"Bukannya aku dah pesan pada kau supaya jangan berjumpa lagi dengan Joshua?"
Sekarang Sowon ada di apartment Seungcheol. Seungcheol menyuruh Sowon datang ke sini kerana dia sedang bosan.
Ya, Seungcheol cakap pada Sowon bahawa dia sedang bosan, jadi dia menyuruh Sowon kesini untuk menemaninya. Perasaan Sowon? Dia seratus peratus yakin bahawa dia cuma sebuah patung untuk Seungcheol. Itu sakit.
Lagi² bila Sowon dah datang kesini, Seungcheol jadi tanya macam² pula pada Sowon. Dia menuduh bahawa Sowon masih bersama dengan Joshua dibelakangnya.
"Ani, saya cuma pergi kerja macam biasa. Waktu balik saya terus balik rumah dan tak keluar langsung. Saya tak keluar or jumpa pun dengan Joshua" jujur Sowon.
"Ck, jangan bohong. Semalam aku tengok kau berbual dengan Joshua di kafe. Bukan ke tu dikira berjumpa? Sebelum² ni aku tengok kau kerja sungguh², tapi sejak ada Joshua ni kau selalu layan dia lebih dari kau layan customer lain, wae?"
"Dan satu lagi... kalau kerja, kerja jelah. Kenapa pergi berbual mesra dengan si Joshua tu?"
Jadi Seungcheol nampak Sowon dan Joshua berbual dikafe? Jadi selama ni Seungcheol selalu pergi ke kafe? Seungcheol selalu melihatnya dari jauh? Tapi kenapa dia tak masuk je dan berjumpa dengan Sowon terus? kenapa sebelum ni dia tak pernah bagitau pada Sowon? Kenapa bila Joshua ada baru dia nak tegur segalanya?
"Dia juga pelanggan saya..."
"Pelanggan lain kau tak layan pula macam kau layan si Joshua tu?"
"Cukup Seungcheol, kenapa awak selalu kaitkan nama Joshua? Dia tak ada cari masalah dengan awak pun kan? Lagipula dia seorang yang baik, dia kawan saya"
"Dia suka kau"
"Nde?"
"Aku tahu dia suka kau, sebab tulah dia selalu dekat dengan kau. Dan kau pula? Jangan² kau juga suka pada dia, majayo?"
"Awak tuduh saya?" Sowon menatap Seungcheol tak percaya. Seungcheol curiga pada perasaan Sowon?
"Dengar, awak tak tahu apa² pun. Jadi tolong jangan buruk sangka tentang orang lain. Sepatutnya awak kena faham seseorang Seungcheol, bukannya main tuduh macam ni"
"Joshua baik, dia dan saya cuma kawan. Dia tak suka pada saya pun, saya juga macam tu. Kami cuma kawan dan tak lebih dari tu, Seungcheol"
"Aku rasa aku betul, kau membela Joshua tu lebih². Kau macam nak aku rasa bahawa Joshua tu betul² baik, dan seolah-olah aku ni pula yang jahat sebab tuduh dan pukul dia dulu" Seungcheol seakan egois nak Sowon mengaku kesalahan yang Sowon langsung tak buat.
Sowon dah tahu, apa pun yang dia ucapkan, apa pun yang dia cuba jelaskan, apa pun yang dia cuba tunjukkan, semuanya akan salah dimata Seungcheol. Dia akan salah, dan yang akan betul cuma Seungcheol.
Seungcheol tak pernah nak percaya padanya, Seungcheol tak pernah nak membelanya, Seungcheol tak pernah peduli pun dengan kejujurannya.
"Awak tak pernah percaya pada saya Seungcheol, awak selalu egois"
"Aku egois atau kau yang egois? Yah, aku cuma taknak kau berkawan dengan orang yang salah macam Joshua tu, tapi kau pula anggap aku egois dan jahat!"
"Tapi Joshua orang baik! awak tak kenal dia jadi jangan tuduh dia macam tu Seungcheol!"
Seungcheol terkekeh sinis "tengoklah, sekarang kau dah berani tinggikan suara kau depan namchin kau sendiri demi namja sial tu eoh?"
YOU ARE READING
Girlfriend ✔
Kısa HikayeSowon adalah yeochin kepada Seungcheol. Ya tentu saja dia sangat cintakan Seungcheol. Namun sikap Seungcheol yang selalu saja mengabaikannya membuatkan hati Sowon sedikit tergores. Dia bahkan terasa seperti seorang maid saja saat Seungcheol memanggi...