Bab 9

69 1 0
                                    

Seperti yang dirancang,hari ini kami akan bertolak ke kem dengan menaiki bas.

Semua peserta kem termasuklah aku diminta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di tapak perhimpunan. Kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Aku nampak semua peserta sedang sibuk menguruskan alatan kelengkapan masing-masing. Benda wajib adalah beg baju.

Aku terkejut bila aku nampak Amira, yang malangnya satu group dengan aku, bawak beg besar gedabak.

Ni nak pergi kem untuk 3 hari ke untuk setahun ni. Bantal, teddy bear, kipas tangan dan macam-macam benda lagi dia angkut.

Aku kagum sebab dia boleh bawak semua benda tu seorang diri.

" Perhatian kepada semua pelajar!  Bas akan tiba pada pukul 9.00 pagi. Sebelum bertolak pastikan semua barang kamu dah ada. Jangan ada yang tertinggal pulak nanti. "

Cikgu Razali selaku kem komander kami memberikan arahan . Kami semua mengangkat barang-barang kami dan diletakkan bersama dengan ahli kumpulan lain.

Setelah bas sampai aku mula memunggah barang-barang naik ke atas bas.

Tiba-tiba...

" Kau pembantu ketua kan. Nah angkat barang aku sekali. "
Amira dengan gaya gediknya mengeluarkan arahan kepadaku. 

Aku terkezut. Ewah sesedap rasa kau pompuan nak suruh aku angkat barang kau. Nanti tak pasal-pasal kau dengan kipas kau aku campak masuk bawah bas. Biar kena gilis.

Ya allah, membunuh tu. Aku masih ada iman. Nanti kita buat cara orang beriman punya jahat. Jeng jeng jeng.

"Kau ada tangan kan? Angkat sendiri. Sekian. "

Dengan penuh tawaduknya aku bercakap. Tapi dibalas dengan jelingan maut dari dia. 

Ada aku kesah?

Tiba-tiba Dani menghampiri kami.

" Awak tengok ni. Assistant awak biadap dengan saya. Dia tinggikan suara bila saya minta tolong dia angkat beg saya."

Amira membuat aduan sekali dengan extra perasa . Dani pandang aku. Aku cuba kekalkan muka cool macam tak ada apa-apa yang berlaku. 

Baguslah kalau tahu orang yang cacat je tak boleh angkat beg sendiri. Allah bagi tangan elok-elok tak nak guna. Tak reti bersyukur langsung.

Tapi bab dia kata aku marah dia tu aku tak boleh terima. Aku cakap punya berlemah lembut dan penuh dengan kesopanan bak wanita melayu terakhir dia boleh tuduh aku biadap.
Tak ada kesedaran sivik punya pompuan.

Namun belum sempat aku bersuara Dani mengeluarkan arahan.

"Aku nak kau bawak semua beg dia masuk bas. "

What the heck??

"What? Kenapa saya perlu angkat barang dia pulak? The bags are hers ."

Aku memberanikan diri untuk memandang mata Dani.

"This is an order! "

Dani membalas pandangan mata aku.

"Huh, and who are you to give me orders? " balas aku.

Dia tersenyum sinis.

"I'm your leader from now on. You must take my order!Kau nak aku bagi tahu cikgu ke yang kau tak nak bagi kerjasama? "

Aku pandang dia dengan rasa tak percaya. Amira di sebelah sudah senyum kemenangan.

Dengan berat hati aku memunggah barang Amira. Nampaknya betul tekaan aku. Berat gila. Bukan sekadar luaran nampak berat rupanya kenyataan beg dia memang berat.

Apa yang aku mengarut ni? Ni semua bahana aku kena paksa angkat barang  panas-panas terik macam ni. Adeh!

Setelah selesai semua kelangkapan kami bertolak ke tapak perkhemahan.

*Dalam bas*

"Kosong tak? Boleh saya duduk sini? "

Seorang pelajar junior dari tingkatan 3 menegurku apabila melihat seat di sebelahku kosong. Aku tersenyum sebelum mengangguk.

"Nope. This seat is taken. Kau boleh tolong cari seat lain tak? terima kasih."

Dengan muka yang tak tahu malu Dani berkata sebelum duduk di seat sebelahku. Aku lihat wajah junior perempuan di hadapanku berubah.
Aku tersenyum kelat sebelum meminta maaf dari junior itu. Dia angguk perlahan-lahan sebelum berlalu untuk mencari seat lain.

"What is wrong with you? Kenapa awak tak duduk dekat seat belakang dengan kawan-kawan awak?"

Aku lihat seat belakang masih banyak yang kosong. Kenapa dia perlu ada di sini?

"This bus is yours? Kalau tak,suka hati aku lah nak duduk dekat mana pun. Aku bayar tambang bas ni. "

Ya rabb, sakitnya hati aku bercakap dengan homo sapiens yang jenis tak makan saman macam dia ni. Aku cakap A dia balas B. Aku rasa ringan je tangan aku ni nak naik atas muka orang . Kalau aku jadikan orang kat depan aku ni bahan ujikaji aku macam mana ya?

"Urgh! You're super annoying!"

Dani senyum sinis. Then aku memilih untuk diam. Sebelum aku hilang sabar baik aku diam. Dani ni bukan jenis yang kenal erti kalah. Habiskan masa dan tenaga je bercakap dengan dia ni.

Dengan rasa geram yang membuak-membuak di hati aku menutup mata. Untuk tenangkan hati yang terbakar ni. Jangan sampai aku bertukar jadi hulk kat sini sudah.Dan akhirnya aku terlelap.

.............

Apabila aku sedar, bas sudah tiba di kawasan kem. Aku sedar Dani sudah tiada di sebelah. Mungkin dia sudah turun untuk jalankan  tugasnya. Ya lah. Ketua lah katakan.

Aku merengang-regangkan badanku yang terasa lenguh setelah 1 jam lamanya aku tertidur. Melihat semua pelajar sudah mula turun dari bas aku bangun dan membetulkan tudungku yang agak senget. Tu lah tido lagi.

Setelah turun dari bas aku melihat ke arah permandangan di hadapanku .Cantik, indah, nyaman,berangin. Memang berangin lah sebab lokasi perkhemahan kami pada tahun ini ialah pantai. Aku suka pantai. Tempat yang sering aku habiskan masa untuk tenangkan fikiran selepas kematian ibu.

Tiba-tiba aku rasa seperti diperhatikan. Aku melihat beberapa orang pelajar sedang menjeling-jeling ke arah aku sebelum tersenyum kecil. Aku pelik. Kenapa aku cantik sangat ke hari ini sampai semua orang senyum kat aku?

Tak pun ada air liur basi ke kat muka aku?  Aku meraba-raba muka ku untuk memastikan tiada air liur basi yang melekat semasa aku tidur. Tapi bila fikir-fikir balik. Mustahil. Aku tidur mana keluar air liur basi. Takkan tiba-tiba pulak boleh menempek dekat muka.

"Muka kau dah kenapa weh? "

Sofea menegurku sebelum bantai gelak. Sofea  terpaksa menaiki bas lain kerana kami diarahkan untuk menaiki bas mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Dia ni takkan baru sejam naik bas terus weng?

"Kenapa dengan muka aku? Asal kau gelak? "

Aku bertanya kepada Sofea apabila aku perasan dia memandang aku seperti alien yang baru mendarat di bumi. Aku yang dari tadi bingung kenapa orang pandang aku macam aku ni dari planet lain,dia sesedap rasa je gelakkan aku. Geram pulak rasa hati.

"hahaa... Tak leh blah weh. Muka kau dah macam kertas lukisan budak tadika aku tengok"

Aku hairan sebelum cepat-cepat mencari cermin untuk menilik mukaku.

Aku terkejut melihat pantulan wajahku di cermin. Macam-macam lukisan watak kartun dilukis di muka ku. Ada spongebob, patrick, didi and friends dan macam-macam lagi.

Daniiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini tak lain tak bukan memang kerja mamat tu. Kau jadikan muka aku kertas untuk kau buat lakaran? Dah lah lukisan mengalahkan budak umur 2 tahun yang beru reti pegang pensil. Geramnya aku... Ish!!




Itu setiaWhere stories live. Discover now