Part 9

524 59 2
                                    



Joshua ialah kawan Sowon semasa di sekolah rendah dulu. Dia dan Sowon berkawan rapat dari darjah satu sampailah darjah lima. Ingatkan mereka akan bersama lagi sampai darjah enam, namun semasa nak masuk darjah enam, tetiba keluarga Joshua bagitau bahawa mereka akan berpindah ke LA. Jadi, Joshua dan Sowon pun terpaksa berpisah.

Waktu itu, Sowon cuma anggap Joshua sebagai kawan rapat saja, tak lebih dari tu. Tapi itu berbeza dengan Joshua. Joshua sukakan Sowon lebih dari seorang kawan.

Waktu Joshua mengucapkan selamat tinggal pada kelas sebelum pindah, Sowon nampak sedih kerana dia akan kehilangan satu satunya kawan baiknya. Joshua pula kelihatan sedih kerana dia akan berpisah denga orang yang dia sukai.

Sebelum betul² pergi dari korea, Joshua telah berazam dan bersumpah dalam hatinya bahawa satu hari nanti dia akan balik semula ke korea dan membina hubungan dengan Sowon.

Namun bila umur Joshua dah meningkat 22 tahun, semua azam dan sumpah yang Joshua ingin lakukan itu hancur kerana kedua ibubapnya telah mengahwinkan dia dengan seorang yeoja yang bernama Yewon.

Joshua tak sukakan Yewon. Dia cuma sukakan Sowon. Tapi nak buat macam mana, nasi sudah jadi bubur. Yewon dan dia dah pun sah jadi suami isteri. Apa pun, Yewon ialah seorang yeoja yang sangat baik dan penyayang. Setelah beberapa bulan bersama, akhirnya Joshua mula jatuh cinta pada Yewon. Mereka saling sayang menyayangi. Namun itu semua hanya sementara kerana dua bulan kemudian, Yewon meninggal kerana kemalangan.
Joshua sangat sedih dan hancur. Kenapa disaat dia ingin mula bahagia bersama Yewon, Yewon kena terbang keatas pula? Joshua sangat sakit.

Oleh kerana tak nak teringat dan sakit dengan kematian Yewon, Joshua pun memilih untuk pindah ke korea semula. Lagipula dia memang dah dapat kerja sebagai seorang guru english disini. Namun tak sangka pula bila dia dah datang kesini, dia berjumpa semula dengan Sowon, cinta pertamanya dulu.

Hati Joshua jadi berbunga-bunga bila dapat melihat Sowon lagi setelah beberapa tahun berpisah. Sowon sekarang nampak semakin cantik dari waktu kecil dulu. Ingatkan Joshua nak cuba berbungan dengan Sowon, tapi Sowon pula cakap dia dah ada namchin.

Nampaknya, Sowon memang dah ditakdirkan untuk tak jadi jodoh Joshua. Joshua terima kenyataan itu dengan hati yang terbuka.

Sekarang pun dia cuma anggap Sowon sebagai kawan, tak lebih dari tu. Jadi, yeorobun tak perlu sangsi dengan perasaan Joshua. Dia adalah orang yang baik.

.

.

.

.

Sowon dah puas berjalan di tepi laut. Kini dia memilih untuk duduk diatas pasir putih sambil melihat keindahan pantai yang ada didepan matanya sekarang.

Keadaan dan udara di sini sangat fresh, membuatkan hati Sowon jadi sangat tenteram.

Sowon mengeluarkan telefonnya dari poket seluar jeans pendek lalu membuka kunci skrin. Dia melihat satu persatu sosmednya, tak ada notify dari sesiapa pun selain Yerin dan beberapa orang kawan sekerja. Mungkin mereka nak ucap selamat tinggal kerana Sowon pindah.

Sowon berasa sedikit kecewa. Memanglah dia dah mengucapkan semua kekesalannya pada Seungcheol malam tu. Tapi kenapa Seungcheol sikit pun tak meresponnya? Ya...setidaknya Seungcheol harus terus terang tentang perasaannya sama ada dia suka atau tak pada Sowon.

Sowon rasa Seungcheol memang tak suka padanya. Kenapa?
Ya kalau Seungcheol suka, tentunya dia akan telefon dan tanya dimana Sowon berada sekarang. Tentu Seungcheol dah cuba mencarinya di sini, tapi apa? Tak ada satu pun yang Sowon lihat.

.

.

.

Beberapa hari berlalu dengan sangat cepat. Sowon dah terbiasa tinggal bersama Joshua. Tentunya hanya sebagai seorang kawan rapat. Tak lebih pun dari itu. Oleh kerana Sowon masih belum ada kerja lagi, Joshua mencadangkan supaya Sowon bekerja di sekolah tempatnya mengajar.

Sowon ni lulusan sekolah tinggi, jadi tentunya dia diterima untuk bekerja disekolah yang sama dengan Joshua. Tapi dia menjadi guru seni. Kenapa seni? Haha, seni adalah mata pelajaran yang sangat senang, dan juga Sowon memang sukakan seni.

"Macam mana firstday?" tanya Joshua. Sekarang Joshua dan Sowon sedang makan tengah hari bersama di kantin sekolah. Waktu ni cuma ada para guru, murid² akan rehat setengah jam kemudian.

Harini adalah firstday Sowon mula mengajar di sekolah ni. Ya.. Walaupun agak sukar nak mengajar kanak² darjah ni, namun Sowon okey je.

"Umm...setakat ni semuanya okey. Walaupun tadi ada sorang pelajar yang tumpahkan warna air atas baju mereka sendiri"

Joshua cuma ketawa suka "ya itu memang selalu akan berlaku bila mengajar subjek seni. But percayalah, lama² kau akan biasa"

Sowon mengangguk faham.

"Btw...terima kasih Josh, awak dah tolong saya dengan bagi saya tempat tinggal dan juga kerja. Padahal baru seminggu je saya disini"

Joshua tersenyum "cheonma, kawan perlu tolong kawan kan? Haha"

"Nae" balas Sowon yang juga tersenyum. Dia gembira dengan hubungannya denga Joshua sekarang. Sekarang dia dah ada tempat tinggal dan juga kerja, tak ada apa lagi yang perlu dia risaukan.

Tapi...

Percaya atau tidak, jauh dilubuk hati Sowon, dia merindukan Seungcheol. Ya, sangat susah untuk Sowon lupakan Seungcheol setelah banyak tahun dia bersama dengan Seungcheol dulu. Rasanya termasuk harini, dah hampir seminggu juga Sowon tak berjumpa dengan Seungcheol. Adakah Seungcheol dah betul² lupakannya?

"Sowon?" Joshua melambaikan tangannya dihadapan wajah Sowon yang sedang mengelamun.

Sowon yang tersedar pun tersenyum kekok.

"Wae? Kenapa kau mengelamun macam tu? Tak sihat?" tanya Joshua hairan.

Sowon menggeleng "aniya, saya okey"

"Oh okey, loceng dah nak bunyi ni, cepat makan. Lepas ni waktu pelajar nak rehat pula"

"Ah, Nae" Sowon tersenyum lalu sambung memakan makanannya.

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now