Part 5

653 90 4
                                    


"Seungcheol kenapa awak pukul Joshua eoh?" tanya Sowon setelah mereka tiba dihadapan apartment Seungcheol.

Seungcheol menatap Sowon tajam "jadi nama namja tadi tu Joshua? Dia siapanya kau?"

"Dia kawan lama saya Seungcheol, dulu kami satu sekolah waktu sekolah, lepas beberapa tahun di tinggal di LA baru beberapa minggu lepas kami berjumpa semula"

"Oh jadi kau dah jumpa dia sejak beberapa minggu lepas? Tanpa bagitau aku dulu? Yah sepatutnya kalau kau nak kemana atau jumpa dengan sesiapa, kau kena minta izin dari aku dulu. Lagi² kalau nak jumpa seorang namja"

Sowon menghela nafas "geurrae arraseo, maaf sebab tak bagitau awak dulu. Keundae, awak tak patut pukul Joshua macam tu, dia boleh cedera parah tau"

"Kau bela dia?" tanya Seungcheol.

Sowon menggeleng "aniya, cuma...apa pun dia adalah kawan saya Seungcheol, awak tak boleh pukul dia macam tu. Lagipula kenapa awak pukul dia? Dia tak buat apa² pun dekat saya tadi"

"Jadi kalau dia dah buat apa² pada kau baru aku boleh pukul? Macam tu?"

Sowon cuma diam dan menunduk.

"Jangan dekat or keluar lagi dengan Joshua tu"

"Mwo? Tapi d--"

"Aku namchin kau, jadi aku berhak tentukan dengan siapa kau boleh dan tak boleh keluar. Faham?"

Lagi² Sowon cuma diam.

"Sekarang baliklah ke rumah kau, jangan keluar selain waktu kerja. Dan kalau aku panggil baru kau boleh datang ke apartment aku, arraseo??"

Sowon mengangguk faham walaupun dalam hatinya berasa kecewa lagi dengan Seungcheol.

Seungcheol berhak menentukan dengan siapa dia boleh keluar kerana Seungcheol ialah namchinnya?
Maknanya Sowon tak dibenarkan keluar dengan sesiapa pun?
Padahal selama ni Sowon tak pernah pun larang Seungcheol untuk keluar dengan orang lain.

Dan apa? Sowon cuma boleh datang ke apartment Seungcheol bila Seungcheol panggil? Jadi kalau Seungcheol tak panggil, dia tak boleh datang ke sini?
Dia rasa diri dia tak ubah seperti sebuah patung.

Berguna bila diperlukan, ditinggalkan bila bosan.

.

.

.

.

Kalau Seungcheol tak ada di apartmentnya dalam waktu yang lama, kalau Seungcheol tak jumpa dia beberapa hari, kalau Seungcheol sakit, Sowon selalu risaukan Seungcheol. Dia selalunya akan telefon atau chat untuk tanya keadaan Seungcheol.

Seungcheol awak dimana?

Seungcheol awak sakit?

Seungcheol awak dah makan?

Seungcheol awak tidur?

Semuanya Sowon selalu tanya pada Seungcheol setiap hari di chat. Walaupun Seungcheol selalu membalasnya dengan pendek dan walau kekadang Seungcheol cuma bluetick, Sowon tak kisah. Asalkan ada respon dari Seungcheol sudah okey.

Sowon teringin nak Seungcheol juga lakukan macam tu pada dirinya, namun itu cuma mimpi, Seungcheol seakan tak peduli dengan Sowon.
Kalau Sowon sakit atau tak datang ke apartmentnya, Seungcheol selalu bersikap datar dan menuduhnya macam². Padahal Sowon tak datang kerana sakit, bukan kerana ada orang lain. Bila Sowon nak jelaskan pula, Seungcheol selalu potong ayat Sowon.

Sowon tak mampu ucap apa² lagi kerana dia takut Seungcheol akan semakin marah padanya. Jadi bila situasi itu terjadi, Sowon cuma diam dan membiarkan Seungcheol salah faham pada dirinya.

.

.

.

.

Semasa Sowon sedang bekerja dikafenya, tetiba Joshua datang kesana. Joshua datang kesana untuk makan tengahhari. Dia memang selalu makan disini, lagipun sekolah tempat Joshua mengajar tu ada berdekatan denga kafe ni.

"Bagi menu macam biasa ye" ucap Joshua sambil tersenyum, lalu dia pun berjalan duduk disebuah meja yang terletak ditepi pintu masuk kafe.

Sowon mengangguk sambil melihat Joshua. Joshua pakai mask, tentu untuk menutup kesan dari perbuatan Seungcheol ditaman semalam.
Haih, Sowon rasa sangat bersalah pula.

Setelah menyediakan menu yang dipesan, Sowon pun membawanya pergi ke meja lalu menghidangkannya didepan Joshua
"Sila makan"

"Gumawo" ucap Joshua lalu membuka maskernya.

Sowon menghela nafas lega. Untung kesan lebam dipipi Joshua tu tak kelihatan sangat, tapi rasanya...tentu sakit kalau disentuh.
"Maaf Josh, semalam tu Seungcheol tak bermaksud nak pukul awak. Dia cuma salah faham"

Joshua tersenyum pendek "it's okey, lagipula ni taklah teruk sangat. Btw dia ke namchin yang kau maksudkan tu?"

Sowon mengangguk.

"Ah...muka dia hensem, tentu dia baik sangat dengan kau. Aku faham, semalam tu mungkin dia cemburu sebab yeochin dia ada bersama namja lain, haha"

Sowon cuma ketawa kekok. Haha ya.. Seungcheol memang hensem, tapi perangai dia...kurang sikit.

Dan apa Joshua kata? Cemburu? Seungcheol buat macam tu sebab dia cemburu Sowon dekat² dengan Joshua? Betul ke? Atau itu cuma anggaran sebelah mata?

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now