Bab 8

57 2 0
                                    


'Jumpa aku masa rehat esok.'

Ingatkah anda kepada kata-kata ini?  Ya, kata-kata seorang ketua. Ketua yang menjengkelkan.

Setelah diberi arahan untuk berjumpa dia di kantin,aku bergegas ke kantin seperti yang dijanjikan. Memandangkan aku dan dia merupakan pelajar menengah atas, waktu rehat kami adalah pada waktu yang sama.

Hampir setengah jam aku menunggu dia tak muncul-muncul. Aku rasa dah lama aku duk bertenggek atas kerusi ni.

Sejak 30 minit yang lepas aku hanya memandang jam tanganku,kemudian ke kiri dan ke kanan mencari kelibat si dia.

Siapa dia?  Dia ialah Dani. My one and only leader. Tangan ke bahu. Mata ke atas. Sangat..!!

Aku paling pantang orang langgar janji. Kalau ada hal cakap lah. Jangan buat aku tertunggu-tunggu macam orang hilang laki kat kantin ni.

Kalau Dani dekat depan mata sekarang ni aku rasa nak luku-luku je kepala dia. Geram betul!

Aku nampak semua pelajar sudah mula beransur-ansur pergi. Menuju ke kelas masing-masing kerana waktu rehat sudah hampir tamat.

Aku jadi tak tentu arah. Weh, lepasni subjek math. Aku tak nak lah cikgu denda aku sebab masuk lambat. Cikgu aku garang dohh.

Pernah hari tu kawan sekelas aku masuk lambat sebab melepaskan hajat lama sangat, cikgu denda berdiri kat luar kelas sampai habis masa. Kawan aku tu mintak pergi tandas sebab nak sambung melepas sebab haritu dia sakit perut. Cikgu tak benarkan jugak.

Jadi dia terpaksa lah tahan sampai habis masa. Dia sampai terkicit dalam seluar. Bau dia perghh.. Menusuk kalbu,beb!

Sejak kejadian tu,semua pelajar kelas aku takut nak masuk lambat kelas dia. Ngeri kalau benda yang sama berulang.

5 minit ke pukul 11.30 aku nampak Dani datang. Bersama seoramg perempuan. Nama dia Amira. Macam mana aku kenal? 

Dia ialah perempuan paling gedik abad ni. Aku melampau sangat ke? Ahh, persetankan semua itu . Dia merupakan pelajar paling hot dalam batch aku. Tapi apa yang panas pun aku tak tahu. Suam-suam kuku je aku tengok.

Ehh jap. Dia budak group aku ke?  Please no!  Mintak simpang. Aku dengan dia dari dulu memang tak pernah sebulu.

Nak buat macam nana aku memang tak boleh dengan spesies ulat bulu ni. Gatal. Menyampah!

Aku perhati je dia dan Dani sedang bergelak ketawa menuju je arah ku sekarang ini. Rasa nak marah.  Cemburu?  Not at all!

Aku dekat 30 minit tunggu dia kat sini dia boleh seriang kanak-kanak ribena bergelak sakan dengan minah tu.

Sabar Eina... Sabar... Ingat Allah..

"Ha,kau. Meh sini Dani nak jumpa. "  minah kerek itu bersuara.

Ewah. Nak jadi mem besar nampak.

Dengan hati yang sebal aku berjalan ke arah dua ekor tu. Opps,terekor pulok..hoho

"How long have you been here? "soal Dani.

" Kau nak cakap apa kat aku?" tanpa menjawab soalan Dani aku soal dia balik. Memang bukan aku lah kalau tak balas soalan dengan soalan.

"Aku nak kau senaraikan barang yang perlu dibawa, tunjukkan dekat aku then bagikan tugas kat budak-budak kita. Aku nak kau siapkan Selasa ni. Faham! "

#poyo .. Selain dari senaraikan barang yang perlu dibawa bla bla.. Aku dah tak dapat tangkap apa yang mamat ni cakap.

Mungkin sebab perut aku yang mencucuk-cucuk . Aku tak sempat jamah apa-apa makanan pun masa rehat tadi. Ni semua mamat ni punya pasal.

Aku pun bendul betul bila tak curi masa kejap untuk beli makanan tadi. Melihat ramai pelajar tengah berebut-rebut nak beli makanan aku rasakan peratus untuk aku dapat makanan hanya 4%.

Aku yang tergolong dalam golongan kecil molek ni memang tak akan dapat lah makanan dibandingkan dengan pelajar lain yang tinggi macam galah. Nanti banyak masa dihabiskan dengan kalau tak menjerit , melompat.

"Ok, ada apa-apa lagi? " tanpa bersoal jawab aku angguk.

"Nope. That's all. "

"Kalau just nak cakap tu baik kau bagi aku nota kaki ke pesan kat pelajar lain ke. Tak berbaloi langsung aku tunggu setengah jam kat sini. ! "

Disebabkan perasaan geram yang aku simpan sedari tadi aku luahkan juga ketidakpuas hatiku. Tapi dengan nada yang perlahan. Cukup aku yang dengar.

"Apa kau cakap? "

Dia dengar ke tadi?

"Err, tak ada apa-apa."

Dia renung aku seketika sebelum mengangguk.

"Okay,you may go !"

Apakah? Aku tunggu dia untuk 40 minit dan dia hanya bercakap sepatah dua dan terus suruh aku blah?

Ini tak lawak Mr. whatever! Memikirkan perut aku yang sakit sebab gastrik datang menyerang, aku lupakan semua aksi karate kid yang aku rancang dalam kepala aku. Dan terus masuk ke kelas.

Kali ini aje. Lepas ni aku tak kan berdiam diri. Kau ingat aku baik sangat ke? Well, think again Mr. whatever!

Itu setiaWhere stories live. Discover now