Bab 2

95 3 0
                                    

 
*flashback*

"Ana, hari ni ibu masak sotong pedas. Favourite anak ibu ni kan?"

"Yeke bu? Wahh, best nya. Orang dengar pun dah kecur air liur. Thanks bu,sebab buatkan untuk orang. "

Aku memeluk dan mencium kedua pipi ibuku. Sudah menjadi kebiasaan kalau ibuku memasak makanan kegemaranku, aku akan memeluk dan mencium ibuku sebagai tanda penghargaan.

Ustazah Latipah selalu berpesan 'hargailah setiap pengorbanan ibumu. Kerana pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. '

"Jom makan, bu, "

"Sabarlah, kita tunggu abah balik. Nanti kita makan sama-sama ya nak?"

"Okay bu, "  jawabku mendatar.

Sejam, dua jam. Tadi pukul 1 sekarang dah pukul 3. Mana abah ni?

Tiba-tiba telefon samsung milik ibu berdering. Lagu Data yang berjudul permaisuri berhenti dimainkan sebaik sahaja ibu berura-ura hendak menjawab panggilan itu.

Namun, sekali lagi telefon ibu berdering.

Ibu melihat nama yang terpapar di skrin sebelum menjawab panggilan itu. Ibu keluar dari dapur untuk menjawab panggilan.

Pelik? Ibu mana pernah menjawab panggilan secara rahsia macam tu. Kalau aku ada kat depan dia. Aku lah orang first yang akan dengar semua perbualan dia di telefon. Macam aku cakap ibu biasanya selamba je jawab panggilan kat depan aku. Walaupun untuk kerja sekali pun.

Tapi, aku biarkan je. Daripada aku fikirkan benda tu baik aku fikir pasal perut aku yang menangis-nangis minta diisi. Aku berdoa agar abah cepat-cepat balik sebab perut aku ni dah berdisko. Dahlah aku ada gastrik.

Ibu kembali ke dapur dengan wajah yang agak muram.

"Kenapa bu? "tanyaku.

"Kita makan dulu lah ya, abah tak sempat nak balik. Dia masih banyak kerja" balas ibu.

"Hmmm... Ok lah macam tu. Jom makan bu"

Ibu tersenyum tawar. Aku tahu dalam hati ibu dia kecewa dengan sikap abah. Dulu sewaktu abah baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia banyak meluangkan masa dengan kami.

Bila perniagaan dia semakin maju. Banyak kerja yang harus abah lakukan. Tanggungjawab abah menjadi semakin besar.

Aku teringat kata-kata abah. 'Dunia perniagaan memang perlu komited dan kreatif kalau nak maju.'

Aku dan dan ibu makan tanpa sepatah kata pun. Hanya bunyi kipas dan kadang-kadang bunyi kenderaan di luar rumah sahaja yang kedengaran.

*end of flashback*

Aku pulang agak lewat hari ini. Kelas tambahan bahasa inggeris yang dimaklumkan agak lewat menyebabkan aku terpaksa tahan lapar sampai balik.

Nak makan di kantin kan aku dah kata aku berjimat.  Lagipun aku cakap kat mamat tu aku puasa. Tak nak lah terkantoi dengan dia aku tipu dia pasal puasa.

Nanti alasan apa aku nak guna?  'Terkentut dalam air' atau 'Tersedak air paip'? Ingat mamat tu nak percaya?

"Baru pulang non? "bibik Santi menegur aku dengan loghat Indonesia pekatnya.

"Iya, bik. Ade kelas last minute tadi" aku senyum.

"Non udah makan? Kalau belum bibik bisa panaskan lauk untuk non. "

"Belum bik. Terima kasih."

Aku tersenyum sampai ke telinga. Ni orang kata,  'orang mengantuk disorongkan bantal'.

Itu setiaWhere stories live. Discover now