39

3K 121 0
                                    

Suasana riuh kedengaran.Dah balik solat raya mungkin.Laura yang hanya melepaskan rambutnya nampak comel dimata sesiapa yang melihatnnya.

"Cantik kau harini" Kata Rayyan tiba-tiba.

Tersentak Laura di buatnya.Laura mengurut dada manakala sebelah tangan mencubit lengan Rayyan.

"Adoii sakit" Rayyan menggosok tempat ketipan ketam.

"Padan muka" Laura menjelirkan lidah.

"Kau tengok apa?" Soal Rayyan dengan kerutan.

"Tak ada apa" Laura tersenyum nipis.

Telefonnya cepat-cepat di hitamkan skrinnya apabila si Rayyan mengejutkannya tadi.

Nasib dia tak nampak aku tengok gambar Aqil.Aduh Aqil kau buat aku angau weyh.

"Yeke?"

"Ye!Dah shuh pergi tempat lain!" Halau Laura.

"Hish anak dara pemalas dah la bau busuk" Kata Rayyan lepas.Mana ada busuk pun.

"Laura,Rayyan buat apa lagi kat situ cepat salam-salam" Ujar nenek kesayangan mereka dari dapur.

"Jap nek" Kata mereka hampir serentak.

Laura dan Rayyan berjalan bersama mengahampiri saudara-saudara yang lain.

Laura perasan riak Wina yang menjeling melihatnya.Tahu dah yang si Wina ni suka gila dengan Rayyan.Rayyan sendiri tahu.Malah Rayyan pun layan nak tak nak je.Wina ni tak faham bahasa ke?

Selepas salam menyalam dan memohon ampun,kini giliran Laura untuk bersalam dengan papanya.

"Pa,Laura mintak maaf tentang sebelum-sebelum ni.Laura tinggikan suara,Laura tak dengar cakap papa.Laura protes bila pa tunangkan Al.Al tahu papa nak yang terbaik tapi Al,Yan, kami ada perasaan sendiri.Al pun tak tahu nak kata apa.Tapi Al mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki." Ujar Laura.Hatinya terbuka sedikit untuk menamakan diri sebagai Al.Kalau dulu itu adalah gelarannya dalam kalangan keluarga.Sejak papa tunangkan dia.Hilang terus Al dari bibirnya.

"Papa maafkan Al.Papa mintak maaf sayang,papa tak pernah nak faham Al.Papa selalu buat keputusan tak fikirkan Al.Papa mintak maaf Al" Dato' James Nizam terus memeluk anaknya.

I will miss this moment.

Laura tersenyum manis.Papanya pula mengusap kepalanya.Siap serabaikan rambut dia lagi.

"Pa!" Laura menjerit kecil.

"Habis lah rambut Al" Laura merengek perlahan manakala papanya hanya ketawa.

              🎂

"Aku suka kau"

Aku salah dengar ke?Did i?

Mimpi ke?

"Aku suka kau" kata suara itu lagi.

"You kidding me right?" Laura buat-buat ketawa.

"I'm serious Laura Aleyya"kata si dia lagi cuba meyakinkan Laura.

"Aku bukan patung untuk kau buat aku macam ni.Aku tak interest nak main dengan kau" Balas Laura lalu berlalu.

Pantas sepantas kilat,lelaki itu memegang lengan Laura.

"What the hell are you doing?!" Pantas di tepis tangan lelaki itu.

"Aku serious Laura!Aku suka kau sebab tu aku kacau kau!Laura!"

"Kim,kalau betul perasaan kau yang sebenar kau suka aku.Sorry aku dah suka orang lain" Balas Laura lembut.

"Rayyan?" Soal Hakim dengan nada kecewa.

"Tak.Bukan"

LOVE [√]Where stories live. Discover now