Part 10

549 63 4
                                    



"Betul ke kau nak balik sendiri? Kita kan sehaluan, kau boleh naik kereta dengan aku macam biasa. Kenapa nak jalan?" tanya Joshua dari dalam keretanya. Sekarang adalah waktu balik. Selalunya Sowon akan balik sekali dengan Joshua saja, lagipula mereka kan memang tinggal serumah.

Tapi entah kenapa, harini Sowon rasa nak balik jalan kaki pula. Yaa...Sowon tak ada alasan lain, cuma dia rasa je nak jalan kaki.

"Harini saya nak balik jalan kaki, Josh" ujar Sowon sambil memelas.

Joshua menghela nafas. Bukan apa, dia cuma risau kalau Sowon akan letih nanti. Tapi dah Sowon memelas macam tu...takkan nak tolak pula.

"Ah baiklah, tapi pastikan kau terus balik okey? Dan juga, kalau kau penat jalan. Call aku je, nanti aku datang ambil kau. Okey?"

Sowon mengangguk faham sambil membuat jari 'ok'

Joshua pun memandu kereta pergi dari kawasan sekolah, meninggalkan Sowon sendirian di depan pagar sekolah rendah itu.

.

.

.

.

Sowon berjalan sendirian di tepi jalan. Ya walaupun sekarang ni waktu petang, jalan jalan disini sangat sepi. Maklumlah, kota ni tak sama macam kota Seoul yang sibuk tu.

Jalan disini terlalu senyap sampaikan Sowon boleh mendengar seseorang sedang berjalan dibelakangnya. Namun bila Sowon menoleh, tak ada sesiapa pun dibelakangnya.

Pelik, padahal tadi Sowon betul² terdengar bunyi seseorang sedang berjalan dibelakangnya.

'orang jahat ke? Takkan waktu cerah macam ni pun ada?' gumam Sowon dalam hati sambil mempercepatkan langkah kakinya.

Perasaannya jadi semakin takut apabila semakin laju dia jalan, semakin cepat dia dengar bunyi langkah laki orang dibelakangnya. Sowon nak menoleh kebelakang, tapi dia terlalu takut.

Kerana berjalan terlalu cepat, Sowon tiba² tersandung seketul batu lalu terjatuh di atas jalan yang keras itu. Menyebabkan lututnya terluka dan mengeluarkan darah.

"Akh..." rintih Sowon sambil memegang lututnya yang tercedera.

"Gwenchana?" seseorang berlari lalu berjongkok dengan cemas dihadapan Sowon. Dia ialah orang yang mengikuti Sowon dari tadi.

Sowon menatap orang yang sedang berjongkok dihadapannya itu dengan kaku.

"Seung...cheol?"

"Yah kaki kau terluka, kau okey tak?" berbalik daripada reaksi terkejut Sowon, Seungcheol lebih risaukan tentang lutut Sowon yang tercedera.

"Kenapa awak boleh ada disini eoh?" Sowon menahan tangan Seungcheol yang ingin membantunya.

Seungcheol terdiam.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Seungcheol mengikuti Sowon. Seungcheol dah mengikuti Sowon sejak beberapa hari lepas. Mulanya dia nak berjumpa terus dengan Sowon, tapi bila dia melihat Sowon selalu ada bersama Joshua, Seungcheol urungkan dirinya untuk bertemu Sowon dan memutuskan untuk mengikuti Sowon dalam diam saja serta mencari tahu apa sebenarnya hubungan antara Sowon dan Joshua.

"Aku...ikut kau"

"Mwo?" Sowon menatap Seungcheol tak percaya. Seungcheol mengikutnya? Tapi kenapa...

"Nanti aku jelaskan, kajja aku ubatkan kaki kau dulu" balas Seungcheol sambil tersenyum tipis.

Sowon pun hanya mampu diam dan membiarkan Seungcheol mengendong tubuhnya pergi dari kawasan itu.


.

.

.

.

Seungcheol membawa Sowon duduk diatas sebuah bangku panjang yang terletak ditaman berdekatan dengan tempat Sowon tersandung tadi.

Seungcheol meninggalkan Sowon sebentar disitu lalu berlari pergi ke sebuah kedai serbaneka yang ada berhampiran taman itu dan membeli sebotol air meniral serta sedikit ubatan untuk merawat lutut Sowon.

Setelah selesai membeli dan membayar, Seungcheol pun kembali semula pada Sowon lalu merawat luka di lutut yeoja kurus itu.

Sowon cuma diam sambil menerima kebaikan Seungcheol. Sumpah, ini sangat aneh...Seungcheol sekarang sangat peduli padanya. Padahal Sowon rasa luka di lututnya ni tak adalah parah sangat. Tapi reaksi Seungcheol tu...seakan terlampau risau pula.

"Gumawo" ucap Sowon setelah Seungcheol siap membersihkan luka dikakinya serta membalut dengan bekas luka itu dengan kemas.

Seungcheol membalas dengan anggukan. Setelah itu, dia pun memilih untuk duduk disebelah Sowon.
"Ottae? Kaki kau rasa sakit lagi? Kalau sakit aku boleh tolong hantarkan kau ke klinik"

Sowon menggeleng "gwenchana, dah tak sakit"

Dan keadaan pun menjadi hening semula.

Seungcheol dan Sowon masing² cuma memandang lurus kedepan. Kearah taman permainan yang kosong. Ya..waktu pukul tiga petang yang panas macam ni, tentulah tak ada sesiapa pun yang nak main disini.

Seungcheol diam kerana dia tak tahu nak cakap apa². Dia tak tahu macam mana nak mulakan ucapannya. Dia tak tahu dari mana nak mulakannya.

Sowon pula diam kerana dia hairan, kenapa Seungcheol tiba² boleh muncul dihadapannya? Apa yang Seungcheol sedang buat di pulau jeju ni? Kenapa dia boleh tetiba saja muncul dan menolong Sowon tadi? Adakah dia mengikuti Sowon? Kalau betul pun...kenapa Seungcheol nak buat macam tu? Bukan ke Seungcheol tak pernah peduli padanya sebelum ni?

Drtt drttt...

Tetiba telefon milik Sowon berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Semasa Sowon melihat nama pemanggil, rupanya panggilan itu dari Joshua.

Seungcheol yang berada ditepi itu curi² melihat dalam diam. Joshua telefon Sowon...tentu mereka ada sesuatu hubungan. Itulah yang Seungcheol fikirkan.

Sowon mahu tak mahu pun akhirnya terpaksa menjawab panggilan dari Joshua.

"Yeobuseyo?"

"Nde..saya masih dalam perjalanan"

"Ah..mian, saya akan balik sekarang"

"Ani awak tak perlu jemput, saya akan balik sendiri"

"Nae, nado annyeong"

Sowon pun menamatkan panggilannya lalu menyimpan telefon kedalam beg tangannya semula.
"Maaf...saya kena balik dulu"

"Sowon..." Seungcheol menahan tangan Sowon yang baru saja nak pergi dari hadapannya menyebabkan Sowon terpaksa berhenti dan menoleh semula ke Seungcheol.

"wae?"

"Kau bersama dengan Joshua sekarang?" tanya Seungcheol lirih. Sungguh, dia sangat² ingin tahu, apa sebenarnya hubungan Sowon dan Joshua? Mungkin ke mereka tu dah....

"Kalau ya pun saya ada hubungan dengan Joshua, waegurrae?"

"Ada kena mengena dengan awak ke?" tanya Sowon sambil menatap lekat kedua mata bulat milik Seungcheol.

"Lagipula bukan ke awak sepatutnya gembira bila saya dah ada namja lain? Kan awak selalu cakap macam ni pada saya? Kan awak tak peduli pun pada saya? Kan awak tak pernah anggap saya ni wujud sebelum ni eoh? wae tetiba saja awak nak tahu tentang saya ada hubungan dengan Joshua atau tak?"

Seungcheol cuma diam.

Sowon mendongak ke langit agar air matanya tak tertumpah. Dia tak ingin menangis lagi untuk Seungcheol.

Tuh tak guna juga kan kalau dia menangis untuk orang yang selama ni tak pernah anggap kewujutan dirinya? Sowon dah terlalu sakit dengan kelakuan Seungcheol dulu.

"Sudahlah, saya nak balik. Saya harap lepas ni kita tak berjumpa lagi Seungcheol"

Sowon pun berjalan perlahan meninggalkan Seungcheol sendirian di taman. Walaupun lututnya terasa sakit, dia masih boleh berjalan dengan bagus. Bersyukurlah akhirnya dia dah dapat pergi dari hadapan Seungcheol.

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now