Bab 6

51 2 1
                                    

Pagi ni kepala aku agak sakit. Mungkin sebab banyak menangis semalam. Benda first aku cari ialah borang kebenaran kem.

Abah dah sign ke?  Atau abah mogok tak nak sign borang aku ? Aku memandang di sekeliling bilik. Kemudian, aku ternampak ada sekeping kertas yang telah dilipat dua di atas meja belajarku. Fuh! Lega. Nasib baik abah sign juga.

Aku bangun dan mandi. Siap-siap ke sekolah. Aku ada good news. So, aku rasa bersemangat nak mulakan hari aku pagi ni.

***********

Pukul 3.00 petang tadi semua peserta kem dipanggil untuk berkumpul di dewan sekolah. Aku yang dah sememangnya selalu lewat sampai lewat untuk perjumpaan tu.

Kelas tambahan addmath berakhir lambat sangat. Cikgu aku ajar macam jet. Semua benda dia cakap dalam satu masa tapi sepatah haram pun aku tak paham. Bukan subjek senang tau.. Addmath! Kalau dia nak cakap laju2 untuk subjek bm aku faham lah jugak.. Kot..

Ehh.. Aku baru mengata cikgu aku ke tadi?  Astaghfirullahalazim Eina... Cikgu tu! Bagi ilmu kau pi mengumpat hal dia pasai pa Okay sorry2. Termengumpat.Nanti raya mintak maaf.

Okay back to the story. Perjumpaan tadi diadakan untuk memaklumkan pasal kem lah of course. Bila nak bertolak. Pukul berapa kena ada kat sekolah. Barang apa yang nak dibawa.

Hari ini jugak kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Senang untuk siapkan keperluan yang perlu dibawa oleh ahli kumpulan masing-masing.

Nanti tak ada lah yang bawak diri dengan teddy bear je pergi kem tu. Cikgu kata semua orang kena ada rasa tanggungjawab dan amanah. Tugas ahli kumpulan akan diberikan oleh ketua kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 15-16 orang ahli. Leader kumpulan mestilah para pengawas yang berkaliber lagi berwawasan.

Apabila senarai nama ahli kumpulan diagihkan kepada ketua kumpulan. Mereka akan kumpulkan ahli masing-masing di sekitar dewan untuk berbincang.

Aku agak terkejut bila ketua kumpulan aku ialah Dani. Aku melihat ke arah Sarah. Dia buat muka jealous . Aku mencebik. Kau tak payah jeles sangat lah Sarah oi. Aku tak berminat pun nak rampas crush kau.

Aku lagi terkejut beruk bila Naufal satu group dengan aku! Aku yang terkejut beruk pulak dapat nama.

Secara automatik otak aku fikir. Ouh, this is hell !

Aku baru je nak hidup bahagia tanpa perlu tengok muka dia. Alih-alih satu group. Tak sukanya! Aku rasa macam nak golek guling-guling aje sekarang ni sebab tak suka. Tapi dalam mimpi je lah. Kang aku bergolek-golekk kat sini orang kata aku sewel pulak.

Dalam masa 10 minit aku rasa semua ahli kumpulan aku dah duduk dalam satu bulatan besar. Kami duduk di bahagian belakang dewan. Agak tersorok berbanding kumpulan lain. Mula-mula berkumpul dah luar biasa. Mana tak nya ketua dia pun dah luar biasa . Dan perbincangan kami pun bermula .

"Aku Dani. Aku rasa most of you dah kenal aku siapa"

Okay kedengaran bongkak di situ. Menyampah betul aku dengan mamat perasan bagus ni.

"Aku ialah ketua korang, obviously. Aku nak lantik salah seorang dari ahli group kita untuk jadi assistant aku. Nanti kalau jadi pape senang walaupun aku tak ada. "

Semua ahli kumpulan aku diam.  Berfikir mungkin. Aku doa dalam hati supaya bukan aku yang terpilih. Bukan aku tak tahu trick mamat ni. Kata aje assistant tapi maksud tersirat dia adalah hamba abdi.

Biasanya kalau dah ada pembantu, ketua akan duduk goyang kaki sambil jadi tukang arah. You buat ni. You ambil ni. You pegang ni.

Haish aku ni pun tak boleh fikir baik-baik ke. Kuat sangat pengaruh drama melayu ni. Tak kan lah si Dani ni kejam sangat kan. Aku tengok dia okay je. Nampak boleh diharap as a leader.

Tiba-tiba ada suara sumbang bersuara. 

" Aku cadang kita ambil form 4. Dah besar dah boleh diharap sikit."

And guess what. Suara sumbang itu ialah suara Naufal. Aku melihat semua muka di dalam kumpulan ku.  Aku seorang je form 4 kat sini. Macam mana aku tahu?  Of course lah sebab semua muka kat sini bukan muka familiar. Aku kenal semua budak batch aku walaupun tak berapa nak rapat.

Aku menjeling ke arah Naufal. Dia tersenyum sinis. Haprak kau Naufal !

"Good idea. So, siapa kat sini form 4?"  Dani bersuara sambil mengamati wajah di hadapannya satu per satu.

Aku diam. Bukan aku. Jangan lah dia tahu aku form 4. Mintak jauh. Fuh fuh..

Kemudian, Dani meneliti kertas putih di tangannya. Aku give up. Of course dia akan tahu sebab dalam senarai nama tu disertakan nama penuh, kelas dan no. kad pengenalan pelajar.

"Siapa Nur Farisha Safiena binti Razman?"

Aku masih diam. Semua ahli kumpulan aku sudah berpandangan sesama sendiri.

Setelah agak lama baru aku bersuara.

"Saya!" Aku mengeluh selepas mengaku itu nama aku.

"Good, you'll be my assistant starting from today."

Dia senyum. Walaupun kenyataannya dia senyum tu lawa tapi aku tetap rasa senyuman dia tu scary. Senyuman yang penuh dengan tipu muslihat.

"Jumpa aku masa rehat esok." sambung Dani.

Aku angguk dalam rela-terpaksa. Tiba-tiba teringat lagu putus terpaksa. Yang tu putus cinta. Tapi aku putus mood nak pergi kem. Sebab ketua aku dah tunjuk belang. Dah keluar dah kuasa veto dia.

Setelah diberikan tugas masing-masing kami pun bersurai. Aku fikir nak balik baring je sekarang ni. Tenangkan fikiran. Kusut...kusut.

*
*
*
*
*
*
*

Sorry guys. Chapter ni agak pendek sebab author ketandusan idea untuk menulis. Plus homework yang berlambak-lambak belum siap. Nak buat malas. Haha.. Bagus kan author. Jadi, jangan jadi macam author. ~xoxo~

Itu setiaWhere stories live. Discover now