Sowon cuma bekerja di sebuah kafe. Dia tinggal disebuah rumah sewa yang bersaiz sederhana sendirian. Sowon dulu berasal dari Incheon namun telah berpindah ke Seoul beberapa tahun lepas setelah dapat biasiswa belajar. Sejujurnya, Sowon bukanlah datang dari keluarga yang kaya. Kerana bantuan biasiswa, barulah dia boleh datang kesini untuk menambah ilmu serta mencari rezeki.
Btw, jarak antara rumah sewa Sowon dan apartment Seungcheol agak jauh. Namun Sowon tetap rajin pergi kesana hanya semata-mata untuk berjumpa dengan kekasihnya itu. Tak makan waktu yang lama pun Sowon guna untuk pergi ke apartment Seungcheol, hanya setengah jam berjalan saja. Ya Sowon cuma berjalan untuk ke tempat Seungcheol. Sebenarnya boleh je pergi baik bas atau teksi, tapi...Sowon lebih suka berjimat dengan hanya berjalan kaki. Lagipula tambang bas dan teksi sekarang mahal². Biar Sowon penat, asalkan dia dapat melihat kekasihnya tu pun dah gembira.
Keesokannya, Sowon ingat nak duduk saja didalam rumah kerana harini dia tak jadi keluar dengan Seungcheol. Namun tetiba dia mendapat panggilan daripada kawan baiknya, Yerin. Yerin mengajak Sowon keluar untuk pergi ke taman tema. Sowon berfikir, daripada dia bosan duduk dirumah ni, bagus juga dia ikut Yerin ketaman tema tu. Lagipula dia juga memang teringin nak pergi ke taman tema yang baru saja dibuka tu.
Sowon sangat gembira pergi ketaman itu dengan Yerin. Mereka mencuba dan menaiki macam² permainan yang ada ditaman itu. Makan gula² kapas serta popcorn. Bergembira bersama.
Tapi itu semua tak berlansung lama setelah Sowon terlihat seseorang yang dia kenal di taman tema itu. Seseorang yang semalam dia ajak kesini tapi ditolak kerana orang itu cakap bahawa dia ada kerja di studio. Kekasihnya sendiri, Choi Seungcheol.
Dihujung sana, Seungcheol kelihatan sangat gembira bermain bersama dua kawan baiknya iaitu Mingyu dan Vernon.
Melihat Seungcheol macam tu, membuatkan mood Sowon jadi turun. Semangat keseronokannya tetiba saja menghilang.
Kenapa Seungcheol boleh datang kesini dengan mudahnya bersama kawan²nya, sedangkan masa Sowon ajaknya kesini semalam ditolak kerana hal kerja. Adakah Seungcheol baru saja menipunya?
"Yah Sowon, aku beli tiket roller coaster, kajja naik"
"Sorry Yerin...aku nak balik dulu, tiba² aku rasa tak sedap badan pula. Annyeong" Dan Sowon pun betul² pergi meninggalkan taman tema itu.
Yerin pasti ada sesuatu yang tak kena pada Sowon. Tadi Sowon happy saja, dan sekarang tetiba saja badmood. Tentu ada sesuatu yang membuatkannya macan tu.
Yerin memandang ke kawasan sekelilingnya. Dan akhirnya dia pun dapat melihat Seungcheol yang sedang bermain game bersama Mingyu dan Vernon.
Yerin cuma menggeleng melihat Seungcheol macam tu. Yerin berasa kesian pada Sowon kerana ada namchin yang perangainya macam Seungcheol.
'Semoga dia cepat sedar tentang perasaan Sowon padanya'.
.
.
.
Sesampainya di rumah, Sowon terus duduk dibirai katilnya sambil menangis kecil. Jujur, Sowon tak mahu menangis, tapi air matanya ni terus je keluar.
Sowon rasa sedih, kecewa dan ragu dengan Seungcheol. Sebenarnya ini bukan kali pertama, Sowon dah banyak kali rasa macam ni, tapi dia cuma diam dan sabar.
Sebulan yang lalu pada jam 10 malam, Seungcheol tiba² call Sowon dan menyuruh Sowon untuk tolong belikan dia ayam goreng untuk dia makan. Jadi Sowon pun terpaksa keluar malam² dan berjalan pergi ke kedai ayam goreng. Walaupun cuaca malam itu sejuk dan waktu itu Sowon sedang selsema, Sowon tetap melaksanakan juga arahan Seungcheol.
Setelah selesai beli, Sowon berjalan pergi ke apartment Seungcheol pula. Sesampainya disana, dia memberikan pesanannya pada Seungcheol. Semasa melihat didalam apartment Seungcheol, didalam sana ada Mingyu dan Vernon. Seungcheol cakap bahawa waktu itu Mingyu dan Vernon akan tidur dirumahnya.
Tunggu, kalau macam tu, kenapa Seungcheol tak suruh saja Mingyu atau Vernon yang keluar belikan ayam goreng? Kenapa suruh Sowon yang rumahnya jauh dari sini datang malam² dengan cuaca sejuk tu semua?
Dan tahu apa yang Seungcheol jawab?
'Mereka kawan aku, aku takut dorang selsema pula nanti'
Habis tu Sowon ni siapa?
YOU ARE READING
Girlfriend ✔
Historia CortaSowon adalah yeochin kepada Seungcheol. Ya tentu saja dia sangat cintakan Seungcheol. Namun sikap Seungcheol yang selalu saja mengabaikannya membuatkan hati Sowon sedikit tergores. Dia bahkan terasa seperti seorang maid saja saat Seungcheol memanggi...