Bab 4

66 2 0
                                    

"Weh macam mana? " Sarah menegurku.

Semasa aku sedang menuju ke kelas ku. Aku disekat oleh Sarah. Sudah tentu nak tanya pasal kem lah tu.

"Kalau ye pon bagi lah salam. Ni tak datang-datang je siasat aku macam polis tak bertauliah. Aku ni kelas pon belum jumpa tau tak? "aku membebel geram.

Perangai ni yang aku paling geram dengan Sarah. Gelojoh. Kalau ye pun bagi lah aku bertenang dulu ke. Semput aku kalau macam ni selalu. Dah lah letih berperang kat rumah tadi tak hilang lagi.

Tiba-tiba teringat pasal kejadian pagi tadi di rumah. Aku masih ingat muka Naufal yang merah menahan marah.

*flashback*

"Kenapa kau setuju dengan cadangan abah semalam? "

Dah agak dah. Mesti Naufal tak puas hati pasal semalam. Lepas aku cakap fine dekat abah aku terus masuk bilik. Malas nak panjangkan cerita. Kalau aku tak angkat kaki semalam lagi banyak argument aku kena buat dengan abah nanti.

Aku angkat bahu. Malas layan.

"Weh aku cakap dengan kau ni,pekak ke? " soalnya lagi.

Weh dia pelakkan aku. Ni buat aku hot ni.

" Hish. Apa masalah kau sebenarnya? Setuju aje lah. Aku nak pergi kem tu. Tu nasib baik abah bagi deal macam tu. Kalau lagi teruk macam mana Lagipun, bukan kau WAJIB join kem ni ke? Kau kan 'anak kesayangan' cikgu Rahman," kataku sinis.

Sengaja aku menekankan perkataan wajib dan anak kesayangan. Naufal merupakan pelajar yang sering keluar masuk bilik disiplin sekolah. Atas sebab yang sama. Ponteng.  Bukan tak pernah bagi amaran. Berkali-kali. Dah pernah kena gantung pun. Tapi tak ada kesan.

"Aku tak nak join kem ni. No fun! Tapi sebab kau aku kena pergi jugak kem ni. " balas Naufal .

"Eh, aku tak bagi pun abah suruh kau ikut. It was all his idea. Not my fault. Kau tak boleh salahkan aku. Lagipun kalau kau dengar cakap abah. Kau akan dapat duit poket kau tiap-tiap minggu and aku dapat pergi kem ni. Win-win situation right?"

Naufal mendengus dan berlalu. Aku tahu mesti dia tengah membebel tak puas hati dengan arahan abah. Naufal kalau dia tak suka memang dia tak kan buat. Tapi kalau benda tu melibatkan something yang dia kena pertahankan. He'll does whatever it takes.

*end of flashback*

Aku tersedar apabila Sarah memegang lenganku.

"Hehe, sorry!  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Cik Einaku sayang. So, macam mana? " Sarah sengih .

Nak ambil hati lah tu. Macam aku tak tahu. Sarah... Sarah...

"Waalaikumussalam. Hurmm... Okay," aku balas mendatar. Dalam geram-geram pun salam kena jawab. Wajib tu.

"Yeke?Betul ni?"

"Betul lah! Ingat aku ni Sadiq Segaraga ke? Kaki penipu? "

Hahaha. Tak percaya sangat. Aku heret sekali dengan watak dalam cerita Tan Sri P-Ramlee, Tiga Abdul. Sadiq Segaraga. Suka tipu duit orang.

Betul lah. Kalau tengok zaman sekarang pun ramai orang sanggup buat apa sahaja demi harta dan pangkat. Kena sangat lah mesej yang disampaikan oleh Tan Sri P-Ramlee tu.

" Haha. Bukan tak percaya. Tak sangka. Wahh, tak sabarnya aku nak pergi kem dengan kau!" Sarah buat muka teruja.

Aku tahu dalam fikiran dia tu macam-macam bayangan yang dah difikirkannya. Sarah sangat.

Aku tersenyum kepada Sarah. Aku pun teruja sebenarnya nak pergi kem ni. Bila lagi nak rasa bebas dan seronok betul tak.

"Tapi aku pelik lah? Cepat abah kau setuju? Sebelum ni tak ada lah cepat macam ni. Selalunya perang akan tercetus dan akhirnya kau akan menyerah kalah," ujar Sarah.

Semua kata-kata Sarah memang betul. Mana tak nya dulu kalau sebut je nak pergi kem ataupun lawatan abah dah bagi pangkah besar-besar. Dengan arahan NO!  Siapa berani lawan kalau abah dah keluarkan arahan?

" Cepat ada makna," balasku lebih kepada diri sendiri.

" Maksud kau? "

"Abah aku bagi aku pergi kem ni dengan syarat,Naufal kena ikut,"

"Watta? Hahahaha. Wehh yang ni lawak," Sarah dah mula gelak.

"Weh slow lah sikit. Orang tengok ni!" aku menepuk bahu Sarah apabila menyedari ada beberapa pasang mata sedang melihat ke arah kami dengan pandangan pelik...dan terkejut.

Kalau Sarah dah mulakan gelak versi langsuir,aku tak hairan kalau orang tengok ke arah kami dengan pandangan pelik. Aku dah imun dengan gelak dia sebab hampir setiap hari aku dengar. 

"Aku tak main-main lah. Aku tak tahu apa motif abah suruh dia ikut. Dia marah kat aku sebab aku punca dia kena heret sekali pergi kem ni," sambungku.

"Aku rasa bagus jugak kalau dia join kem ni. Dengan perangai malaun dia tu, mana tahu dia boleh berubah?" Sarah memandang ke atas sambil menggosok-gosok dagunya lagak orang sedang berfikir.

"Kau rasa macam tu ke? "  soalku kepada Sarah.

Sarah mengangkat bahu.

Aku terfikir. Ni ke motif abah? Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku melihat jam tanganku seraya memandang Sarah. .

"Dah habis dah sesi soal-menyoal ni? Aku nak masuk kelas ni. Kita buka sesi lain pulak. Sesi pembelajaran. Kang ada yang kena tegur masuk lambat kang," gesaku.

Tak nak lah masuk lambat. Aku bukan tak tahu cikgu kelas aku tu punctual. Lambat sikit dah kena soal macam-macam.

" Okay dah. Jom masuk kelas. "

Aku dan Sarah pun menuju ke kelas kami.

************

" Eina awak dah hantar borang kebenaran ibu bapa ke belum? " tanya Haqim selaku ketua kelasku.

Dia ditugaskan untuk mengumpulkan semua borang kebenaran sebelum dihantar kepada guru kelas aku,Cikgu Wina.

Aktiviti mengemas buku-buku ke dalam beg untuk pulang ke rumah aku tergendala dek teguran Haqim.

Yang menjadi masalahnya. Aku belum pun jumpa abah untuk minta dia turunkan tandatangannya. Bukan senang nak jumpa abah.Mengalahkan VVIP dah tahap kesibukannya. Anak dia sendiri pun dia tak sempat nak layan.

"Errrr, belum lagi lah Qim. Bila last submit borang ni? " ujarku sambil menggaru-garu keningku yang tak gatal.

" Esok last. Awak jangan lambat hantar borang ni. Kalau tak penyertaan dikira batal. " kata Haqim tegas.

Hah sudah. Kalau Haqim dah mula bersikap tegas , memang tanda dia tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Dia bukan tak tahu aku memang fail kalau bab-bab punctual ni. Aku datang sekolah pon jarang-jarang on time.

" Okay, esok saya hantar ! " ujarku .

Haqim mengangguk sebelum berlalu ke tempat duduk kawan-kawanku yang lain. Dia memang scary kalau bab amanah ni. Mengalahkan Ah long mengutip hutang.

Dah nama pun ketua kelas. Kalau tak amanah memang dia takkan dilantik awal tahun dulu.

Aku menyambung mengemas buku.

" Pehal? " tanya Sarah apabila dia mendekati aku.

"Ah long kutip hutang! " jawabku tanpa melihat ke arah Sarah.

"Weh bila masa kau berhutang ni?  Kau jangan buat gila Eina. Sekali pinjam dengan Ah long tu, kau kena bayar dengan bunga-bunga sekali tau."

Aku tak tahu lah nak gelak ke nak marah kepada Sarah sekarang ni. Aku gurau dia boleh ingat aku cakap benda betul.

Aku memandang Sarah dengan pandangan tak percaya. Kau biar betul Sarah. Kalau aku cakap aku anak angkat pon mesti dia percaya jugakkan kalau ini gamaknya.

" Aku gurau lah sengal! "

Sarah buat-buat marah. Aku ketawa.

Itu setiaWhere stories live. Discover now