul dengan mata kami benda tu depan-depan. Ada kawan yang lain pula menjelma macam benda tu sudah. Macam mana lagi kami mau tinggal di sana." Derna mengeluh, di tahan-tahan air matanya supaya tidak jatuh di depan semua orang-orang tua di situ, kerana semangatnya sudah tidak ada lagi untuk berdepan dengan semua ini, di tambah-tambah lagi dengan cerita orang tua-tua ini, terlalu berat untuk dirinya terima.

"Macam pakcik cakap tadi.. tempat itu perlukan korban, supaya kamu dapat bebas dari sana dan semua gangguan. Walaupun sudah lama orang-orang kampung sini tidak melakukan upacara korban tempat itu, tapi masih boleh di cuba. Cuma perlukan sedikit masa untuk mencari orang yang pandai."
"Korban sapi maksud pakcik?" Derna meminta kepastian kalau-kalau mereka perlu mencari sapi, tau sajalah harga sapi sekarang ini mau-mau juga seribu dua.. itu pun yang sapi remaja. Kalau yang dewesa.. memang boleh bikin belanja kahwin sekaligus.
"Dulu-dulu korbannya begitu. Tapi itu sebelum orang pernah tinggal di situ, tapi kamu ini sudah tinggal di dalam, lalu..kamu tinggalkan lagi tempat itu. Saya takut-takut..kalau-kalau.." ada bunyi teragak-agak dari suara pakcik Aswat.
"apa pakcik..apanya.. kalau apa?" -Ella
"Kalau..kita terlambat, ada yang di bawa pergi nanti."

Ngingggggg! Rasa berdengung telinga mereka bertiga mendengar kenyataan itu. Walaupun mereka tidaklah mengambil ringan kejadian-kejadian yang berlaku, tetapi tidaklah se-serius itu sehingga perlu mengorbankan nyawa. Terlalu sukar untuk mereka percayakan hakikat yang mereka hadapi kini.

"Bukan pakcik mahu takut-takukan kamu. Kami juga kesian anak-anak muda seperti kamu berada di dalam keadaan ini. Kami pun tidak pasti sangat apa yang perlu di buat, sebab kamulah orang pertama yang masuk dan tinggal di situ. Sebab itu kita tidak boleh tersalah langkah, kalau tidak buruk padahnya. Kebanyakan orang-orang bandar sekarang ini tidak percaya akan hal-hal begini, banyak yang bilang karut lah, mitos lah..dongeng atau cuma sekadar cerita-cerita saja. Tapi kamu sendiri sudah mencuba dengan pelbagai cara sekarang ini kan? Terpulang dengan kamu membuat keputusan."
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?" Mag bertanya sekali lagi.

"Kamu pulang di rumah itu, jangan biarkan rumah itu kosong. Buat seperti biasa. Nanti pakcik Asin dan seorang lagi pakcik akan berjaga di luar tengok-tengok kan kamu. Esok kami bincang apa yang harus di buat, nanti kami bagitau kamu dengan secepat mungkin."
"Bagaimana kawan-kawan kami yang sakit tu pakcik?" - Ella.
"Kamu bawa saja dulu mereka pulang ke rumah itu, kesemuanya sekali, apa pun yang terjadi pada mereka nanti.. kamu biarkan saja. Kami percaya benda itu cuma pada malam saja menggunakan mereka, sebelah siang mereka pasti akan menjadi biasa. Sama seperti perempuan-perempuan yang pernah di panggil oleh roh rumah itu. Mereka akan pulang pada waktu siang dengan keadaan yang letih tetapi normal, tanpa ada luka-luka dan sebagainya."
"Begini pakcik, seorang dari kawan kami beliau dia datang membawa orang pandai untuk menawar dan cuba menghalau apa benda pun dalam rumah itu. Tapi dia tidak melihat apa-apa pun." Mag menjelaskan, pakcik Indu dan Aswat tersenyum kecil mendengarnya.
"Benda itu tidak perlau di tawar, yang sakit itu juga tidak perlu di rawat. Sebab itu pakcik cakap.. kita kena ikut peraturan mereka. Tempat itu sebenarnya sedang mengawal kamu semua. Mereka tidak mahu melepaskan kamu sebab mereka mahu menjaga kamu dalam rumah itu, yang sudah di rasuk atau di gunakan badannya itu tidak akan melepaskan mereka lagi. Sebab itu kita kena buat satu upacara untuk mereka melepaskan kamu dan kamu boleh keluar dari tempat itu." Nasihat pakcik Indu.

   Demikian perbincangan mereka selama 3 jam lebih di kediaman yang lengang walaupun banyak orang di situ, semuanya asyik mendengar cerita dari orang-orang tua ini. Atau, mungkin juga semua pun sudah mulai seram sejuk dengan hanya mendengar apa yang sudah pernah terjadi di Stella Avenue, kalau mendengar pun sudah rasa takut.. apa lagi mereka yang di suruh pulang bermalam ke tempat berpenunggu itu. Lantas mereka meminta diri dan bersetuju untuk balik ke Stella Avenue semula pada malamnya, memandangkan ada pakcik Asin berada di luar kalau-kalau mereka memerlukan bantuan.

"Kau percaya kah apa diorang ni cakap Mag?" Ella yang duduk di belakang kereta Mag itu tidak sabar-sabar meluahkan apa yang ada di dalam hatinya.
"Tidak percaya pun susah juga, mereka orang sini, tentulah mereka kenal sejarah dan selok-belok tempat ini." Kata Mag sambil memandu keretanya.
"Tapi adakah patut diorang suruh pula kita balik di sana bermalam di sana.. biar betul? Kalau ada apa-apa macam mana? Nanti kita semua jatuh sakit pula. Ibaratkan menyuruh kita bermalam di kuburan. Haaaa..begitulah yang aku rasa." Marah nada suara Ella yang sedikit-sebanyak membantah akan hal itu.

"Kan diorang cakap.. diorang yakin tidak akan berlaku apa-apa lebih buruk..selain masuk ke badan, diorang tidak akan di apa-apakan. Cuma pada malam saja mereka beraksi."
"Iya, betul juga apa cakap Mag tu..Ella, kau tengok si Zetty sebelum ni.. masa dalam rumah tu.. dia tidak juga cederakah apakah.. cuma malam saja dia tidak tentu-tentu. Tapi sebelah paginya.. dia ok juga, pergi kerja pun macam biasa saja."
"Jadi yang sudah di hotel tu.. belum sampai malam lagi sudah mereka bermanifestasi."
"Ella.. kau perasaan kah.., semua tu start bila kita tidak pulang di rumah tu sudah. Masa tu juga aku nampak ada yang mengikut si Janet di dalam lif hari tu." Mag mengingati apa yang berlaku pada Janet sebelum ini.
"Apa kau cakap ni? Kau nampak apa yang ikut si Janet?" Ella memeggang tempat duduk Janet di bahagian pemandu, menonjolkan kepalanya di tengah-tengah mereka.
"Kau tidak perlu tahu yang itu. Tapi, sedikit-sebanyak aku percaya apa yang orang-orang tua ni cakap. Lagipula ini saja jalan yang kita ada.. yang terakhir kita boleh cuba sebelum kita lari saja terus dari rumah itu."
"Iya Mag... patut pun Jessica belum baik-baik lagi sekarang ni kan? Sebelum ni dia ok juga, sewaktu dalam rumah tu pun ok juga, tapi sejak diorang keluar duluan dia yang dulu mula jatuh sakit kan?" Derna juga sudah semakin percaya dengan cerita ngeri rumah itu.

"Kalau sudah begitu, sekarang macam mana kau mau bagitau beliau-beliau di hotel tu?" Akhirnya Ella mengutarakan soalan yang bakal mencetuskan kontroversi di antara satu kepercayaan dan satu lagi ialah amalan.
"Ufffff.." - Mag
"Errhhh.." - Derna
Kedua-dua mereka menjawab serentak.

 


Stella AvenueWhere stories live. Discover now