26

3.1K 136 2
                                    

Sejak hari itu,Hannah dengan Laura dah berbaik.Yang tengkorak pula,rupanya sebelum ni ada kehilangan pelajar kat hutan tu.Jadi korang faham-faham la.

"Laura" Emma memegang bahu Laura dengan tercungap-cungap.Baru lepas marathon ke apa.

"Kenapa?"Laura membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

"Kau lupa sekarang bulan berapa?" Soal Emma sambil memegang kedua dua bahu Laura.

"Bulan 4?"

"Tahu pun,kau cuba kira lagi berapa hari bulan 5?" Laura mengerutkan dahi.

"2 minggu lagi,aishh cuba kau straight je"Laura menepuk dahi Emma tanpa rasa bersalah.

"Ujian" Kenyataan yang semua pelajar tak nak dengar.

"Mati la" Syafi menjadi suara latar.

"Study" kata Laura sepatah.

"Petang ni?" Laura mengangguk.

"Dekat rumah siapa ?"

"Kat rumah Emma la" Kata kata Laura di iyakan Syafi.Rumah Emma rumah syurga makanan.

"Rumah aku?" Emma meletakkan jari pada dagunya.

"Haa ok!"Emma meletakkan kepalanya di atas meja hadapan Laura.aa

Laura menutup mulut menghalang dari terbuka besar.Mengantuk.Sekali lagi Laura menguap.

"Cikgu mana?" Soal Laura sambil memandang siling kelas.

"Mesyuarat" Dengar sahaja perkataan itu Laura bngun dari tempat duduknya.

"Nak pergi mana?" Soal Irsyad.

"Nak keluar sekejap" Laura memasukkan tangannya pada poket baju.Kaki di langkah ke mana-mana.

'Preett'

Laura mencari arah bunyi wisel dan riuh-riuh suara pelajar.

"Ada apa bising-bising ni?" Laura berjalan ke arah padang.Kepalanya cuba meninjau manusia-manusia yang menghalang jalannya.

"Tepi lah" Kata Laura tapi tak cukup kuat.Siap pelajar lain tolak dia lagi.

"Ketepi lah semuaa!" Jerit Laura geram.

Cepat-cepat mereka memberikan laluan.Ada yang bisik-bisik.Alah tak puas hati lah tu.

Laura mengabaikan jelingan-jelingan pelajar lain.Matanya tertancap pada figura seorang lelaki.

"Hari ni berapa hari bulan?"Laura memandang juniornya.

"15/4" Laura membuntangkan matanya.

Lupa, hari ni lelaki tu da perlawanan bola jaring.Semalam siap hantar chat suruh sokong lagi.

Melihat Rayyan yang berusaha menjaringkan bola cepat-cepat Laura memboloskan dirinya dari kumpulan penyokong.Kaki di bawa pula ke arah kantin.

"Mak cik nak minirel dua" Huluran duit bertukar tangan.

Laju kakinya di lari pada bahagian tempat bola keranjang.Melihatkan Rayyan yang sudah berhenti main mempercepatkan lagi langkah Laura.

"Nah" Laura meletakkan botol air tersebut ke atas kerusi.

"Datang juga kau eay,tak ada kelas ke?" Soal Rayyan dengan bibirnya sibuk meneguk air.

"Ada,tapi cikgu mesyuarat" Laura duduk di tepi Rayyan.

Matanya meliar ke kiri kanan tapi dicover supaya Rayyan tak perasan .

"Oitt" Laura rasa rambut nya di serabutkan oleh seseorang.

Ni la yang Laura cari.

"Habisla rambut aku" Laura menyikat rambutnya menggunakan jari.

"Air aku mana?"

"Tak malu ke mintak air kat orang"Laura meletakkan air di tepi pipi Aqil.

" tak"Aqil menggosok pipinya yang sejuk.

"Korang ni ada apa apa ke" Rayan pandang dengan pandangan entah la.

Biasa kot.

"Ada?Apa yang ada" Kata Laura lalu mengecilkan mata.

"Mana la aku tahu korang" Rayyan mengangkat bahu.

"Tak,tapi kalau ye pun bukan salah" Aqil mengenyitkan mata.

Ermm berbunga ke hati?

LOVE [√]Where stories live. Discover now