Part 13 [END]

1K 67 14
                                    

Seungcheol menarik nafasnya dalam². Sekarang dia sedang berdiri betul² dihadapan bilik Sowon. Setelah berfikir dan berfikir, akhirnya sekarang Seungcheol sedar, semua yang dia buat tadi sama sekali tak akan membuatkan Sowon kembali padanya dan justeru hanya membuatkan Sowon bertambah benci kepadanya. Dari awal...semuanya adalah salah Seungcheol. Dia egois.

Jadi sekarang, Seungcheol betul² ingin meminta maaf dengan Sowon. Ingin mengaku semua kesalahan serta kebodohan yang telah dia buat selama ni. Tak kiralah apa pun reaksi Sowon, Seungcheol tetap ingin minta maaf.

Tokk tokk

Seungcheol mengetuk pintu bilik Sowon selama beberapa kali, namun tak ada sahutan dari dalam. Seungcheol tahu Sowon ada didalam, tapi dia hanya tak menyahut. Mungkin Sowon sedang menangis didalam sana.

Akhirnya Seungcheol pun memilih untuk terus masuk saja. Seungcheol bersyukur kerana pintu ni tak berkunci. Tadi sebenarnya Sowon dah kunci, namun tak tahulah pula kenapa sekarang tak kunci.

Seungcheol membuka pintu bilik itu sedikit demi sedikit sambil melangkah masuk kedalam sana dengan perlahan. Dia dapat melihat Sowon sedang duduk ditengah katil sambil memeluk lututnya dan sesengukan akibat menangis.

Grep

Seungcheol ikut naik ketengah katil lalu memeluk tubuh Sowon dari belakang. Sowon tak menolak perlakuan Seungcheol itu dan hanya diam sambil menangis lagi. Dia dah tak kuat untuk meronta kepada lelaki sasa itu. Lagipula itu melemahkan kekuatannya.

"Sowon-ya mianhae..." ucap Seungcheol lirih "jinjja mianhae...aku tak bermaksud nak buat macam tu tadi, aku cuma jadi tak keruan bila tengok keadaan kau dan Joshua macam tu"

"Sebenarnya apa yang awak nak Seungcheol? Kenapa awak boleh ada disini? Kenapa awak boleh ada di jeju? Bukan ke saya dah tak ganggu awak lagi? Jadi kenapa awak asyik ganggu hidup saya sekarang eoh?? Apa yang awak ka--"

"Kau...aku kesini untuk kau, Sowon"

Seungcheol menarik tubuh Sowon jadi berhadapan dengannya, supaya mereka boleh bersemuka dengan lebih terbuka. Seungcheol juga menangkup kedua pipi Sowon agar mata mereka bertemu.

Sowon cuma diam dan ikut menatap mata Seungcheol walaupun matanya sendiri masih sedang mengalirkan air mata.

"Sebenarnya aku dah ada disini sejak seminggu yang lepas. Dulu aku suruh Mingyu cari tahu maklumat tentang Joshua sebab waktu tu aku tahu yang kau pergi dengan Joshua. Lepas Mingyu dah dapat maklumat, dia bagitau yang Joshua dan kau sedang ada di jeju. Jadi aku datang sini sebab nak cari kau. Mulanya aku nak terus jumpa kau, tapi aku sangsi tentang hubungan kau dengan Joshua...jadi aku cuma melihat kau dari jauh dan tak berani dekati kau selagi ada Joshua berdekatan"

"Untuk apa awak datang cari saya?" tanya Sowon  pelan.

"...sebab aku cintakan kau, aku cintakan Kim Sowon, dan aku nak kita balik lagi macam dulu".

"Bukannya awak tak suka saya?"

"Ya"

Sowon kembali menangis didepan Seungcheol. Jadi betul? Seungcheol memang tak sukakan dia?

"Tapi itu dulu" Seungcheol membuatkan Sowon terdiam dengan ucapannya. "Dulu aku tak sebetulnya sukakan kau, aku memang tak ada perasaan lansung pada kau. Aku cuma anggap sebagai kawan yeoja dan cuma mementingkan diri aku sendiri sampaikan aku tak sedar yang kau terluka.."

"Kau betul, aku egois. Dan aku juga bodoh sebab tak sedar dengan kesilapan aku. Aku selalu anggap bahawa cuma aku yang betul tanpa peduli tentang kebenaran yang sebetulnya"

Sowon terdiam melihat setitis air mata jatuh dari mata Seungcheol. Namja itu menangis kerananya. Kerana Kim Sowon.

"Gwenchana kalau kau nak benci aku, gwenchana kalau kau nak marah atau pukul aku, tapi aku mohon...jangan berpisah dengan aku. Naneun johayo"

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now