Bab 11

1.1K 25 1
                                    

Cawan berisi moka di atas meja dicapai dan ditiup sedikit sebelum airnya dihirup perlahan-lahan. Jeslina yang sedang leka dengan telefon bimbit di tangannya dipandang. Sejak mereka masuk ke dalam kedai emas tadi lagi Jeslina asyik dengan telefon bimbitnya. Masuk sahaja ke dalam Starbuck pula, tunangnya itu terus hanyut dengan urusan sendiri. Hurm... Mulalah bosan dia rasa. Sepatutnya mereka keluar untuk membincangkan urusan perkahwinan mereka tetapi lain pula jadinya. Nasib baiklah urusan menempah cincin pernikahan mereka sudah selesai tadi.

"Hurmmm... Nampaknya telefon bimbit tu lagi penting dari abang sebab sejak tadi sayang asyik sangat dengan phone," ucap Redza berjauh hati. Cawan di tangannya diletakkan semula ke atas meja dengan wajah yang masam mencuka.

Jeslina mendongak. Terpandangkan air muka tunangnya yang sudah berubah riak, spontan telefon bimbitnya dicampakkan ke dalam tote bag di sebelahnya.

"Mana ada. Tadi tu Jes balas WhatsApp Huz. Pasal kerja," balasnya membela diri.

"Kalau sayang dekat butik sekarang abang tak kesah tapi kalau dengan abang boleh tak jangan lebihkan kerja dari abang?"

Jeslina hela nafas. Kasihan Redza tapi apa boleh buat, semakin dekat majlis perkahwinan mereka, semakin banyak pula urusan yang perlu dia selesaikan.

"Ermmm... Sorry," ucapnya dengan suara meleret manja untuk mengambil hati Redza semula. "Lain kali Jes tak buat macam ni lagi. Promise!" janjinya pula. Dua jari diangkat dengan mata dikerdip-kerdipkan.

Redza simpan tawa. Jeslina pandai sahaja mengambil hatinya. Lebih-lebih lagi bila buat riak comel begitu.

"Okey, hari ni abang maafkan. Kalau lain kali buat lagi, lepas kahwin abang akan suruh sayang duduk rumah aje. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa sebab abang tak suka kongsi-kongsi sayang dengan orang lain. Abang nak sayang selalu ada dengan abang, depan mata abang," tegasnya.

Jeslina tersenyum manis. Walaupun nada suara Redza agak keras bunyinya tapi entah kenapa dia rasa bahagia. Mungkin kerana ada aura cemburu di sebalik kata-kata tunangnya itu. Bukankah pepatah ada mengatakan, cemburu itu tandanya sayang? Dan ya, sebab sayanglah Redza bersikap begitu. Bahagia, spontan itu senyum terukir semakin lebar.

"Jes janji, sesibuk mana pun Jes uruskan butik, Jes tak akan abaikan abang kalau kita dah kahwin nanti. Abang akan tetap menjadi keutamaan Jes dalam segala hal," pujuknya lembut.

Wajah yang mencuka tadi terus bertukar senyuman. Teruja mendengar kata-kata bakal isteri, tubuhnya dirapatkan di birai meja sedang mata tunak merenung tunang di hadapan. "Abang tak sabar," bisiknya nakal, dengan senyum penuh makna.

Malu dengan bisikan yang dilemparkan Redza tadi, Jeslina tundukkan wajah sambil tersipu. Sejak kebelakangan ini, Redza selalu membisikkan kata-kata yang sering membuatnya kebas muka. Bicara romantisnya selalu membuatkan dia rasa hidup dalam khayalan. Arghhh... Kalau Redza tidak sabar, dia apatah lagi. Gatal!

"Sayang buat muka macam tu, semakin abang tak sabar menghitung hari," usik Redza lagi.

"Abanggg..." Jeslina terjerit kecil. Wajah terasa membahang dan perlahan-lahan nafasnya dihela untuk meredakan debaran di dalam dada.

Tawa kecil Redza terhambur. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja tubuh Jeslina ditarik dan dibawa ke dalam pelukan tetapi disabarkan sahaja hatinya walau keinginannya itu melebihi segalanya. Dia tahu Jeslina berbeza. Bukan seperti gadis-gadis yang pernah didampinginya. Bukan juga seperti Sheren yang mudah menyerah kalah.

"Oh ya, abang lupa nak beritahu sayang yang abang dah berbincang dengan Shark tentang photo shoot dan video untuk majlis kita nanti. Ermmm... Dan untuk pre-wedding sekali."

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now