Part 1

1.4K 121 13
                                    


"Seungcheollie~" Sowon berjalan masuk kedalam apartment Seungcheol. Dia melihat Seungcheol sedang duduk disofa diruangtamu sambil menonton TV. Jadi Sowon pun terus kesana dan duduk disebelah Seungcheol.

"Yah, awak tak dengar ke saya panggil eoh?" tanya Sowon sambil mengibaskan tangannya di hadapan muka Seungcheol.

Seungcheol yang sedang kusyuk menonton TV itu berasa tertanggu lalu menurunkan tangan Sowon dari hadapan mukanya
"jangan kacau, aku tengah tengok TV, Sowon"

Sowon cuma mencebik lalu menonton tv bersama Seungcheol dengan senyap. Tak ada apa yang seronok pun, cuma ada siaran tentang sukan bola sepak. Sowon sangat bosan melihatnya, tapi kenapa Seungcheol tak bosan? Siap fokus pula tu. Sowon yang ada disebelahnya pun dia sampai tak perasan.

Sowon dan Seungcheol ialah sepasang kekasih. Mereka dah bersama selama dua tahun.

Macam mana mereka boleh bersama?

Dulu waktu sekolah, Sowon sukakan Seungcheol dalam diam. Dia tak berani luahkan perasaannya pada Seungcheol. Sowon dah sukakan Seungcheol dari dulu lagi.
Baginya Seungcheol ialah seorang yang kacak, baik dan cemerlang. Sowon sangat² sukakan Seungcheol daripada dirinya sendiri.
Setiap hari dulu dia selalu ikut Seungcheol kemanapun Seungcheol pergi, stalk aktiviti Seungcheol dan semua tentang Seungcheol dia akan ambil tau.
Sampailah satu masa tu, entah macam mana...Sowon memberanikan dirinya untuk luahkan perasaannya pada Seungcheol dirooftop sekolah waktu rehat. Ingatkan Seungcheol akan ketawakan dia dan tolak cintanya, tapi rupanya Seungcheol terus ajak dia couple.

Perasaan Sowon waktu tu?

Gembiraaaa sangat! Bahagiaaa sangat kerana cintanya diterima dan tak bertepuk sebelah tangan. Mulanya mereka memang rapat, selalu berbual, saling kenal dan saling selesa antara satu sama lain.

Namun lama kelamaan, Sowon merasakan ada yang berbeza dari faktanya. Dia dan Seungcheol memang dah bersama sekarang. Dan ya sekarang dia adalah yeochin Seungcheol.
Tapi kenapa dia tak rasa macam dia sedang couple dengan Seungcheol sekarang? Dia cuma rasa diri dia macam...orang biasa untuk Seungcheol.

Kekadang, Sowon terasa seakan dirinya cuma seekor anak kucing untuk Seungcheol. Dia yang selalu manja² dan merengek pada Seungcheol seperti orang kurang kasih sayang. Tapi Seungcheol pula....cuma melayannya seperti terpaksa.

Sowon teringin sangat nak tahu, sebenarnya Seungcheol suka ke tidak padanya? Adakah Seungcheol ajak dia couple kerana dia juga suka Sowon ataupun Seungcheol ajak Sowon couple kerana tak nak Sowon patah hati?

.

.

.

.

"Kenapa kau datang ke apartment aku? Bukannya kau kerja harini eoh?" tanya Seungcheol.

Siaran bola sepak itu dah habis, jadi sekarang mereka sedang makan ramen didapur apartment Seungcheol.

"Seungcheollie, hari ni hari Sabtulah, Awak tahu kan, saya cuma kerja pada hari Isnin sampai jumaat, sabtu dan ahad saya cuti. Kan saya dah bagitau awak dulu" balas Sowon.

Seungcheol cuma menjoget bahu "maybe aku lupa" ucapnya santai lalu sambung memakan ramennya.

Sowon cuma diam dan mengaduk ramen didalam mangkuknya sambil memandang Seungcheol yang sedang makan dengan lahap dihadapannya itu.

Sejujurnya...hati Sowon berasa sedikit tergores dengan jawapan Seungcheol itu. Hari Sowon kerja dan cuti pun Seungcheol tak ingat. Padahal Sowon dah banyak kali bagitau tentangnya pada Seungcheol dulu. Secepat itu ke Seungcheol dah lupakan?

"Esok Ahad, apa kata kita pergi ke taman tema bersama? Lagipula esok awak pun tak ada kerja kan?" ajak Sowon. Ah, esokkan cuti lagi? Jadi tak salahla kalau dia ajak Seungcheol keluar bersamanya esok. Lagipula dia tahu yang Seungcheol tak ada kerja di hari Ahad. Bolehla date bersama esok.

"Ah...sorry aku tak boleh, Mingyu dah chat aku tadi yang esok aku ada kerja lagi di studio. Ada yang minta aku buatkan lirik rapping"

Sekali lagi, Sowon berasa sedih dengan jawapan Seungcheol. Namun dia tetap okey saja didepan Seungcheol. Yaa...mungkin Seungcheol betul² ada kerja esok. Lagipula Seungcheol ni bekerja di studio musik. Jadi waktu kerjanya selalu tak menentu.

"Emm...gwenchana, keundae...lain kali boleh kan?"

"Eung, nanti kalau aku ada freetime, kita keluar bersama"

Sowon tersenyum pendek "nae"

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now