59

3.5K 97 1
                                    

"Kenapa kau buat semua ni kat aku?" Laura memandang tepat anak mata Bella.

Rambutnya serabai,bibirnya luka.Mungkin di pukul. Laura terasa simpatinya meluap-luap.

"Kau siapa!" Bella menjerkah manusia di hadapannya.Kemudian dia ketawa pula.

"Ohh aku ingat,kau Laura kan?Haih kena simbah asid pun still lawa.Orang berduitkan" Bella meleretkan ayatnya.Kaki di silangkan.

"Semua salah kau!Kalau bukan sebab kau aku tak kan terkurung dalam neraka ni!"Bella menumbuk cermin yang menghalang antara dia dan Laura.

"Kau tunggu Laura.Oh tadi kau tanya kenapa kan?Sebab apa ye.. Ahh sebab Adrian kut.Tak tak bukan kut.Tapi memang sebab Adrian!Kalau bukan sebab kau Adrian tak kan tolak aku!Semua sebab kau!Sebab kau bodoh" Laura sudah menitiskan air mata.Sungguh dia takut melihat Bella yang berang.

"Kenapa kau menangis?Kau menangis pun tak ada guna.Aku tetap teperingkuk dalam neraka yang kau buat ni.Dan tunggu hari kematian aku" Bella gelak mengilai.

"Bella aku minta maaf"

"Maaf?Mudanya kau.Kau buat salah then kau minta maaf?Yang tanggungnya aku!" Bella tumbuk lagi cermin itu.Tangannya yang sudah luka tidak di hiraukan.

"Cik masa sudah tamat" Suara pengawai polis kedengaran memecah gegendang.

"Nanti aku lawat kau lagi ye Bella"

"Aku tak perlu kan pelawat.Kau menyemakkan mata aku"

              🌟

"Termenung!termenung!"Kepala Laura di luku.

" Kalau ye pun kau tak sabar nak nikah tapi jaga la inai kau!"Bebel Emma.

Laura memndang jarinya yang sudah comot.Tak banyak pun.

Kemudian Emma ubah lukisan pada jari Laura.Nasib baik Laura jenis jark berseni.

"Aku fikirkan Bella" kata Laura perlahan.

"Dah kau tak payah fikir fasal dia.Ada dia kisah pasal kau?Kerja nak hancurkan hidup kau adalah" Kata Emma geram.

Laura mula rasa letih.Padahal baru pukul 9.Nasib baik Allah bagi cuti.

Dari petang tadi hingga sekarang.Dari facial solution sampai ke jari hah.Tak habis-habis.

"Ngntok lah" Laura membaringkan badannya terus ke atas katil.Laura senyum bila si Emma merungut perlahan.

"Sabarlah sikit lagi ni" Emma menarik tangan Laura dan tetap meneruskannya.

Laura pula pejam mata dan lelapkan diri.Biar bertenaga esok.Tak adalah pengantin perempuan masuk berita sebab pengsan kerana letih.

             

LOVE [√]Where stories live. Discover now