Mama kata abah akan ke China selama seminggu untuk uruskan perniagaannya di sana. So, sebelum aku ke kem, dan sebelum abah bertolak ke China,aku bercadang nak jumpa abah dahulu untuk minta maaf.Aku tahu aku salah sebab marah-marah abah. Ego seorang anak tak boleh dibesarkan-besarkan apabila berhadapan dengan seorang ayah. Abah pun ada ego dia sendiri.
Kalau aku terus ikut keras kepala aku sampai bila-bila pun aku tak akan hidup bahagia sebab rasa bersalah dengan abah. Jadi,aku rendahkan ego aku untuk jumpa abah.
Menurut Neng Tiwi abah tak dapat balik hari ni sebab banyak kerja di pejabat.
Sebenarnya aku risaukan kesihatan abah. Aku perhatikan abah macam tak bermaya kebelakangan ini. Abah sakit ke? Kalau ya, sakit apa?
Petang itu, aku ke pejabat abah di Alamanda sambil dihantar oleh Pak Jat. Pemandu peribadi abah.
Sesampainya aku di pejabat abah aku diiringi masuk oleh seorang kakak yang bernama Wani. Dia berpakaian formal yang disesuaikan dengan latar pejabat. Dia nampak sangat professional dan elegan.
"Cik Farisha tunggu sekejap ya. Dato' sedang bermesyuarat. "
Aku angguk sambil tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih.
Aku meninjau-ninjau di sekitar ruang pejabat abah. Cantik, luas dan kemas. Aku tak pernah berkunjung ke pejabat abah selama ni. Mula-mula menapakkan kaki ke dalam syarikat abah ini aku rasa macam tak percaya.
Besar dan gahnya syarikat abah. Jadi, selama ini usaha abah berbaloi. Masa yang dia luangkan untuk bangunkan syarikat ini tak sia-sia. Masa yang dia abaikan untuk bersama aku tak sia-sia. Kalau tak mana mungkin aku dapat duduk kat dalam pejabat Dato' Razman sekarang ni. Pemilik syarikat usahawan terkemuka Malaysia.
Not to mention aku anak Dato'. Bukan nak berbangga tapi itu kenyataanya. Aku sengaja buang status dato' abah aku bila sebut nama panjang aku kepada umum.
Tak perlu orang tahu aku anak dato'. Biar aku dan keluarga aku je tahu. Bukan malu dengan abah malah aku bangga , abah aku berjaya mendapatkan gelaran dato' tapi aku tak nak orang pandang aku lain.
Berkawan dengan aku sebab status abah aku. Baik dengan aku sebab family aku kaya. Bagi aku wang bukan ukuran untuk persahabatan. Ikatan sahabat kenalah lahir dari hati yang ikhlas baru lah kekal.
Macam aku dan Sarah. Dia tak tahu sebenarnya aku anak Dato'. Aku tak nak lah dia jadi tak selesa kawan dengan aku. Dia selalu cakap anak orang kaya ni mengada, gedik, terencat.
Bila dia cakap macam tu aku diam. Tak angguk, tak geleng.
Aku tak salahkan dia juga. Kebanyakan anak orang ternama memang macam tu. Spoiled. Tapi aku tahu bukan semua. Ada aje yang baik dan sopan. Cuma boleh dikatakan satu dalam seratus.
Aku meneliti setiap susun atur perabot di pejabat abah. Apabila aku sampai di meja kerja abah mata aku terpaku pada frame gambar yang terletak cantik di sudut meja tersebut.
Gambar aku, abah dan... arwah ibu. Gambar yang diambil semasa kami sekeluarga bercuti di pulau perhentian.
Aku masih ingat waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke pulau itu. Kami nampak beberapa orang mat salleh sedang berjemur di tepi pantai.
Pakai bikini kau! Aku tengok ibu. Ibu tengok abah. Abah tengok kat mat salleh itu.
"Wow, besarnya! "
Ibu tampar tangan abah sambil membulatkan anak mata. Aku tahu ibu cemburu.
Abah gelak.
"Apa? Abang kata kat ikan yang pak cik tu tangkap. Besar."
"Ngelat. Bencilah abang ni. "
Abah simpan senyum sebelum bahan gelak. Sengaja buat ibu cemburu. Haha.. Aku tolong gelak sekali. Ibu sangat lawak bila cemburu. Mungkin sebab tu kot abah suka kacau ibu.
Bahagia sangat bila teringat time tu. Aku menahan air mata daripada gugur apabila teringat kenangan kami dulu. Perasaan rindu yang membuak-buak kepada ibu. Dalam diam aku mendoakan kesejahteraan ibu. Semoga ibu tenang di sana.
Aku yang baru hendak buat drama air mata, tiba-tiba terdengar pintu dikuak dari luar.
Abah masuk ke dalam biliknya dengan muka yang kelat.
"Kenapa kamu datang tak bagitau abah. Kamu tahu kan abah sibuk. Kamu tak ada kerja rumah ke nak buat? "
Aku tersentak. Aku datang nak mintak maaf tapi abah marah aku. Kau tau tak apa aku rasa. Rasa menyesal sebab datang.
"Eina tak tahu abah sibuk. Ingatkan kalau Eina datang boleh luangkan masa dengan abah"
Suara aku berubah kendur.Aku sedikit berjauh hati dengan sikap abah. Abah kejam. Aku datang dari jauh semata-mata nak jumpa dia tapi dia masih fikirkan kerja dia. Kesibukkan dia.
"Kalau kamu nak jumpa abah kita boleh pergi mana-mana restoran makan ke lepak ke. Abah tak nak Eina datang pejabat abah tunggu abah. Kalau abah sibuk tadi macam mana. Sampai ke esok lah kamu jadi pak jaga dalam pejabat abah ni."
Mendengar kata-kata abah membuatkan aku tersenyum. Abah masih sama macam dulu. Caring. Tapi sebab kerja dia lupa semua.
"Kamu dah makan ke belum? "
Aku geleng. Memang aku lapar tahap infiniti ni. Aku tak sempat jamah makanan kat rumah tadi. Balik sekolah terus rasa nak jumpa abah.
"Jom kita pergi makan"
Yeay.. Makan!
******
"Kamu nak jumpa abah tiba-tiba ni kenapa? Abah kan dah bagi kebenaran pergi kem tu?"
Abah memulakan bicara setelah selesai makan di restoran selera tepi sungai. Kata abah isi perut dulu, Lepas tu baru borak.
Selepas makan abah memandu pulang.
"Memanglah. Saja je Eina nak jumpa abah. Rindu. Hehe. "
"Ye ke rindu je? "
Abah macam tahu-tahu je aku ada niat lain nak jumpa dia.
"Err, sebenarnya Eina nak mintak maaf kat abah. Eina betul-betul menyesal cakap macam-macam dekat abah. Eina tahu abah buat semua benda ni untuk kebahagiaan Eina jugak. "
Abah diam seketika.
"Abah patut minta maaf dengan kamu. Kamu tak salah. Abah terlalu fikirkan masa depan kamu tapi abah tak fikir apa yang berlaku sekarang pun boleh bagi kesan kepada masa depan kamu. Abah minta maaf"
Aku sebak. Duhai mata janganlah nangis........
"It's okay. Eina tahu abah just jalankan tanggungjawab abah. Abah tak pernah salah "
" Kamu memang anak yang baik Eina. Kalau abah tak ada nanti,abah harap ada orang yang akan jaga anak abah lebih baik dari abah."
"Abah janganlah cakap macam tu. Abah adalah abah terbaik.Eina sayang Abah. "
Abah senyum. Aku lega. Akhirnya, segala persengketaan antara aku dan abah dah selesai.

YOU ARE READING
Itu setia
RandomSetelah abahnya berkahwin untuk kali kedua, hidup Nur Farisha Safiena tak sama lagi. Kedatangan tiga orang abang sekali gus menjentik perasaan tidak enak dalam hati nya. Bukan tak suka tapi tak selesa. Kehidupan sebagai anak tunggal kepada sebuah ke...