57

3.4K 102 0
                                    

Macam tak percaya,yang hari akad nikah tinggal lagi dua minggu sahaja.Memang kalut dibuatnya.

Baju sanding dan akad nikah sudah ditempah.Untuk akad nikah,warnanya seperti biasa,putih.Putih yang bermaksud suci.

Waktu persandingan pula temanya bewarna violet dan putih.

Cincin juga sudah di beli awal-awal.Menunggu dua minggu bukan seperti dua dekad tapi dua saat!

Laura merapu seorang diri.

Laura sentiasa menjaga wajahnya  tapi entah mengapa hari in,ada jerawat tumbuh pada dahinya.Besar pula tu.

Bila tengok jerawat si cela yang telah merosakkan wajahnya terus menjeritlah.Dato Nizam yang meluru masuk bilik anaknya hanya ketawa bila lihat jerawat pada dahi Laura.

Ingatkan apalah,rupanya hanya jerawat.

"Stress laa aku dengan jerawat ni" Laura mula meroyan.Bila di sentuh saja pasti sakit.Apatah lagi mahu picit.Kalau picit tinggal parut pula.

'Please aku tak nak cacatkan muka aku time nikah'

Bunyi telefon Laura kedengaran.Ini pasti Aqil.

"Assalamualaikum" Laura menjawab salam Aqil perlahan.

"Laura,kita keluar hari ni.Saya ambil awak lagi sejam ye?Kita check yang untuk hiv apabenda entah." Suara Aqil menaikkan bulu roma Laura.Bukan kerana suaranya ala-ala sang berbaju putih dan berambut panjang.Tapi kerana Aqil mahu menjumpnya.

"Ahh tak boleh,saya tak sihat ehh saya tak berapa sihat" Laura buat-buat batuk kemudian bersin pula.

"Awak okay tak?Saya hantar ubat kat rumah awaklah" Aqil bersuara risau.

Apa lagi,terus dahinya di tepuk.

Aduh!Lupa pula si jerawat di dahi.Sakitnya.

"Ehh tak payah,Nek Cha kata hilang seri saya bila jumpa bakal suami" Maaf encik tunang saya terpaksa menipu.

Aqil senyap di talian sana.Laura menggigit bibir.Alahai tak jadi ke helahnya.

"Okay lah,tapi jangan lupa makan ubat.Saya tak nak bakal isteri saya sakit time saya nak jabat tangan bapa mentua saya" Pesan Aqil.Laura rasa bersalah pula menipu Aqil.

"Jangan risau saya kan kuat,oh ye kalau awak nak check pasal HIV awak pergi jelah.Saya pergi hari lain" Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal.Rambut yang sengaja di lepaskan di biar serabut.

Selepas tamat berbual di talian.Laura lega.Tak kan dan tak akan jumpa Aqil dengan muka macam ni!
   
              💐

"Laura sayang turunlah" Suara papanya disebalik pintu kedengaran.

"Sekejap"

"Pakai tudung ye sayang" pesan papanya lagi.

Laura mengerutkan dahi tetapi di ikut sahaja kata papanya. Beberapa kali matanya menangkap jerawat di dahi.

Ting!💡

Plaster luka berkartun itu di tampal pada dahi.Disebabkan malam ini dia memakai lengan pendek jadi Laura mencapai sweater biru di penghadang katil.

Kaki Laura mula melangkah keluar dari bilik.Tapi bila sampai di tangga terakhir kedengaran suara papanya ketawa dengan seseorang.

Siapa pula dah?

Makin di dekati makin tak keruan pula.

Mana taknya,Aqil yang sedang bergelak ketawa dengan papa.

"Hah Laura,turun pun.Mari duduk sini" Dato' Nizam menepuk kerusi di sebelahnya.

"Ehh kenapa dengan dahi awak Laura?" Aqil mula prihatin.

"Ohh ni pagi tadi ada .."

"Paaaaaa..." Laura meleret suaranya keras.Punyalah nak cover alih-alih papanya nak kantoikan.

"Sembanglah kamu" Kata papa selepas habis ketawa.Dato' Nizam bangun dari sofanya.

Hilang sahaja bakal bapa mentuanya,terus Aqil mengampiri dan membelek plaster pada wajah Laura.

"Dahi awak luka ke?"

"Err ha'ah" pantas Laura memberi jawapan.

Jari Aqil sudah naik pada plaster dan

Sappp!

Plaster di tarik dari wajahnya.Berair mata Laura menahan sakit yang teramat.Lupa sebentar tentang jerawatnya.

"Pandai awak bohong saya ya,papa dah bagitahu saya awal-awal" Kata Aqil selamba kemudian ketawa.

Lara terus menutup jerawatnya.

Whatt!!!?

Papaaaaaaaaaaa!!!!!!!

LOVE [√]Where stories live. Discover now