56

3.3K 106 3
                                    

Laura mencubit-cubit pipi tembam Qasha.

Comelnya lahai.Muka macam Rayyan,mata dan hidung ikut Sara.Bibir pula ikut bibir Rayyan.Putih jangan kata lah.Memang melepak gila.Kalah anak cina.

Di gomol pula si Qasha.Qasha pula bagi respon tak suka.

"Oii habis anak aku!" Kepala Laura di ketuk oleh Rayyan.Siapa lagi kalau bukan papa si Qisha.

"Alahh bagilah can kat aku nak main dengan anak kau" Laura pura-pura sentap.

"Kau tengok anak aku ni,dia bukan suka main dengan kau.Muka pun dah nak nangis.. Sian Qasha,meh sini kat papa.Papa tahu muka aunty tu macam raksasa.Jangan takut ye,papa ada sini" Terbuntang mata Laura bila Rayyan cop muka dia macam raksasa.

Weyh muka lawa ni dia kata raksasa?

"Aku tahulah muka aku tak cantik,muka kena simbah asid kan.Dah la buta,semua ni pinjam je." Laura berkata sebak.

Rayyan tak keruan pula.Manalah tahu yang si Laura ni nak terasa pula.

"Jangan la,aku gurau je.Kalau kau nak gomoi ke cium ke peluk ke gigit ke kau tunggu anak kau dengan Aqil okay" Sepantas kilat Laura memukul bahu Rayyan dengan menggunakan kusyen sofa.

Tergelak Qasha bila melihat papanya di pukul.

"Ehh Qasha gelak lah.Qasha suka ye aunty pukul papa?" Laura sengih-sengih kemudian di pukul lagi si Rayyan.

"Apaa ni,anak dengan mak cik buli papa..Uwaaa Saraaa sayangg" Rayyan buat-buat teriak.

"Eee tak malu ke ngadu kat isteri.Qasha jangan ikut papa Qasha ye?" Laura mencium pipi gebu anak buahnya.

"Biarlah,aku tahu kau cemburu." Rayyan tersengih sinis.

Geram pula Laura lihat wajah si Rayyan ni.

🙈

Aqil sudah pulang selepas membantu apa yang patut.Kenduri doa selamat berjalan dengan lancar seperti biasa.Cuma kutukan dari saudara maranya masih terngiang-ngiang di telinga.Nasib Aqil menenangkannya.

'Ehh tu bakal tunang dia kan,ada juga orang nak manusia muka camni?'

'Muka lawa pun sebab surgery'

'Macam-macamlah dia ni dapat masalah,pembawa malang kut'

'Kalau muka plastik camtu memang ramailah yang beratur.Tapi hati macam mana?Entah-entah ni balasan dia.Dah insaf pakai tudung semata-mata nak tunjuk dah berubah lah tu hiprokit'

Ada banyak lagi tapi malas mahu fikirkan lagi.

Laura mengeluh sebelum mengeliat dan baring di atas katil.

Satu mesej di buka bila notification berbunyi.

Gd nite syg

Siapa lagi kalau bukan si Aqil.

Jngan bagi saya xtydo mlm ni

Laura terus menutup telefonnya.Bunyi mesej masuk sekali lagi berbunyi.Egh Aqil betul-betul mahu kacau dia tidur.

Gudnite saya mana?

Laura tersengih.Mengadanya Aqil malamni.

Oyasumi

Laura mencium skrin telefonnya sebelum didakap pula.

Matanya mula perlahan terpejam dengan sendirinya,diulit mimpi indah.

LOVE [√]Where stories live. Discover now