Bab 1

159 5 0
                                    

"Semua pelajar diminta berkumpul di tapak perhimpunan kerana acara pagi kita akan dimulakan sebentar sahaja lagi"

.....

"Hish,masa ni lah aku nak lambat. Kenapa dengan basikal aku ni. Time-time ni lah nak rosak bagai" rungut aku dalam hati.

Sejak dari pagi lagi semua benda serba tak kena jadi kat aku.Bangun pagi lambat. Bukan sengaja. Tetiba pulak jam habis bateri. Mase aku nak set alarm semalam ok je. Bangun dengan tergesa-gesa sampai tersepak kaki katil.

Nak sarapan pulak air tumpah. Ni nk keluar pergi sekolah,basikal pulak buat hal. Nasib, nasib.

Tak ada jalan lain. Aku kena cari cara untuk ke sekolah tanpa perlu naik basikal. Hurm.... Jalan kaki je cara yang boleh aku fikir sekarang ni. Nasib baik lah rumah aku dengan sekolah tak jauh sangat. Kuat lah dirimu wahai kaki. Akan ku kerahkan dikau untuk ke sekolah hari ni.

Tepat pukul 7.30 aku tiba di sekolah. Dah sampai tu elok je pengawas tunggu depan pagar. Ni tak lain tak bukan sekejap lagi ade lah sesi soal jawab lepas tu kena tanda nama sebagai saksi kejadian. Tabahkan hati Eina! Pegang kata ibu, 'sabar dan redha pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.'

"Ni kenapa lambat? " pengawas yang agak gempal bertanya kepadaku

"Err, basikal rosak tadi,"balasku.

"Alasan! Kalau tahu basikal awak tu buruk,check lah awal-awal sebelum ke sekolah. "

Kalau aku tahu dia nak rosak, minggu lepas lagi aku check tau tak! Soalan mintak kaki betik.

Aku senyum je. Senyum tak ikhlas.

" Nama apa? "soal pengawas yang agak kurus pula.

"Nur Farisha Safiena bt Razman" jawabku ringkas. straight to the point. Aku pon dah lambat nak berbasa-basi dengan dua orang pengawas kat depan aku ni.

" Awak boleh pergi," pengawas yang gempal tadi pula bersuara.

Aku hanya tersenyum pahit. Tak suka betul bila nama aku tersenarai dalam buku disiplin. Selama aku berada di sekolah ni. Belum pernah aku langgar disiplin sekolah. Ni kali pertama.

Dan mungkin kali yang terakhir. Aku nak keluar dari sekolah ni dengan rekod yang bersih. Tak nak kenangan pahit terus terpahat di sini. Tapi manis lah kan.

Bila aku datang semula ke sekolah ni. Tengok buku disiplin ada nama aku lepastu aku teringat kejadian tadi. Aku pernah lambat dulu, ade pengawas macam labu labi catat nama aku kat buku disiplin. Manis kan? Huish... Tak manis,tak manis langsung.

........

"Eina,asal kau lambat tadi? " tanya Sarah a.k.a rakan karibku.

"Basikal aku buat hal lah pagi tadi. Tu pun nasib baik aku sampai ni tau tak. Kalau tak memang selamat lah aku bergoyang kaki kat rumah." balasku.

" Kalau kau lepak kat rumah pun apa salahnya. Kau pun tak pernah cuti rehat kan?"

"Banyak lah kau punya cuti rehat. Sape nak ajar aku sampai aku faham kalau aku terlepas kelas hari ni?"

"Abangs kau kan ada!"

"Abangs aku? "tanya aku.

"Ye la. Abang Zaim, Abang Haris, Abang........ ",

" Abang tiri aku tu?! " potongku.

"Ha... Betul tu! Hehe,"

"Kau ni kan. Apa kene-mengena aku dengan diorang. Aku anak tunggal. Diorang tak ada hubungan darah pun dengan aku. So, stop calling them as my abang! "

Itu setiaWhere stories live. Discover now