6

5K 170 2
                                    

Laura membaringkan badannya pada katil empuk bersaiz king yang bercadar warna biru keungguan.

"Laura aku dengar ada budak baru kat dalam kelas" Kata Emma yang turut baring di atas katil itu.Yelah tu kan katil dia.

Selepas pulang sahaja dari sekolah,Laura terus ke rumah Emma.Sayang kawan tho.

"Hmmm ada,Ikmal namanya" Kata Laura.Sengaja tidak mahu memberitahu nama yang merapatkan dia dengan Irsyad.

"Hensem tak?" Soal Emma lagi.

"Hensem plus comel" Balas laura sambil menutup mata.

"Single or not" Soal Emma teruja.

"Alahaii kau ni,aku bukannya sembang dengan dia pasal tu.Tak padan dengan sakit still gatal nak mati" Kata Laura selamba.Sepantas kilat Emma mencubit lengan sahabatnya.

"Adoii sakit la senoi" Laura menggosok-gosok lengannya yang mula kemerahan.

"Padan muka" Emma menjelir lidah.

"Ak nak balik lah.. Merajuk ermm" Laura bangun dari pembaringannya dan memuncungkan mulut.

"Tak comel pun kau buat muka camtu" Kata Emma dengan memandang wajah Laura yang mencuka.

"Ishh, makan ubat okay?Jangan ketegaq sangat" Kata Laura lalu mengambil handphone di atas katil violet itu.Haa kan dah keluar longhat.Ambik kau.

"Ye ye aku tau lah,kalau orang lain nampak ni mesti kata kita ada hubungan songsang ..adoii" Emma menjerit kesakitan apabila terasa bahunya di pukul.

"Alololo sorry sakit eay?Padan muka welkk" Laura menjelirkan lidahnya lalu terus keluar dari rumah Emma.

"Ishh Leya ni" Emma mengembungkan pipinya.Leya?Bila masa geng dengan Syafi ni?

          ✨✨✨✨✨✨

"Selamat pulang cik muda"ujar beberapa orang pembantu rumah itu.

Laura membaringkan badannya di atas sofa.Bahagia dapat baring.Suhu pendingin udara yang berura-ura mencengkam kulit membuatkan Laura hampir terlena.

"Bertuah punya budak dengan baju tak tukar nk mesti belum mandi lagi.Ishh Bangun Al "

"Sekejap lagi la ma" Laura memusing membelakangkan suara tua itu.

"Al bangun sayang,mandi solat makan"

"Mama?" Laura bangun dari sofa kemudian duduk bersila dengan tangan menenyeh mata.

"Bukan sayang, Ni nenek" Ujae Nek Cha kesayangan Laura.

"Nenek? Nek Chaa!!!" Satu rumah boleh mendengar jeritan Laura.Teruja dapat berjumpa neneknya.

"Bila nenek balik?Rindu nenek!!" Laura menyalam neneknya lalu dia menggesel-gesel badannya pada neneknya seperti kucing.Memang tabiatnya begitu.

Nek Cha mengusap manja badan Laura.Laura kehilangan kasih sayang ibu sejak lima tahun lalu.Ayahnya juga begitu,sejak Laura terpaksa ditunangkan dengan Rayyan sejak itu lah Laura seperti kehilangan bapa,baru berumur 14 tahun tapi sudah di tunangkan.Gila kan?Siapa yang suka?

"Al nak makan tak?Nenek masak untuk Al.Nenek sampai pagi tadi.Rindu kat cucu nenek yang buchuk ni" Nek Cha mencubit pipi Laura yang putih menampakkan urat kecil.

"Ikan keli tempoyak?" Soal Laura dengan mata bulatnya.

"Yup,makanan kegemaraan Al" Kata Nek Cha lalu memegang tangan Laura.

Walapun Laura ni gedik tahap babun kat hutan tetapi di tetap suka makanan kampung yang baginya dulu tak uptodate.Bagi Laura nenek adalah segalanya bagi dia.Dia sayang nenek.Dia rindu mama.

LOVE [√]Where stories live. Discover now