29

3K 126 3
                                    

Tak romantik?

Ye.

Laura punya berangan Aqil tolong sapu ubat dan bubuh plaster.Tapi angan-angan je.

Laura mengeluh.Pelik dengan perubahan dirinya.

"Aku nak balik"

Laura terus berjalan meninggalkan Aqil yang terkebil-kebil.Tali begnya di betulkan.Telefon di genggam.

Sampai di satu tempat,Laura mula menelefon pemandunya.

Ring~Ring~

Bunyi yang ketiga terus telefonnya di rampas.

"Kau kenapa?Balik dengan aku,tangan kau luka.Masuk dalam kereta" Aqil merampas lalu memegang Laura yang meronta-ronta.

Laura terdiam.Kakinya mengikut sahaja langkah Aqil.Sampai di kereta Aqil memulangkan balik telefonnya.

Lagu Attention kedengaran membuatkan Laura menjawab panggilan tersebut.

"Sorry Pak Mat,tertekan" Laura menggigit bibir sambil matanya lirik pada Aqil yang fokus memandu.Sekali sekala tipu tak apa kut.

Suasana sepi.

Kenapa senyap pulak ni.

"Kita nak pergi mana?" Laura menyoal tanpa melihat Aqil.Ni bukan jalan nak balik rumah Emma mahupun Laura.

"Kita dah sampai" Laura mengerutkan dahi.

"Stay here" arah Aqil.

Selepas beberapa minit Aqil kembali dengan plaster bercorak starwberry dan dettol.

"Meh tangan" Laura hanya menurut.

"Lain kali hati-hati,tahulah kuat" Aqil membebel perlahan.

Laura mengambil peluang ini melihat wajah Aqil.Hidung mancung,kening seperti di ukir,bibirnyq merah dan baru Laura perasan mata Aqil bewarna hijau kekelabuan.

Cantik.

"Dengar tak?" Aqil mengangkat mukanya menghadap Laura.

Dush! Rasa macam kena tumbuk,kantoi usha anak teruna orang.

"Dengar-dengar" Laju sahaja Laura berkata.

               💞

"Best dating?" Soal manusia di talian sana.

"Date?siapa dating?" Laura buat-buat tak tahu.

"Entahlah,manusia yang bernama Laura Aleyya dengan Damian Aqil kot"

"So how?" Soal lagi Emma bila talian Laura senyap.

"Oi tidur ke?" Emma mengetuk-ngetuk telefon rumahnya.

"Tak lah,tak ada apa yang best pun."

"Tak apa, nanti aku buat date lain pulak" kata Emma terkekeh ketawa.

Apa yang lucu entahlah.

"Whateverlah,aku nak tidur malas layan kau" Laura buat suara menguap.

"Ooo dah date tahu pulak tidur awal,tidur-tidur lah ya jadi sleeping beauty mana tahu Aqil boleh jadi prince charming"Usik Emma.

"In your dream"Laura tersengih.

" Aku on je nak mimpi Aqil,tapi kau tak kisah ke"Emma sudah tersenyum kambing.Macamla Laura nampak.

"Blah ish" Laura tergelak suka.

Talian diputuskan,biarlah lagipun malas nak dengar mak cik Emma membebel.

LOVE [√]Where stories live. Discover now