"Seronok menggatal? "
Dia kesah apa kalau aku menggatal sekali pun?
Aku hanya memandang Naufal dengan wajah yang selamba. Setelah sehari suntuk aku tak nampak muka dia tiba-tiba dia boleh muncul depan aku sekarang ni. Perasaan aku? Biasa je.
"Sehari suntuk kita tak jumpa macam ni kau layan aku? "
Aku naik hairan. Aik? Selama ni pernah ke aku tunjuk minat nak bercakap dengan dia or even layan dia baik-baik? Aku rasa tak pernah.
Pelik sia. Kena sampuk ke? Nak kata kena sampuk malam pun belum lagi. Sawan kot. Sawan apa kalau dia boleh tercegak berdiri depan aku ni? Daripada aku bersoal jawab dengan diri sendiri, moh kita tanya.
"Kau dah kenapa? Kena sampuk eh? Tiba-tiba nak suruh aku layan kau baik- baik. Bukan memang macam ni ke cara aku layan kau selama ni? "
Dia mencebik. Aku tahu dia tak puas hati. Aku sebagai seorang yang lebih muda kena hormat yang tua. Itu yang dia selalu cakap. Dia nak rasa diri dia tu dihormati.
Mintak maaf lah ya encik yang lebih tua saya tak akan hormati awak kalau awak tak hormati saya. Respect is not given it is gain. Kalau cara dia layan aku pun macam mintak kaki memang tak lah aku nak layan dia baik-baik.
Sorry to say but talk to ma hand lah brotha.
"Aku nak tolong kau buat pahala je. Susah ke layan aku macam abang? Sejuk sikit hati aku. "
Ceh. Hati kau memang sejuk tapi hati aku yang panas. Mengacau hidup orang aje kerja. Mana ketua group dia ni? Tolong heret dia ni kembali ke khemah group korang! Menyemak aje. Nak je aku umumkan macam tu dekat tengah-tengah kawasan lapang ni.
Tapi bila difikir-fikirkan balik , nanti ada jugak orang cop aku buang tabiat.
"Kau dah tak ada kerja sangat ke sampai nak kacau aku dekat sini?"
Dia ni sama je dengan minah gedik tadi. Kerja goyang kaki aje lah. Senang betik hidup diorang kan. Orang lain buat kerja kau dapat habuannya. Lepas ni orang nak makan mulalah buat muka tak tahu malu mintak makanan , dia buat kerja pun tak nak.
Kan dah keluar tu Eina versi mak nenek. Pantang keturunan aku dengan makhluk serupa ini.
"Aku buat kerja lah. Cuma kerja aku dah siap. Aku nak tengok-tengok kau je. Kan abah dah pesan suruh jaga kau. "
Naufal menekankan perkataan abah dah pesan itu.
Tiba-tiba rasa tercekik tulang ikan. Nak tunjuk caring lah ni? Pegiiiii daa!
Tanpa menghiraukan ayat yang akan keluar dari mulut Naufal aku membantu kak Iqah mengemaskan kawasan memasak kami. Cikgu kata kebersihan perlu diutamakan kalau memasak nanti tetamu lain yang datang.
Melihat kepada tapak kawasan yang kami huni sekarang banyak tetamu yang boleh sampai ke sini. Kirim salam dekat haiwan dalam hutan tu skali. First guest tu.
............
Done memasak kami makan beramai-ramai dalam kumpulan. Dengan cara ini kita akan dapat berkongsi makanan bersama-sama. Biar sikit tapi sama-sama merasa. Kita kenyang sama-sama kita lapar pun sama-sama. Senang cerita always together-gether. Sweet kan? Wekk.
Aktiviti pertama kami selepas itu ialah treasure hunt.
Yang menariknya dalam game ni setiap group akan dapat kertas bayangan. Bukan satu bukan dua tapi lima. Dan kami kena teka apa benda itu. Selesai meneka kami kena cari dan pinjam barang itu sebelum ditunjukkan kepada cikgu. Kalau semua barang yang dibawa itu betul, maka group itu menang.
Easy kan. Dengar memang easy tapi nak buat tu payah.
Aku dan ahli kumpulan aku berkumpul dalam satu bulatan dan mula membahagi tugas . Dua orang cari satu barang. Tetapi disebabkan kumpulan kami ada 11 orang ahli. Akan lebih satu orang. And guess what? Aku lah orang itu.
Bukan aku kera sumbang ek dalam group tu tapi aku diam bila sume orang cari pasangan mencari masing-masing . And aku forever alone. Sedih.
"Kau dengan aku."
Tiba-tiba Dani bersuara. Sebelum aku bersuara untuk membantah Dani menjegilkan matanya ke arah ku.
Dia buat macam tu ingat aku takut? Nanun berbaur arahan nada dia tadi. Dani bagi isyarat mata sambil jeling-jeling dekat sebelah dia.
Ouhh.. Patutlah...
Pasangan dia tu Amira. Dan aku tak tahu kenapa aku kena terjebak dalam hubungan cinta tak kesampaian diorang ni. Sedih. Sekali lagi.
"Kenapa pulak aku kena ikut kau? "
" Suka hati aku lah. Aku ketua kumpulan ni. That's mean aku ketua kau. Kau kena ikut arahan aku. "
Wahai langit membiru yang berawangan. Kau turunkanlah petir dan panahlah manusia yang bernama Dani ni yang aku lupa nama penuh dia apa.Sesungguhnya dia makhluk paling annoying atas muka bumi ni.
Aku dah tengok muka Amira meluat. Eh ingat aku nak sangat ke berpasangan bertiga-tiga ni? Kata orang kalau berdua nanti ada yang ketiga iaitu syaiton. Bukan aku, dia. Aku human. Cantik pulak tu. Ops,terperasan lah pulak.
Tengah aku duk melalut tu cikgu memanggil setiap ketua kumpulan untuk mencabut kertas2 teka-teki yang telah disiapkan oleh para fasilitator kem itu.
Aku pandang Amira, Amira pandang aku. Aku dengan riaknya. Ha apa pandang2? Korek bijik mata tu baru tau. Dalam hati lah. Idok berani teman nak cakap depan2. Lepastu Dani kembali dengan beberapa keping kertas dan kami mula membahagikan tugas.
And let the game begin.
..................
" Aku bukan seorang lelaki dan bukan pula seorang perempuan. Aku pernah menjadi teman sepermainan ramai kanak-kanak di dunia. Siapakah aku?"
Dani membaca tulisan yang tertaip pada kertas yang kami perolehi.
"Hmm. Teman sepermainan kanak-kanak? Dulu kau kecik-kecik kau suka main apa Eina?"
Aku diam dan berfikir sejenak dengan soalan Dani.
"Aku suka baca buku" dengan jujurnya aku menjawab.
"Pftt. Apa boring hidup kau kecik2 dah kena hadap buku? Cuba lah hidup macam kanak-kanak normal. Orang kecik-kecik main bola ke, main masak2 ke. Itu baru childhood"
Aku yang dengar rasa berapi je cuping telinga ni. Yang kau dah kenapa nak judge hobi aku masa kecik-kecik. Suka hati abah aku lah nak belikan apa pun untuk anak kesayangan perempuan dia yang glams ni. Kau banyak komen pehal?! Dan terbit rasa menyesal aku jawab tadi patut aku diam je.
"Eh, dengar sini Encik ..."
" U tak nak tanya ke I suka main apa masa I kecik-kecik dulu Dani?"
Ha ni sorang lagi ni. Aku belum habis cakap dah potong. Aku syak dia ni kurang kesedaran sivik lah. Mesti kat sekolah dia tidur time cikgu mengajar. Tak pun membawang je memanjang.
"U suka main apa Amira?"
Dengan malasnya Dani bertanya.
"I suka main anak patung dengan house. Semua warna pink . Papa I beli banyak untuk..."
"Yes. Anak patung. Bear. Tak semua bear kita tahu jantina dia kecuali dipakaikan gown gegirl dan sebagainya. " Aku mendapat idea.
"Kan. Make sense. Jom kita cari cepat."
Dani mengheret lengan bajuku untuk mengikutnya. Aku macam patung hanya menurut langkah Dani. Tanpa sedar Amira sedang memerhatikan kami dengan pandangan yang MISTERI.

YOU ARE READING
Itu setia
RandomSetelah abahnya berkahwin untuk kali kedua, hidup Nur Farisha Safiena tak sama lagi. Kedatangan tiga orang abang sekali gus menjentik perasaan tidak enak dalam hati nya. Bukan tak suka tapi tak selesa. Kehidupan sebagai anak tunggal kepada sebuah ke...