17

3.5K 125 2
                                    

"Pastu kann ... Ann ann ... Bla-bla-bla" Apa yang Emma cakap satu pun tak masuk telinga. Masuk pun keluar balik.

"Weyh dengar ke tak ni" Emma memetik jarinya betul-betul depan muka Laura.

"Dah la weyh,dia tak nak dengar punya.Entah-entah tak dengar pun" Kata Syafi lalu meletakkan ice cream oreo,durian,vanilla di atas meja.

"Haihh yelah" Emma mengeluh lalu menyuap kasar ais krim durian kedalam mulutnya.

"Cepat habiskan ais krim,aku datang sini sebab terpaksa okay" Kata Laura lalu menyuapkan ais krim oreo ke dalam mulutnya.

"Yeayy finally kau terbukak hati nak beli barang perkhemahan" kata Emma dengan gembiranya.

"Terpaksa okay" Ulang Laura lagi.

"Whateverlah asalkan kau beli" Emma tersenyum kambing.

Selepas makan aiskrim,Emma menarik tangan Laura dari satu kedai ke kedai lain.Naik penuh tangan Syafi dengan baju Laura dan Emma.

"Weyh penat la" Syafi merungut lemah.

"Jalan sekejap dah penat,lembik lah kau ni" Emma berkata selamba.

"Kucing kau sekejap!Dah 3 jam kat sini.Aku ulang balik tiga jam. Taw T.I.G.A J.A.M" eja Syafi satu-satu.Dari pukul 9 sampai dah sebelas malam.

"Yelah-yelah aku tahu lah tiga jam..aku bukannya bodoh sang..." Tergantung ayat Emma apabila menangkap figura di hadapannya.

"Kau dah kenapa senyap?" Soal Laura yang tak habis lagi minum coolblognya.

"Weyhhh Ash!Ash" Emma seperti terkena sawan beruk melompat-lompat di tengah-tengah pasar raya itu.

"Ash?" Syafi dan Laura memandang 'Ash' yang di perhati oleh Emma.

"Lah dia ni ke" Ujar Syafi dan Laura serentak.

Dua-dua saling memandang lepastu gelak macam orang bodoh.Emma pulak buat muka blur lepastu buat muka 'korang nak gelak sampai tahun depan ke?'.

"Since bila korang berbaik ni" Terus senyap dua-dua manusia ini.

"Err bila masa aku baik dengan manusia ni?" Soal Laura pulak.

"Sejak bila kita main soal-menyoal ni?" Ujar si Syafi pula.

"Tho sampai tahun depan tak habis kalau macam ni" Emma terus melangkah ke depan. Manusi-manusia di belakang hanya mengikut.

"Mana Ash aku?" Emma menjerit histeria.Fck.

Haih perempuan ni,siapa tak kenal Ash?Ashraf Haiqal,pelajar top sekolah,budak hipster yang kerja pakai baju hitam tu je,hensem,baik,perfect and whateverlah,puji satgi kembang pulak .

           🍭🍭🍭🍭

Balik dari mall,banyak beg plastik-plastik dan kertas dari pelbagai jenama.

Okay sis faham.

"Pa?Asal banyak sangat?" Soal Laura berbasa basi.

"Untuk Al dengan Hannah" Laura rasa air liurnya seperti mahu tersembur.

Muram plus masam terus mukanya.

"Naik atas dulu" Ujar Laura lalu terus naik ke biliknya.Baju,kasut dan peralatan semua di biar atas sofa.Malas nak kisah.

Laura cuma membawa barany yang dibelinya tadi.Sampai ke biliknya Laura membaringkan badannya sekejap sebelum pergi ke bilik air.

Sedang Laura menelek barang di dalam beg nya tiba-tiba ada ketukan dari luar bilik.

"Come in" ujar Laura malas.

"Susu halia" ujar pembantu rumahnya.

Laura seperti biasa akan menghabiskan air itu sambil di tunggu oleh pembantu rumahnya.Macam budak kecik!

Selepas menghabiskan air tersebut Laura melangkah ke bilik air.

Nak mandi.

LOVE [√]Where stories live. Discover now