25

3.2K 133 0
                                    

"Peliklah" Syafi menggaru keningnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Rayyan meneliti papan pada pokok tersebut.

Keluar je dari jalan yang ada dua jalan dan pergi balik kat tempat mula jalan kemudian patah balik ke jalan dua hala ni baru perasan yang papan tu tak betul.

"Jalan ni pergi mana?" Soal Aqil pada Syafi.

"Aku pun tak tahu,tapi dalam peta ni ,jalan ke kanan jalan penuh semak samun je." Syafi menunjuk peta laluan tersebut pada mereka semua.

Ada yang nak menangis ada yang dah bantai gelak.Peta tu peta yang Syafi lukis sendiri, jalan ke kanan ni siap lukis pokok-pokok lagi.

"Pelik tapi benar" Ujar Zaimi.

"Macam mana ni?Kawan aku!" Emma tak boleh bayang keadaan Laura sekarang.

"Relax la,Laura suka aktiviti macamni kau chill okay?" Adrian cuba menenangkan Emma yang emosinya tak berapa nak betul.

"Macam mana nak chill nak relax?She is my friend my only friend.Aku tahu apa dia suka apa dia tak suka.Ya memang Laura suka aktiviti mencabar tapi korang tahu tak yang dia sakit?" Emma menekup mukanya.

"Sakit?" Adrian menjongket keningnya.

"Yeah sakit hati dengan Hannah" Zaimi membuat facepalm.Masa ni juga nak buat lawak.

"Jom la masuk jalan ni,dah nak pukul 5" Aqil berjalan ke depan dengan bismillah di ikuti yang lain.

Berjalan punya berjalan tiba-tiba Emma menjerit.Semua pandang dengan wajah tidak boleh di tafsir apabila melihat Emma memegang gelang tangan bewarna gold titanium.

"Siapa punya?" Soal Rayyan.

"Ehh Sara?" Rayyan meneliti gelang itu.Ya ni gelang yang dia kasi pada Sara.

"This is Hannah" Emma pandang wajah Adrian.

"Why you look me like that?" Soal Adrian pelik.

"Don't move" Emma berjalan perlahan di depan Adrian.

Papp!

"Aduh sakit!" Adrian menggosok dahinya.

"Nyamuk"Kata Emma perlahan.

"Ya Allah Emmah kau buat aku heart attack la,ingatkan apalah tadi" Zaimi mengerutkan dahinya.

"Dah jom jalan"Emma melangkah tanpa riak bersalah.

Berjalan punya lama,akhirnya mereka berhenti di tepi sungai.Jumpa sungai ni pun sebab Adrian.

Dalam sibuk membasuh muka,sayup sayup kedengaran suara ketawa.Mereka saling memandang.

Emma dan Syafi awal-awal bangun,perlahan mereka berlima berjalan di tempat suara ketawa tersebut.

" Laura !"

Laura berpaling apabila mendengar namanya di laung.

"Emma!" Laura memandang Emma yang berada di seberang sana.

Lalu jalan yang sama tapi sekarang sungai jadi tempat penghalang.

"Tunggu kita orang datang" Jerit Syafi pula.

"Jangan buat aku risau" Emma memeluk Laura.

"Aku sayang kau" Kata Emma lagi.

"Geli la dengar kau cakap macam ni,macam lesbian" Laura senyum senget pada Emma.

Dah jadi drama sebabak pula.

"Duduk sini, aku nak belek muka kawan aku."Emma menarik tangan Laura supaya duduk.

Budak-budak laki dah la selamat mandi sungai.

"bagi aku duduk elok-elok"Batu ni tak seimbang,karang jatuh padan muka Laura.

" oit Hannah kau ada buat apa-apa ke kat kawan aku?"Emma menjuih mulut.

"Elok sikit eh,kalau nak buat apa-apa dah lama aku hentuk kepala dia guna batu ni,bukan kasi roti" Kata Hannah lalu menunjuk ke arah batu di tengah-tengah mereka.

"Argh!!!!!!!!!!!!" Ketiga-tiga menjerit ketakutan.

Itu bukan batu,itu ...

Tengkorak.

LOVE [√]Where stories live. Discover now