"Itu namanya masuk ke mulut buaya tu." Demikian unkel Onong menyindir ketika mereka menceritakan hal yang mereka bincangkan petang itu di rumah pakcik Asin.
"Kalau pun betul rumah itu ada kejadian seperti itu tapi kamu ni masih muda, dan tidak ada ilmu apa-apa untuk melindungi diri. Kamu tengok saja kawan-kawan kamu ini. Jadi parah nanti kalau masuk lagi ke rumah itu. Kamu mahu tengok badan mereka di ambil sepenuhnya oleh penunggu-penunggu di situ?"
"Kamu fikir sendiri kamu mahu ikut cakap siapa, itu hak kamu. Tapi Jesscila akan ikut saya balik malam ini." Bapa Jesscila sudah pun membuat keputusannya."Zetty.. kau mau ikut kami balik di rumah tu?" Tanya Mag dengan lembut, Zetty kelihatan sangat lemah tidak berdaya. Mukanya masih pucat, bibirnya kering seperti sudah berminggu-minggu berpuasa. Dia tidak menjawab, matanya memandang mereka silih berganti. Kemudian mengangguk perlahan.
"Mag, betul kamu mau balik di rumah itu?" Jesscila bertanya, yang juga sedang baring di katil.
"Inilah jalan terakhir yang kami boleh cuba. Kalau semakin teruk kami akan pindah keluar dari rumah itu serta-merta." Tegas jawapan Mag."Kalau begitu sudah keputusan kamu, baiklah. Unkel cuma harap kamu kuatkan hati. Pesan unkel kalau nampak atau dengar yang bukan-bukan jangan di tegur, mulut itu harus lebih senyap dari hati, orang bilang. Diam saja, jangan di tanya-tanya itu yang buat orang senang keteguran. Kalau kamu nampak pun buat-buat tidak nampak, makin kamu rasa ingin tahu.. mahu menyibuk..eh, betul kah tu..eh, itukah itu.. ahhh.. di situlah yang roh halus pun ada kesempatan juga mahu menganggu sebab dia tahu kamu berminat dengan dia." Pesan terakhir unkel Onong.
"Ini garam yang baki unkel guna, mungkin kalau guna di rumah kamu itu sia-sia saja, tapi tidak salah kalau kamu cuba dulu. Kamu bilang ada juga orang yang tunggu itu tempat tinggal kamu di luar kan?" Bapa Jesscila menunjukan kerisauannya.
"Ya, unkel. Kalau ada apa-apa lah.. misalannya..lah, boleh kah kami telefon unkel kalau kami perlu apa-apa nanti." Walaupun Mag sudah berasa selesa berada dekat dengan unkel Onong kerana dia melihat sendiri bagaimana dia menawar kawan-kawannya yang sakit, dan sedang kerasukan itu, tapi hatinya kuat untuk mencuba sesuatu juga, menganggap ini sebagai jalan yang terakhir buat mereka.Dengan hati yang berat mereka melangkah masuk ke kereta masing-masing dan memandu berekoran pulang ke rumah mereka di Stella Avenue. Waktu itu jam sudah pun pukul 9 malam ketika mereka sampai di sana. Mujurlah mereka sudah siap-siap mandi di hotel tadi, dan makan di luar sebelum pulang ke bangunan yang pernah menjadi kebangaan mereka menduduki tempat itu.
Keenam-enam mereka: Maggie, Ella, Derna, Janet, Naomi dan Zetty mengambil keputusan untuk tidur di satu bilik saja, walaupun agak sempit tapi tiada siapa yang mahu tidur di bilik masing-masing sendirian. Tilam nipis di atur di atas lantai untuk mereka baring tidur bersusun semuanya.
"Janet.. bagus kepala kita menghadap di sini sebelah tv. Jangan di bahagian pintu. Bilang orang-orang di tempat saya macam mayat pula yang baring kepalanya di sebelah arah pintu. Jadi tidak bagus." Derna menegur Janet dengan perlahan.
"Shhhhhh...mulut. Cakap lagi yang bukan-bukan bah kau ini." Ella menjeling, bukan sebab dia kisah pun sangat cuma malas di suruh berdiri lagi untuk mengubah kedudukannya yang sudah pun duluan berbaring di situ.
"Zetty, nah kau makan dulu ubat ni.." Mag menyerahkan Zetty ubat tidur atau penenang yang di berikan oleh doktor ketika lawatan pertamanya ke hospital tidak lama dahulu. Zetty yang sudah pun tahu apa yang terjadi pada dirinya, tanpa banyak soal dia menyambut gelas yang di beri Mag dan memasukan sebiji pil ke dalam mulutnya. Siapalah yang tidak rasa belas kasihan dengan dirinya saat ini, tidak kurang seperrti mayat hidup. Dia sudah tidak berdaya membawa badannya lagi, mukannya cengkung dan fikirannya tidak ada bersama dia.Tepat pada jam 11 malam mereka memasang lampu meja di bilik Mag itu jadi tidaklah terlalu gelap suasan di dalam bilik itu. Sempat mereka mengintai beberapa kali ke luar tingkap kalau-kalau pakcik Asin sudah ada di luar. Namun bayangnya masih tidak kelihatan, dia mendail nombor telefon pakcik Asin yang dalam perjalanan ke situ. Barulah dia lega mendengarnya.
Jam 11 malam mereka membiarkan pintu rumah itu tidak di kunci senang untuk pakcik Asin keluar masuk nanti untuk memeriksa atau melihat-lihat mereka. Pintu bilik mereka juga tidak di kunci, hanya di tutup begitu saja. Dari arah dalam bilik Janet, Ella, Zetty, Naomi, Derna dan Mag yang paling dekat sekali dengan pintu bilik itu. Masing-masing membaca doa melindungi diri masing-masing, memandangkan mereka daripada pelbagai kepercayaan dan agama. Setelah melihat pakcik Asin di luar barulah Mag menutup pintu dan mematikan lampu siling bilik yang tadinya terang-benderang itu.
Tidak sampai setengah jam, baru saja mereka ingin lena kedengaran suara satu kumpulan prempuan bernyanyi dengan suara suprano. Agak nyaring di hujungnya dan lantang di tengah-tengah. Masing-masing berpegangan tangan dan mengigit bibir sendiri kerana tidak mahu menegur yang bukan-bukan. Suara itu tidak begitu tetap kedengaran, ada kalanya semakin dekat, sekejap lagi begitu jauh. Di sahut pula dengan suara budak menangis teresak-esak, dan beberapa suara orang ketawa yang mengilai-ngilai. Lepas satu, satu lagi yang mereka dengar. Dari kaki sampailah ke atas kepala mereka rasa seram sejuk dalam keadaan itu. Entah sampai bila mereka harus bertahan dan berjaga dengan keadaan itu. Siapalah yang dapat tidur lagi kalau sudah hampir-hampir sesak nafas menyembunyikan kepala di dalam selimut.
Kemudian kedengaran pintu bilik Mag di pusingkan tombolnya, apabila di buka dengar betul dengan jelas 'Ngitttt.....' bunyi pintu itu di tolak ke dalam. Bergegaran segala tulang-tulang mereka dan mengenggam lagi tangan masing-masing dengan erat. Terasa betul ada yang berjalan di celah-celah kaki mereka yang sedang berbaring di sana, sesekali menyentuh kulit kaki mereka yang terkeluar dai hujung selimut. Sejuk sentuhannya pada kulit mereka, tapi mereka paksakan juga tidak mengendahkan apa-apa.
"Mag, Janet.. Janet.." Perlahan Ella berbisik dari hujung ke hujung.
"Ahh..kenapa dengan dia?" Balas Mag juga yang masih berbisik.
"Teda sudah dia di sebelah sini."
"Eh, dari bila lagi? Kau ni biar betul."
"Betul lah bah, orang bilang sudah tiada." Geram Ella kerana di minta lagi kepastian yang sememangnya sudah pasti.
"Kau tidak sedar kah dia pergi mana-mana? Dia tidak cakap kau?" Mag tidak sedar dia mengeluarkan kepalanya, seperti menjenguk di luar selimut. Alangkah terkejutnya dia melihat satu mahkluk yang hitam hangus, hanya putih matanya saja yang kelihatan. Mahkluk itu sedang duduk bertongeng di atas kerusi plastik melihat ke arah mereka dan kini Mag. Apa lagi tanpa menunggu lebih panjang, Mag rebah kembali dan menarik selimut itu semula menutupi mukanya. Berpeluh habis muka Mag di dalam selimut yang tidak ada langsung udaranya.
"Ella, Mag..." Panggil suara Janet entah dari mana datangnya, lembut dan jelas kedengaran. Mereka memasang telinga dan suara itu memanggil lagi..
"Derna..." Janet memanggil lagi. Bunyi pintu di garis dengan kuku yang panjang, ngilu telinga dan juga gigi yang mendengar.
YOU ARE READING
Stella Avenue
HorrorSTELLA AVENUE ialah sebuah bangunan kecil yang pada mulanya di miliki oleh pihak gereja enam dekad yang lalu, dijadikan asrama perempuan untuk gadis-gadis yang berkeinginan menjadi seorang sister. Apabila sudah tidak di gunakan lagi, ianya di serahk...