Bab 4

1.2K 35 0
                                    

"So Dar, Is, macam mana? Any questions?" Bakal raja sehari di hadapannya dipandang. Harap-harap kedua-duanya faham dengan penjelasannya tadi.

Darwina dan Iskandar berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk. "Don't worry Jes, I think we can manage," balas Iskandar bersungguh.

"Good." Jeslina terus berdiri. "Come Dar, Is, kita boleh mulakan rehearsal kita sekarang," ajaknya.

Darwina dan Iskandar menurut dan ikut berdiri.

"Kita mula dari pintu masuk seperti yang kita plan tadi," beritahunya.

Sekali lagi Darwina dan Iskandar mengangguk dan mula mengorak langkah menuju ke pintu. Sebaik pasangan bakal pengantin itu sudah elok berdiri di muka pintu, Jeslina terus berjalan menghampiri gadis-gadis pengiring yang dibawa khas oleh Darwina. "Okey adik-adik sayang, semua boleh ikut di belakang pengantin, ya," suruhnya. Gadis-gadis kecil yang berusia antara sepuluh hingga dua belas tahun itu menurut sahaja sambil tergedik-gedik berlari mencari tempat masing-masing.

"Okay, I think we can start now. Sharon..." Nama Sharon dipanggil kemudian kepalanya dianggukkan dan jari dipetik.

Mengerti dengan maksud reaksi tersebut, Sharon turut mengangguk. Kekunci piano terus ditekan sehingga bergema satu dewan dengan lagu I Love You, dari nyanyian asal Celine Dion.

"Not that song!" jerit Jeslina agak keras. "Not that song, Sharon!" Tangan ditepuk berkali-kali. Kepala ditolehkan semula ke arah Sharon yang berada di kiri pentas.

Sharon yang masih memetik piano terus terdiam. Jemari juga turut sama terhenti. Dengan mata terkebil-kebil, Jeslina dipandang. Darwina dan Iskandar yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan turut menghentikan langkah sambil terpinga-pinga memandang Jeslina yang berada tidak jauh dari situ. Shaqir dongakkan kepala. Lensa kamera yang ditalakan ke arah kedua mempelai diturunkan sedikit.

"Not that one, Sharon!" jeritnya lagi. Keluhan keras dilepaskan.

"If not this one, so which one?" Sharon jongketkan kening sedang jemari masih kemas memegang kekunci piano.

"Dealova, lagu tadi tu masa potong cake. I've told you, kan!" balasnya agak keras. Rasanya sebelum ini sudah diterangkan semuanya. Itupun boleh silap. Majlis tersebut lusa, bukannya seminggu lagi. Arghhh!

Sharon mengangguk dan tangannya diangkat. "Sorry Jes, my mistake," ucapnya mengakui kesilapan sendiri. Macam manalah dia boleh tersilap? Bukannya dia tidak tahu bagaimana tegas dan efisennya gadis bernama Jeslina itu bekerja. For her, everything must be perfect with zero defect!

"Okey, kita mula semula." Kepala dipalingkan memandang Darwina dan Iskandar yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Sorry Dar, Is, kita kena buat semula. I tak nak masa majlis nanti jadi kelam-kabut. I nak you familiar dengan suasana ballroom ni dan suasana sebenar nanti you berdua akan lebih selesa," jelasnya.

"Okey, Jes. Don't worry, kami faham." Iskandar menyahut. Bakal isteri di sebelah dipandang sambil bahu Darwina diusap mesra seakan memujuk. Dia tahu Darwina sudah mula bosan tetapi itu semuanya adalah atas permintaan bakal isterinya itu juga. Sibuk meminta Jeslina mengaturkan rehearsal kerana takut segalanya jadi lintang-pukang ketika majlis besar mereka nanti.

"Thanks." Jeslina buang senyum. "Okay guys, get ready and we can start over," ucapnya lantang. Jari terus dipetik dan muzik bergema semula. Darwina dan Iskandar mula melangkah dari muka pintu dewan diiringi oleh dua belas dayang-dayang kecil di belakangnya. Lampu dewan terus menyala mengiringi langkah mereka sehingga ke pelamin.

Shaqir pula sibuk mengacukan lensa kameranya ke arah mempelai. Permintaan Darwina pada saat-saat akhir meminta supaya atur cara ketika waktu rehearsal itu juga dirakamkan. Dia? Mengikut asalkan dibayar setimpal dengan kerjanya. Sedang leka jemari menekan-nekan butang kamera, tiba-tiba lensa kameranya dilajakkan ke arah pemilik nama yang selalu dipanggil bunga dan...

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now