55

3.1K 102 0
                                    

"Lauraaa" Terus di peluk wanita bertudung,bewajah putih kemerahan malah licin kulitnya.

"Lawanya kau" Ujar Syafi sambil memasukkan tangan dalam poket.

Laura tersengih,fikirkan hanya Aqil yang menyambut kepulangannya.Tidak sangka pula Emma dan Syafi turut aa bersama.

"Nice eyes Laura" Laura ketawa.Matanya berwarna biru ke biruan .Di sebabkan wajahnya di simbah asid,matanya juga turut terkena sekali.

Dia buta untuk sementara waktu, tetapi beberapa bulan kemudian doktor-doktor di Los Angeles mengatakan sudah jumpa penderma mata untuknya.

Bersyukur tak terkira.Selepas menjalani beberapa rawatan dan beransur sihat,Dato' Nizam mahu Laura terus belajar di sana.Untuk keselamatannya juga.

"Aku rindu kau !!" Emma memeluk Laura lagi erat.

"Me too dear" Laura membalas pelukan si sahabat yang sentiasa menjadi tempat untuk teguh berdiri.

"Dah-dah jangan nak buat drama, aku nak makan sayang aku pun nak makan" Laura tersengih bila Aqil memanggilnya 'sayang'.

"Jangan buat sweet kat sini ehh,bukan kau seorang ada awek" Syafi julingkan mata.

Jap,Syafi pun ada orang minat ke?

"Ehemm bukan awek,dah nak naik pangkat jadi tunang okay" Aqil tersengih.

"Weyh-weyh,awek?Kau ada awek ke.. Siapa lah yang malang sangat nak jadi teman wanita kau ni" Laura gelak.

"Sepupu kau lah,siapa lagi" Balas Emma.

"Sepupu aku?Siapa pula dah" Laura tepuk dahi.

"Hannah tu bukan sepupu kau" Syafi mencekak pinggang.

"Allahu lupa" Laura ketawa lagi.

Hannah dengan Syafi rupanya.

Tunggu kau Hannah.

               😻

Laura menolak pintu rumah, bising rumahnya hari ini.Gara-gara dia pulang dari L.A la ni.

"Tuan puteri dah balik" Rayyan menepuk tangan.Di ribanya ada seorang budak kecil yang sangat comel.Matanya bulat,alisnya lentik.

Anak Rayyan?

"Abang,susu Qaisha " Hulur Sara.

Sah ini anak mereka.

Umur 24 sudah ada anak?Wahh.

Enam tahun di luar negara tanpa pernah menjejak langsung kaki ke tanah air sendiri menunjukkan terlalu banyak perkara yang berubah.

"Laura" Sara menarik Laura dalam pelukannya.Lembut seperti dahulu.

Hannah punya suara sudah boleh dengar dari arah dapur menjerit namanya.

Haih anak dara.

Laura mencari papanya.Mana manusia yang menjaganya,ambil berat tentangnya apabila dia di L.A

"Lauraaa!!Rindu kau weyh" Hannah mencium kedua-dua belah pipi Laura.Buang tabiat ke apa?

"Aku pun rindu kau dan.. Kau kena cerita kat aku fasal Syafi" Laura lihat wajah Hannah sudah merah.

Tahu pun malu.

"Anak papa"

Laura memusingkan badannya.Tubuh tua itu di dakap.Cukup rindu.Orang pertama yang dia rindu.

Ya Allah,terima kasih akan nikmatmu hari ini.Di mana aku masih boleh melangkahkan kaki,berkata dengan baik malah dapat memeluk lelaki teragung hidupku.Sedangkan aku selalu melakukan khilaf.

Laura melepaskan pelukan.Wajah papa yang tersenyum gembira menenangkan Laura.

LOVE [√]Where stories live. Discover now