Bab 15

2.2K 49 8
                                    

Pullman Hotel & Resort, Jakarta.

Keluar sahaja dari biliknya, jaket denim yang tersarung di tubuh dikemaskan. Pemegang pintu dipegang dan cuba ditolak untuk memastikan yang pintu benar-benar sudah terkunci. Tubuh dipalingkan dan baru sahaja langkah ingin diayun untuk ke pintu lif, mata terpandangkan sesuatu yang langsung tak disangka. Hampir saja kaki ingin diayun untuk menghampiri dan melepaskan amarah tetapi disabarkan hatinya. Dia kena sedar diri di mana dia berada sekarang. Pasangan tersebut terus diperhati sambil telinga dipasang untuk mendengar perbualan mereka.

"Tak nak temankan I dekat sini malam ni?" Leher Redza dirangkul.

Redza menggeleng. "I tak boleh. Bahaya," bisiknya dan rambut Datin Sofea dibelai manja.

"Buat kerja tadi tak ada pun fikir bahaya." Bibir dicemikkan dan tubuhnya semakin dirapatkan ke tubuh Redza.

"Janganlah risau. Tempat ni selamat. Tak akan ada sesiapa yang akan jumpa kita dekat sini. Please sayang, teman I malam ni." Datin Sofea semakin meliuk-liukkan tubuhnya dan kepalanya disandarkan di dada bidang Redza. Apa guna dia berhabis banyak kalau hanya untuk keseronokan yang hanya beberapa jam sahaja?

Senyum di bibir Redza terukir. Dia cuba mengelak tetapi Datin Sofea beria memujuk. Kalau tidak diikutkan, bimbang andai wanita itu membatalkan niat untuk membantunya. Tapi hakikatnya, dia sendiri sudah jijik untuk terus berada bersama wanita itu.

"Okey, dear. Malam ni I temankan you," bisiknya dan pinggang Datin Sofea terus dirangkul. "Tapi sekejap lagi I nak keluar sekejap. Nak jumpa seseorang."

Datin Sofea mendongak. "Siapa? Perempuan?" Kening dijongket.

"Bukanlah. I nak jumpa rakan perniagaan dekat sini."

Shaqir mendengus. Hati semakin membara. Bullshit kau, Redza! jeritnya dalam hati. Dalam keadaan yang berang, dia mula terfikirkan sesuatu, telefon bimbit di dalam poket jaketnya dicapai dan...

Klik!

Klik!

Klik!

Jejari laju menekan butang kamera dan beberapa gambar sempat dirakamkan. Hurm... Done! bisiknya dan gambar yang baru diambilnya tadi diperhati semula satu per satu sebelum langkah dibuka untuk pergi dari situ dengan perasaan yang sebal. Berdiri sahaja di hadapan lif, butang turun ditekan. Elok sahaja pintu lif terbuka, tubuh terus diloloskan dan butang tutup ditekan. Bimbang juga dia andai kewujudannya disedari. Keluar sahaja dari pintu lif, dia terus bergegas keluar dari lobi hotel sambil mata melilau mencari teksi yang awal-awal sudah ditempah untuk mengambilnya di situ. Sedang dia tercari-cari, tiba-tiba dia terdengar seseorang menegur. Spontan itu, kepala ditolehkan ke sebelah.

"Pak Shaqir?"

Lelaki muda yang mungkin baru berusia dalam lingkungan dua puluhan itu dipandang kemudian kepala diangguk.

"Aku Karno, dari agensi taksi yang bapak hubungi siang tadi. Mari pak, supirnya di sana." Lelaki yang bernama Karno itu bersuara lagi.

Shaqir terdiam sedang dalam kepala masih ligat memikirkan sesuatu.

"Tunggu bentar, ya. Aku mahu selesaikan sesuatu." Setelah lama terdiam, akhirnya Shaqir bersuara.

"Enggak masalah itu, pak. Aku nungguin di sana ya," jawab Karno dan terus beredar.

Kepala diangguk. Langkah Karno diperhati dan dia terus menunggu di satu sudut tidak jauh dari pintu masuk ke lobi. Lama dia di situ hingga hampir licin satu kotak rokok dikerjakannya. Sebaik terpandangkan Redza keluar dari pintu lobi, mata terus dilarikan memerhatikan langkah sahabatnya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now