Part 8

620 68 13
                                    



"Kau putus dengan Seungcheol?" tanya Joshua sambil membantu Sowon mengemas pakaiannya kedalam beg.

Sowon menjoget bahu "saya tak tahu saya dah dikira putus dengan dia ataupun tak. saya cuma pergi macam tu dari apartment dia semalam"

"Kenapa kau buat macam tu? Bukannya kau cakap kau sangat sukakan dia? Dah lama pula kan?"

"Eung...itu semua betul. Keundae, saya rasa macam saya cuma bertepuk sebelah tangan. dia memang ajak saya couple, tapi saya tak tahu sama ada dia suka saya atau tak"

Joshua tersenyum tipis "jadi, sekarang kau nak aku hantar kau kemana?"

Sowon menghentikan kerjanya lalu terdiam. Ya...kalau bukan di seoul, dia nak tinggal dimana pula?

"Dimana-mana saja, asalkan bukan di sini" ya, dimana pun tak apa. Asalkan bukan di daerah yang akan membuatkan dia berjumpa lagi dengan Seungcheol.

"Daerah lain susah untuk kau dapatkan rumah sewa. Kalau ada pun semuanya mahal" balas Joshua "apa kata kau tinggal dulu dirumah aku?"

Sowon memandang Joshua kekok "tapi isteri awak...nanti dia salah faham pula kalau awak bawa balik saya kerumah awak"

Joshua menggeleng "aniya, isteri aku orang yang baik. Dia akan faham punya"

"Betul ke? Tak menyusahkan ke?" tanya Sowon ragu dan Joshua cuma mengangguk.

Akhirnya Sowon pun setuju untuk menumpang dirumah Joshua. Ya walaupun rasanya sedikit kekok kerana dia akan menumpang dirumah sepasang suami isteri. Dia cuma takut kalau nanti dia dianggap sebagai penggangu rumah tangga orang pula. Tapi...dah Joshua kata okey, tak apalah.

Setelah selesai mengemas semua barang Sowon masuk kedalam kereta. Joshua dan Sowon pun memulakan perjalanan mereka untuk pergi ke tempat tinggal Joshua, pulau Jeju.


Selang beberapa minit setelah Joshua dan Sowon pergi, Seungcheol pun tiba dirumah sewa Sowon yang dah kosong.
Melihat pintu rumah Sowon yang dah tertutup rapat serta berkunci itu, Seungcheol dah tahu bahawa dia dah terlambat.
Sowon sudah pergi.

'Bodoh' gumam Seungcheol sambil mengusutkan rambutnya. Sekarang Sowon sudah pergi, dimana lagi dia nak cari Sowon sekarang?

"Chogio..." tetiba ada seorang ahjumma datang menyapa Seungcheol, dia adalah pemilik rumah sewa ini "kamu ni siapa ya?"

Seungcheol bow pada ahjumma itu "saya Seungcheol...yeochin saya tinggal disini dulu"

"Owh namchin Sowon"

Seungcheol mengangguk "saya tak tahu Sowon akan pindah keluar harini, bila saya datang dia dah tak ada" ujarnya "ahjumma tahu tak dimana Sowon akan pergi lepas ni?"

Ahjumma tu menggeleng "Sowon tak bagitau ahjumma pun kemana dia akan pindah. Tapi tadi dia pergi dengan seorang namja naik kereta. Namja tu juga tolong membawa semua barang Sowon"

Seungcheol mengerutkan dahinya hairan "namja?"

"Nae, rasanya namja tu macam bukan berasal dari korea. Muka dia macam mat saleh sikit. Tapi dia pandai berbahasa korea. Katanya, dia kawan Sowon dari zaman sekolah dulu"

'Tentu itu Joshua'

.

.

.

.

Seungcheol kembali semula ke apartmentnya. Dia menghela nafas panjang. Ada satu lagi perkara yang Seungcheol baru tahu tentang Sowon.

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now