Meluatnya aku tengok muka Dani sekarang ni! Dia boleh buat gaya macam orang tak bersalah lepas dia dah menconteng dakwat di muka aku dengan lukisan buruk dia tu! Hiperbolanya dia ibarat telah menconteng arang ke maruahku! Dahlah nak tanggalkan dakwat ni susah gila.
Aku juga nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab dah berjaya tarik perhatian ramai peserta kem sekarang ni. Aku rasa bangga sangat sebab aku dah jadi retisss ,you alls! But seriously.. I'll make him pay.
"Cantik muka. Tatu baru ke? "
"Ha'ah tatu ni buatan khas tau. Handmade by Mr. Dani a.k.a pelukis paling buruk atas muka bumi ni."
Dani ketawa terbahak-bahak.
Haaa.. Suka lah ketawa lah selagi mampu. Kenapa lah dia ni suka sangat pedajal aku. Aku tak pernah buat salah pun dekat dia. Bala apalah yang mendatang nanti aku pun tak tahu.
"But you know sweety, you look so good with my handmade tatoos on your beautiful face." Dani tersenyum mengejek.
Ya allah. Sakitnya hati! Sakit hati aku melebihi rasa malu aku sekarang ni. Dia ni memang sejak azali ke jahat macam ni? Sebab boleh kata he's born evil!
........
Sebelum solat zohor berjemaah kami kena siapkan makanan untuk dijamu kepada ahli kumpulan masing- masing. Setelah bertungkus-lumus selama setengah jam makanan kami pun siap.
Kemudian, kami ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Di surau, cikgu memberi arahan dan pantang larang sepanjang kami berada di tapak perkhemahan.
Antara yang aku ingat ialah :
1. Jangan merayau-rayau seorang diri.
2. Cuba untuk tak keluar selepas 12 tengah malam.
3. Jangan kutip benda sesuka hati.
4. Jaga mulut. (means jangan cakap bukan-bukan pasal benda ghaib atau yang seangkatan dengannya)
5. Semua ahli kumpulan kena sentiasa berada dalam kumpulan masing- masing .Tu je. Aku tak dapat dengar apa-apa dah lepas tu sebab aku lapar. Pagi tadi aku cuma makan roti je sebagai alas perut. Maybe terover excited pasal kem ni kot. Ngeh ngeh ngeh.
Almaklumlah anak razman ni tak pernah melihat dunia luar.Selepas cikgu bagi arahan untuk dismiss aku bergegas turun dan menuju ke khemah untuk tukar telekung ke tudung. Akhirnya,perutku akan diisi!
"Eina boleh tolong letak dalam pinggan tak nasi goreng tu lepas ni pelajar lelaki datang diorang nak makan. Kita kena siapkan cepat-cepat."
"No prob chef! "
Kak Hanim ialah seorang pelajar tingkatan 5 yang mahir memasak dan dia ambil alih dapur sejak kami sampai di sini pagi tadi. Kalau tengok cara dia memasak kalah chef oii.. Cenggini 👍👍.
Setelah makanan dihidangkan seorang demi seorang pelajar lelaki muncul untuk ambil makanan . Dari jauh aku nampak Dani menghampiri .
Aku meletakkan nasi ke dalam pinggan yang terakhir untuk pelajar lelaki terakhir dan semestinya aku kena jadikan ia yang istimewa. Siapa pelajar lelaki yang terakhir? Dani of course. Sebab dia ada banyak kerja kena buat.
Aku tambahkan serbuk cili kedalam nasi goreng Dani. Dalam hati aku bersorak keriangan.
"Dik, boleh tolong bagi nasi ni kat abang Dani tak?"
Eww abang. Tiba-tiba rasa nak termuntah hijau dengar perkataan tu keluar daripada mulut aku. Aku meminta seorang pelajar lelaki tingkatan 3 untuk menyerahkan nasi ini kepada Dani. Kalau nak mintak tolong orang kena penuh dengan santun nya baru orang nak tolong. Betul ke idokk?
Pelik tak kalau aku cakap aku bagi pinggan dekat budak tu dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Senyuman bahagia. Bahagia yang dendam aku akan dilunaskan. Tinggi kemungkinan untuk budak tu kata aku gila. Haha.Dari tadi lagi duk senyum-senyum. Tapi aku tak kesah asalkan rancangan aku berjaya.
"Kenapa kau suruh budak ni? Dah ada hati nak jadi bos pulak ke? "
Amira bertanya sambil menyilangkan tangannya.
Eh aku ke kau yang berlagak bos sekarang ni? Dah lah masa orang tengah buat kerja kau goyang kaki. Lepas tu banyak bunyi pulak!
"Aku minta tolong hantar nasi ni kat Dani je lah. Tak paksa pun. Lagipun aku banyak kerja lagi nak buat. Bukan macam setengah orang tu kerja tak , membebel lebih !"
Amira seperti tidak mengendahkan sindiran ku apabila aku menyebut nama Dani. Dia terus jadi teruja. Aku macam boleh nampak love keluar dari biji mata minah ni. 😍
" Nak hantar kat Dani ke ni? Kalau macam tu biar aku buat. Kira aku buat kerja jugak lah ni kan? "
Amira tiba-tiba menawarkan diri. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia merampas pinggan nasi tu dan menuju ke arah Dani.
Ha'ah. Kerja menggedik je lah kau reti.
Budak tingkatan 3 tadi memandang aku dengan riak hairan.
"Sokay lah dik. Dah ada kakak gediks yang tolong hantarkan. Thank you!"
Aku sabdukan cukup-cukup perkataan gediks tu. Budak itu senyum.
"Kak nak tanya something boleh? "
"Apa dia?"
" Kakak ada penyakit eh? Kenapa muka akak macam tu? Sayanglah sebab kalau tengok betul-betul akak ni cantik sebenarnya. "
Aku tak tahu nak ucapkan terima kasih atau bagi penampor dekat budak ni sekarang. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.Haa.. Penyakit. Penyakit buatan orang.
Nak aje aku cakap macam tu tapi tabahlah duhai hati. Sebab to be honest budak ni bukan orang pertama yang tanya macam tu. Dah dekat 5 orang rasanya yang tanya apa yang jadi dekat muka aku.
Tapi budak ni orang first yang tanya aku sakit ke? Aku rasa kulit muka ni dah tebal 5 inci dah ni. Aku tebalkan muka untuk senyum dan balas pertanyaan budak ini.
" Eh tak lah dik. Kak tak tahu lah akak kena apa. Bangun-bangun nak macam ni. Esok hilang lah ni. "
"Ouh macam tu. Okay lah kak sambung lah buat kerja tu. Saya pergi dulu."
Aku mengangguk. Sebelum menyambung kerjaku.
"Seronok menggatal?"
Aku berpaling dan melihat dia sedang merenung ke arahku. Eleh kalau aku menggatal kau kesah apa? Pelik betik mamat ni.

YOU ARE READING
Itu setia
RandomSetelah abahnya berkahwin untuk kali kedua, hidup Nur Farisha Safiena tak sama lagi. Kedatangan tiga orang abang sekali gus menjentik perasaan tidak enak dalam hati nya. Bukan tak suka tapi tak selesa. Kehidupan sebagai anak tunggal kepada sebuah ke...