Bab 3

1.6K 34 0
                                    

Ruang Dome Cafe yang terletak di aras bawah pusat membeli-belah Suria KLCC itu dipandang kosong. Orang yang sedang lalu-lalang di luar kafe tersebut dipandang bosan. Sudah setengah jam dia menanti tetapi orang yang ditunggu masih belum juga menunjukkan diri. Sesekali pasangan sejoli di hadapannya dikerling. Penat menunggu, jam yang melingkar kemas di tangan dikerling lagi. Melihat waktu yang sudah menginjak ke pukul tiga petang, nafasnya dihela berat.

"You kejar masa ke?"

Mendengar soalan Darwina, Jeslina palingkan wajah. Dengan senyum nipis di bibir, perlahan-lahan kepalanya digelengkan walau memang itulah hakikatnya kerana dia masih ada banyak kerja yang perlu dibereskan di butik. Huz pula sejak tadi tidak dapat dihubungi. Mamat seorang itu memang selalu macam itu. Pada waktu-waktu kecemasan begitulah dia buat hal.

"Tapi I nampak you macam stres aje. Relakslah, Jes. I yang sepatutnya stres tau." Darwina buang tawa sambil mengerling manja tunang di sebelah. Iskandar hanya tersenyum sahaja mendengar perbualan dua sahabat itu.

"Macam mana aku tak stres, gubahan bunga untuk pelamin masih ada yang tak siap lagi. Supplier aku pun satu, dah last minute baru beritahu stok bunga tulip tu dah tak ada," bebel Jeslina agak geram.

"Means, bunga yang aku nak tu tak adalah?" Wajah Darwina sudah mula berubah riak. Tubuhnya ditegakkan. Hanya tinggal empat hari lagi majlis persandingannya akan berlangsung dan baru sekarang Jeslina memberitahunya tentang perkara tersebut? Mulalah kalut dia dibuatnya.

"Now you yang kena relaks, Dar. Don't worry, okay. Semua bunga tu ada sebab aku dah arrange dengan supplier lain. Cuma akan sampai lewat sikit aje tapi sempat untuk aku siapkan sebelum majlis kau." Tenang Jeslina membalas. Dia tahu tentulah Darwina bimbang. Sedangkan dia sendiri pun tidak lena tidur beberapa malam lepas memikirkan perkara tersebut.

"Are you sure, Jes?" Tajam mata Darwina memandang sahabatnya itu. Tiba-tiba mood ceria selepas melihat pakaian pengantinnya tadi hilang begitu sahaja.

"Yeah, don't worry, okay? I'll make sure everything is going to be fine," pujuk Jeslina lembut. Iskandar yang duduk di sebelah Darwina dipandang, memohon supaya lelaki itu memujuk tunangnya.

"Baby, Jes tahu kerja dia, so you have to trust her. Lagipun kita masih ada masa lagi. Don't stress out on unnecessary things. Chill okay," pujuk Iskandar lembut. Belakang jemari tunangnya itu digosok-gosok perlahan.

Jeslina mengangguk mengiakan kata-kata lelaki itu.

"I bukannya apa bee, I risau." Darwina lepaskan keluhan. "Tinggal beberapa hari saja lagi," keluhnya pula.

"Everything will be okay," pujuk Iskandar semakin lembut. Jemari tunangnya itu digenggam erat. Jeslina dikerling, memaklumkan segalanya sudah okey. Dia faham sangat, memang begitulah sikap Darwina. Kalut tidak tentu pasal.

"Alright." Darwina hela nafas untuk menenangkan diri sendiri. Semakin hampir harinya, semakin risau pula dia. Malam tadi sahaja hampir lima kali dia menghubungi Jeslina untuk bertanya tentang pakaian pengantinnya sedangkan yang perlu diubah hanya sedikit sahaja.

"Bee, mana photographer you ni? Dah lama kita tunggu tak sampai-sampai lagi," bebelnya pula. Jam di tangan dikerling dengan dahi berkerut seribu.

Iskandar turut mengerling jam yang melingkar di pergelangan tangan kemudian mata ditalakan ke arah muka pintu. "Sekejap lagi sampailah tu," balasnya.

Darwina anggukkan kepala. Strawberi shake di atas meja dicapai dan dihirup. Melihat Darwina yang sudah beriak biasa, Iskandar pula terus mencapai baki tuna wrap di atas pinggan dan disumbatkan ke mulut. Jeslina pula meneruskan aktivitinya berWhatsApp dengan Aton untuk bertanya tentang bekalan bunga tulip mereka.

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now