Bab 10

70 2 0
                                    

Dani's pov

Setelah agak lama aku memainkan lagu-lagu yang sedia ada dalam senarai lagu di telefonku. Aku mula rasa bosan.

Aku memandang ke arah orang sebelah. Cantik jugak minah ni.Tapi sayang rupa tak secantik bahasa.Harap muka je lawa tapi sekali bercakap penuh berbisa.

Best nye dia tidur. Aku memang tak boleh tengok orang bahagia ni. Tiba-tiba rasa macam tanduk tumbuh dekat dahi. Hehe.. Idea jahat dah muncul.

Aku membuka beg galasku untuk mengambil marker hitam yang sedia tersimpan di salah satu poket di situ.

Aku pastikan Minah di sebelahku ini betul-betul nyenyak sebelum aku memulakan rancangan 'baik' ku. Kalau dia bangun kantoilah aku nak kenakan dia. Nyenyak betul dia ni tidur. Tidur mati agaknya.

Aku membuka penutup marker sambil memandang sekeliling. Kalau ada orang nampak pelajar cemerlang sekolah pedajal budak perempuan mahu kecoh satu sekolah. Dengan berhati-hati aku meletakkan hujung marker diwajah putih bersih perempuan di sebelahku.

Aku panggil minah di sebelahku ini minah bukan sebab sengaja tapi aku lupa nama dia.  Panjang sangat. Aku pula memang jenis cepat lupa nama orang lagi-lagi kalau aku tak kenal.

Apa ek nama dia? Syarnas? Hui tu nama lelaki. Syafinas? Itu bukan ke nama cikgu vokal dalam AF? Haaa... Syafiena. Budak-budak panggil dia Eina,kan. Kena ingat ni lepas ni. Hehe.

Lantaklah nama dia apa pun. Tetapi rancanganku tetap berjalan. Mula-mula aku lukis bentuk tapak sulaiman sebelum menambah mata dan mulut. Yeah.. Siap.. Patrick! Lepastu aku lukis spongebob.

Walaupun watak kartun itu dah agak lapuk dalam dunia animasi kartun kanak-kanak tapi aku amat menggemari watak mereka. Kawan baik yang sentiasa bersama. Buat semua benda bersama. Even mati pon bersama. What a best buddy.

Aku terbayang macam mana muka perempuan ni bila dia bangun nanti. Hahaha.. Mesti lawak siot.  Ini saja cara aku hilangkan bosan. Aku nak berterima kasih dekat minah ni sebab telah menjadi tempat aku hilangkan nafsu bosanku . Walaupun hakikatnya perempuan ni tak rela. Mana nak rela kalau dia tak sedar pun aku buat semua ni.

Lagipun aku suka tengok dia marah. Aku tak tahu kenapa tapi ada something dalam marah dia tu yang memuaskan hati aku. Lagi dia marah lagi aku suka kacau dia. Jahat kan aku?  Haha. Tak apa.  Dengan minah ni je.

Setelah aku siap melakar macam-macam watak kartun dari yang lapuk hingga lah yang paling latest, aku meneliti wajah Eina untuk menilik hasil tanganku tiba-tiba dia berpaling menghadapku .

Disebabkan wajahnya terlalu dekat dengan wajahku aku cepat-cepat menarik tubuhku ke belakang.

Dup.. Dap.. Dup.. Dap..

Jantungku bekerja lebih masa dengan tak semena-mena. Huish. Bahaya betul. Tapi kenapa aku rasa berdebar pulak ni. Mungkin sebab takut tertangkap kot.

Tiba-tiba mata Eina terbuka. Mata bundar dengan alis yang lentik sedang memandang tepat ke arahku.

Gulp! Matilanak!

Aku tenung dia. Dia tenung aku. Semasa sesi tenung-menenung itu,  aku rasakan masa berputar dengan sangat lambat . Aku terasa debar yang teramat menunggu untuk dia bersuara. Macam tunggu gunung berapi nak meletus. Semua muka marah yang pernah dia tunjukkan terpamer di benakku. Tak hairanlah kalau aku kena karate pun lepas ni.

1 saat, 2 saat, 3 saat...

Timbul rasa pelik di hatiku. Kenapa minah ni diam dari tadi ? Marah pun tak , apa pun tak.

Selepas beberapa saat. Matanya kembali tertutup. Aku melambai-lambaikan tangan kananku di hadapan muka Eina. Dia kekal dengan keadaan asalnya. Tak ada perubahan. Dia sambung tido balik ke?

Apadaa mengigau rupanya minah ni. Fuhh, selamat aku!

Tiba-tiba rasa nak gelakkan diri sendiri. Betullah orang kata. Orang buat jahat ni tak pernah rasa tenang. Tengoklah aku sekarang ini, takut perbuatan aku dihidu,aku jadi tak senang duduk. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.

At last, aku mengambil keputusan untuk duduk di seat belakang bersama dengan rakan-rakanku. Dah buat salah takkan nak stay. Cabut lah!

"Eh kau dari mana?  Aku tak nampak pun kau naik bas ni tadi," Sam selaku ketua kelasku bertanya.

"Aku ada ajelah. Aku duduk dekat seat depan pemandu tadi.Hehe,"
aku menjawab soalan Sam dengan sengihan. Sorry Sam terpaksa tipu kau. Tipu sunat. Aku janji lepas ni aku taubat.

Sam cuma mengangguk dan memberikan ruang kepadaku untuk duduk. Dalam hati aku harap minah tu tak sedarkan diri sampai lah kami tiba di tapak kem.

...................

Apabila bas berhenti aku mengintai-ngintai di luar tingkap bas. Kita dah sampai,akhirnya!

Aku turun terlebih awal untuk membantu cikgu menguruskan pelbagai alatan dan kelengkapan . Perihal pelajar telah diserahkan sepenuhnya kepada guru pembimbing wanita untuk diuruskan.

Selaku komander aku kenalah sentiasa peka dan bertanggungjawab.
Orang lantik kita jadi ketua kena lah pandai buat kerja,kan?

Amacam? Ada rupa calon menantu yang baik tak? Makcik2 yang ingin bermenantukan saya boleh aply di www.jejakaterhangatmalaya.com Aciaaaaa.. 😂😂

Setelah selesai segala tugasanku aku menghampiri tapak perkhemahan yang dikhaskan kepada pelajar lelaki untuk mendirikan khemah.

Setelah bertungkus-lumus memasang khemah, kami diminta ke kawasan khemah wanita untuk menyediakan tempat memasak.

Dalam kem ini, kami diminta memasak sendiri makanan kami untuk menguji kebolehan pelajar untuk bekerjasama dan berdikari dalam menyediakan makanan masing-masing.  Kalau tak pandai masak, harus lapar lah jawabnya.

Tiba-tiba aku teringatkan minah tu. Apa kahabar ya dia? Aku dapat rasakan yang dia tengah marah gila dekat aku sekarang ni. Hopefully dia dapat tanggalkan lah dakwat marker dekat muka dia tu sebab last aku ingat dakwat marker tu susah untuk ditanggalkan.

Aku teringat kejadian dia 2 bulan lepas. Adik aku conteng tangan dia guna marker tu. Hampir separuh hari ibu aku menggosok di kawasan contengan itu tapi kesannya masih kelihatan.

Setibanya aku di kawasan khemah pelajar perempuan, aku tercari-cari kelibat Eina tapi tak kelihatan.

"Weh, kau cari siapa? " Fariz menegurku. Fariz ialah pelajar tingkatan 5 Qayyum yang merupakan ahli kumpulanku.

"Tak ada cari siapa pun. Eh mana budak perempuan kumpulan kita ni? Tak nampak batang hidung pun." aku cuba mengalih topik sebelum dia bertanyakan dengan lebih lanjut.

"Sana tu. Diorang baru siap pasang khemah kot, " Fariz menunjuk ke satu arah di belakangku.

Aku berpaling dan bertembung pandang dengan Eina.Kulit wajahnya yang putih kelihatan kemerah-merahan.

Aku tahu itu bukan sebab malu tapi boleh nampak betapa gigihnya dia mengenyeh mukanya untuk menanggalkan dakwat yang ada. Namun begitu, aku masih boleh lihat kesan dakwat di situ.

Aku simpan senyum. Dia memandangku dengan pendangan benci sebelum bercakap tanpa mengeluarkan suara yang berbunyi seperti " I'll kill you".





Itu setiaWhere stories live. Discover now