"Yah, siapa benarkan kau masuk dalam apartment aku eoh?" tanya Seungcheol yang sedang duduk disofa ruangtamu apartmentnya.
Sowon cuma tersenyum "bukannya saya memang selalu masuk saja? Kenapa awak macam tak suka eoh?"
Ini dah jadi kebiasaan Sowon, bila datang apartment Seungcheol. Dia akan masuk sendiri saja. Lagipula dia tahu password apartment ini. Sowon juga sedikit hairan, sejak beberapa harini ni dia tengok Seungcheol seperti tak suka bila Sowon datang ke apartmentnya.
Seungcheol cuma diam dan melihat TV semasa Sowon duduk disebelahnya. Sowon juga memeluk lengan Seungcheol lalu meletakkan kepalanya dibahu Seungcheol. Beginilah cara Sowon selalu manja² dengan Seungcheol. Kekadang Sowon akan main² dengan rambut Seungcheol kalau dia sedang bosan.
"Seungcheollie~ awak dah makan?"
"Dah, tadi Mingyu hantar fastfood kesini"
Sowon angguk² faham sambil menonton apa yang Seungcheol tonton di skrin TV.
"Beberapa harini kau tak datang ke apartment aku, wae?" tanya Seungcheol.
"Kebelakangan ni kafe tempat kerja saya tu laku, banyak pelanggan jadi shift saya pun bertambah. Sebab tulah saya tak ada masa untuk kesini" jelas Sowon.
"Malam kau boleh datang kan? Takkan datang ke rumah namchin sendiri pun malas hm?" Seungcheol menatap Sowon.
Sowon cuma diam. Memang betul kebelakangan ni dia sangat sibuk di kafe. Shift kerjanya juga bertambah sekarang, dia pergi kerja jam 7 pagi dan balik jam 8 malam. Waktu malam pula...dia tak berapa berani untuk ke apartment Seungcheol kerana jarak rumah mereka sangat jauh. Sowon takut untuk keluar malam. Tapi takkanlah dia nak jujur pula pada Seungcheol? Nanti Seungcheol akan rasa lain pula.
"Atau kau dah ada yang baru?"
"Nde?" Sowon memandang Seungcheol hairan.
"Kau dah ada lelaki baru? Namchin baru kan? Sebab tu kau dah jarang datang sini"
"Aniya...saya tak ada na--"
"Sudahlah" Seungcheol menurunkan tangan Sowon dari lengannya lalu menjarakkan dirinya dari Sowon.
Sowon yang melihat itu cuma diam melihat kelakuan Seungcheol. Seungcheol selalu memotong ayatnya. Seungcheol seakan marah padanya, tapi Sowon tak tahu apa alasan Seungcheol buat macam tu padanya. Seungcheol selalu macam ni. Seungcheol selalu buat Sowon rasa bersalah, padahal disini sepatutnya Seungcheol yang rasa bersalah pada Sowon. Dia selalu buat hati Sowon tergores dan sakit dengan kelakuannya yang aneh dan tak tentu mood. Ada baik ada jahat.
Namun dimata Sowon, Seungcheol adalah yang terbaik, tercinta dan teragung. Sowon sayang Seungcheol lebih dari nyawanya sendiri, namun Seungcheol tak pernah tahu tentang itu. Sowon tak kisah walau sesakit mana pun hatinya yang dibuat Seungcheol. Dia mampu tahan.
Tapi sampai bila kena macam ni?
Kesabaran manusia juga ada batasnya.
.
.
.
.
Sowon sedang duduk disebuah bangku taman bersama Joshua. Mereka sedang berbual berdua. Joshua ialah kawan lama Sowon dulu. Dulu mereka sama sekolah (sebelum Sowon kenal Seungcheol). Dulu mereka berkawan baik. Namun beberapa bulan kemudian, Joshua terpaksa berpindah ke LA. dan sekarang, barulah mereka terjumpa balik. Sebenarnya Joshua datang ke korea semula sebab dia dah jadi seorang guru bahasa english disini. Tapi tak sangka pula masa dia nak makan petang tu dia terjumpa dengan Sowon.
"Rasanya dah lama sejak kita tak jumpa dulu"
Joshua mengangguk "macam mana dengan kau? Kau juga tak berubah, masih kurus dan tinggi macam dulu"
Sowon ketawa suka "yea saya memang terlahir tinggi. Awak pula...hm semua dah berubah, dah jadi hensem sekarang eoh"
"Yaya aku tahu aku hensem" balas Joshua dengan bangga "btw...kau masih sendirian? I mean..."
"Saya dah ada namchin..." ucap Sowon.
Joshua mengangguk.
"Tunggu, awak tak berfikir untuk couple dengan saya kan?" tanya Sowon curiga.
Joshua ketawa suka lalu menunjukkan tangan kanannya pada Sowon "aku dah berkahwin"
Sowon menutup mulutnya tak percaya "jinjja? Woah chukhae"
"Maja" balas Joshua tersenyum.
Mereka berdua kembali berbual berduaan, sehinggalah tetiba ada seseorang yang muncul dari belakang mereka. Dan itu ialah Seungcheol.
Seungcheol menarik kerah kolar baju Joshua hingga namja itu berdiri, setelah itu Seungcheol melayangkan satu tumbukan dipipi Joshua
bugh!
Sowon yang terkejut melihat Joshua dipukul ingin membantu Joshua bangun tapi Seungcheol menahan tangannya dan menggengamnya dengan erat "kau ikut aku Sowon"
"Dan kau!" Seungcheol menunjuk pada Joshua "kalau aku nampak kau dekat lagi dengan Sowon, aku akan pastikan mulut kau tu penuh dengan tanah! Ingat tu!"
Dan kemudian, Seungcheol pun menarik Sowon pergi dari kawasan taman yang sial itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/107322864-288-k509914.jpg)
YOU ARE READING
Girlfriend ✔
Короткий рассказSowon adalah yeochin kepada Seungcheol. Ya tentu saja dia sangat cintakan Seungcheol. Namun sikap Seungcheol yang selalu saja mengabaikannya membuatkan hati Sowon sedikit tergores. Dia bahkan terasa seperti seorang maid saja saat Seungcheol memanggi...