Bab 5

59 3 0
                                    

" Ni borang untuk kem. Abah sign kat sini tau.. Nanti letak atas meja tu. "

Aku menegur abah yang sedang duduk sambil membaca surat khabar di ruang tamu.

Tanpa berbasa-basi aku meletakkan borang kebenaran ibu bapa untuk abah sign di atas meja yang telab tersedia di ruang tamu rumahku. Malas nak cakap lebih-lebih. Bukan abah layan pun. Siapa lah aku ni kan.

Aku yang baru berniat nak terus naik ke bilik terus tak jadi apabila abah berdehem.

" Eina sini kejap. Abah nak cakap sikit. "

Aku memandang abah dengan pandangan kosong. Tak ada perasaan nak cakap dengan abah. Aku lihat abah sedang melipat akhbar Kosmo lalu diletakkan di meja yang sama aku letakkan borang tadi.

Tanpa berkata apa-apa aku duduk di sofa berdekatan abah,menunggu abah membuka mulut. Apa pula arahan abah kali ni. Kalau nak halang aku pergi kem lagi,aku tak akan berdiam diri kali ni. Aku memang betul-betul nak pergi. No one can stop me this time. Not this time! Kataku di dalam hati.

" Kamu sihat? "

Pelik? Abah mana pernah kesah pasal aku sebelum ni. Jadi untuk bertanyakan adakah aku sihat ke tidak adalah sesuatu yang teramat pelik. Abah dah kenapa? Ke abah yang tak sihat?

Aku diam sejenak sebelum menjawab pertanyaan abah.

" Sihat. "

Abah menghela nafas berat. Abah memandang aku dengan riak yang sukar aku tafsirkan. Aku boleh nampak riak risau, kecewa, sedih pada wajah abah.

"Abah tahu selama ini kamu kecewa dengan sikap abah. Abah kurang peka dengan perasaan kamu.  "

Abah berjeda sebentar sebelum menyambung.

" Abah minta maaf sebab abaikan tanggungjawab abah kepada kamu. Abah terlalu mengejarkan business. Abah bukan apa. Untuk kesenangan kamu juga. "

Tiba-tiba aku sebak. Bukan sebab sedih dengan ucapan maaf dan luahan hati abah tapi aku marah dekat abah. Senang je kan abah minta maaf. 2 tahun aku pendam perasaan sedih aku sorang-sorang. No one to talk to, no one care. Senang kan manusia. Bila buat salah minta maaf.

Abah tak tahu betapa terseksanya aku bila abah kahwin lain. Murahnya cinta abah pada ibu sampai abah sanggup buat ibu macam tu. Aku yang kurang kasih sayang seorang ayah terasa lagi tersisih apabila terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Sadisya hidup kau Eina!

"Buat apa kaya kalau hidup tak pernah bahagia. " aku berkata setelah lama berdiam diri. Air mata yang bertakung cuba ditahan daripada mengalir.

" Eina tak pernah rasa abah sayang Eina. Buat apa abah bagi Eina rumah besar kalau Eina tak pernah bahagia. Tiba-tiba Eina rasa macam tak penting. Ya lah, abah dah ada family baru. Isteri baru. Anak-anak baru. Buat apa nak kesahkan Eina kan. Anak lama. "

" Eina! " aku agak tersentak apabila abah menaikkan oktaf suaranya. Abah tengking aku!

" Kamu sedar tak yang kamu sedang bercakap dengan abah kamu sekarang ni. " tegas abah.

" Eina tak pernah ada abah sebab abah pun tak pernah ada untuk Eina. "

Aku nampak tangan abah bergerak-gerak menahan amarah. Dia genggam tangan kanannya kuat. Aku tahu abah nak tampar aku sebab kebiadapan aku bercakap.

Aku bukan nak berkurang ajar dengan abah tapi aku nak abah tahu perasaan sebal aku. Aku nak dia selalu ada dengan aku. Aku ni anak kandung dia! Sudah terlalu lama aku pendam perasaan ni sorang-sorang. Tak salah kalau aku luahkan sekarang sebab orang yang paling patut tahu adalah abah. Orang yang bertanggungjawab jadikan aku begini.

Abah mengeluh. Aku tahu abah sedih dengan sikap aku. Tapi aku keraskan hati untuk tak berlembut hati sekarang.

" Abah minta maaf. Abah nak yang terbaik untuk kamu. Abah takut kamu kekurangan kasih sayang seorang ibu kalau dengan abah. "

Abah menekur memandang lantai. Kesal dengan perbuatannya yang mengabaikan aku sebelum ini mungkin.

Aku rasa mungkin malam ini malam yang tepat untuk aku luahkan perasaan aku selama ini. Peluang ini yang jarang-jarang aku dapat. Peluang bercakap dengan abah. Aku mungkin pentingkan diri tapi aku tak nak simpan luka di hati terlalu lama. Takut bertambah parah. Jika ia parah, tiada ubat yang mampu merawatnya lagi.

" Eina tak nak kasih sayang orang lain. Eina nak kasih sayang abah. Perhatian abah. Bukan sekali abah tak hiraukan Eina. Banyak kali. Tak penting ada ibu lain kalau abah sendiri tak peduli. Eina tak minta banyak pun dengan abah. Eina minta abah peduli pasal Eina. Eina ni bukan anak abah ke? Kalau ya, abah akan selalu ada untuk Eina."

Abah memandang aku dengan pandangan tak percaya. Terkejut kerana anaknya sudah berani berkurang ajar dengannya mungkin. Abah meraup mukanya dengan kasar.

"Ya allah, Eina. Abah sayang semua anak-anak abah. Tak kira lah anak kandung atau tak. Kenapa kamu sanggup cakap macam tu. "

"Abah tipu. Kalau abah betul-betul sayang Eina abah tak akan buat Eina macam ni. Abah juga yang buat Eina jadi macam ni. Semuanya salah abah. Eina tak ada siapa-siapa selain ibu. Eina rindu ibu " kataku tanpa melihat ke arah abah.

Air mata yang aku tahan mengalir juga akhirnya. Air mataku menuruni pipiku dengan laju. Aku sedih dengan layanan abah kepadaku. Aku sedih sebab aku tak sanggup tengok tempat ibu diganti dengan perempuan lain. Aku sedih sebab abah pentingkan diri sendiri.

" A... Abah. Abah minta maaf "

Aku nampak mata abah merah. Marah atau sedih aku tak pasti. Belum sempat abah membuka mulut untuk menambah aku bangun untuk berlalu. Aku mengesat air mataku yang kian lebat sebelum menuju ke bilikku.

Aku sempat memandang ke arah penonton setia drama tak berbayar antara aku dan abah sebentar tadi.

Aku nampak mama Hanan sedang menangis. Pura-pura atau betul-betul sedih? Malas aku ambil tahu. Aku menjeling ke arah Naufal yang sedang menenangkan ibunya. Anak mataku bertembung dengan anak mata Naufal. Dia seperti kecewa dengan aku. Aku buat tak endah kepada mereka.

Sampai di bilik aku baru terfikir. Betul ke cara aku? Menyedarkan abah akan kesilapannya dengan meluahkan rasa marahku kepadanya. Aku termangu sendiri. Aku cuma nak abah tahu rasa sakit yang aku rasa selama ini.

Kenapa aku nak marahkan abah padahal ini bukan salah abah? 

Tetapi ada sudut lain di hati aku yang tetap mengatakan ini semua salah abah. Abah patut lebih prihatin tentang aku bila ibu meninggal dunia . Di mana dia waktu aku betul-betul perlukan kasih sayang dia ketika itu.

Kalau abah pedulikan aku dia tak akan biarkan aku sedih sorang-sorang. Aku benci abah kerana itu. He puts me in this situation.

Tapi dia dah terlewat untuk membetulkan keadaan. Hati aku telah sembuh tapi parut masih ada. Tak hairan kalau luka yang lama mampu berdarah kembali.

Mood rajin aku punah. Nasi dah jadi bubur. Kalau aku menyesal atas percakapan aku kepada abah tadi pun tiada guna. Aku terlalu ikutkan perasaan marah. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidur daripada memikirkan pergaduhan aku dengan abah sebentar tadi.

Itu setiaWhere stories live. Discover now