27

3.4K 129 1
                                    

"Aku stress soalan ni" Syafi menghantukkan perlahan kepalanya beberapa kali di atas buku.

"Kau kelas Sains tak kan tak paham kot" Emma memandang Syafi yang sudah mengunyah keropok.

"Elok sangatlah tu,makan benda tu sambil buat ulang kaji.Mana tak bodohnya" Laura menjulingkan mata,dia sendiri pun stress , nak ulang kaji yang last year punya lagi.

"Alahh orang zaman dulu tu mana ada keropok sama je,jahiliah juga" Balas Syafi lepas.

"Haa iyalah Syafi,layan kau kerja nak menang je" Emma menjuihkan mulut.

"Emma nak lagi" Pinta Syafi sambil tangannya laju meronyokan plastik keropok tadi.

"Ergh pi ambil sendiri kat dapur"

Rumah Emma ni dah macam rumah sendiri.Laju je Syafi pergi kabinet dapur Emma.Keropok potato di ambil.Dengan lenggang lenggok dia kembali ke arah Emma dan Laura.

Emma dengan Laura awal-awal dah geleng kepala.Selepas tiga jam perah otak siapkan soalan addmath,Laura bangun lalu membasuh muka.

"Penatnya" Laura baring di atas sofa rumah Emma dan matanya di lirik pada mereka berdua.

"Asal pandang camtu?" Soal Syafi yang rambut dia memang messy gila.Stress la tu haha.

"Saja,bukan luak pon aku pandang korang"

"Alah kata jelah kau tergoda dengan aku,aku kan hensem" Syafi messy kan lagi rambut dia.

Jujur memang Syafi ni hensem tapi perangai.Annoy gila.

"Eww tolonglah,aku rela cakap bangla jual karpet hensem lagi dari kau." Emma membuat muka nak muntah.

Terus kepala Emma yang berbalut dengan tudung di ketuk dengan pen.

"Aduh sakit" Emma menggosok kepalanya,wajah Syafi yang sedang menjelirkan lidah di jeling tajam.

Pantas rambut Syafi yang messy tu di tarik.Alaa bukan kuat mana pun.Syafi dah mengaduh manakala Laura sudah ketawa besar.

Riuh betul.

Lagu attention memenuhi ruang deria pendengaran Laura.Selepas nama pemanggil dilihat lantas jarinya menerima panggilan itu.

"Sekarang?Kat luar?" Laura mengerutkan dahi.

"Okay sekejap" Laura bangkit dari baringnya.

"Aku keluar sekejap" kata Laura sambil tangannya mengikat rambut gaya pony-tail.

"Okay tapi kau nak pergi mana?" Soal Syafi.

"Kat luar je,bnyak tanya betul kau ni" Laura mengetuk bahu Syafi dengan pencil case.

Laura hanya menonong tanpa menghiraukan Syafi.Selepas menyarung snickers kakinya melangkah ke arah pagar.

Laura membalas senyuman lelaki itu.Manis.Berdiri di tepi kereta dengan kedua-dua tangan di masukkan ke dalam poket seluar.

"Mana tahu aku ada kat sini?" Soal Laura.

"Emma" Balas Aqil senang.

"Emma?ermm by the way kenapa nak jumpa?" Laura mengangkat kening.

"Jom jalan-jalan" Aqil membuka pintu penumpang sebelah pemandu.

"Ermm why not" Laura mengangkat bahu.

Emma dah tahukan dia keluar dengan siapa.

"Nak pergi mana?" Soal Laura lagi.Kali ini dengan muka polis.

"Pergi kahwin lari"

LOVE [√]Where stories live. Discover now