Part 7

608 76 4
                                    



Sesampainya Sowon di rumahnya, dia terus menangis sepuasnya. Terserahlah jiran sebelah nak marah atau apa, dia tak peduli sekarang.  Dia sangat sedih kerana lepas ni dia mungkin dah tak akan bersama Seungcheol lagi. Dia gembira kerana dia dah berjaya luahkan semuanya didepan Seungcheol sendiri. Dia sakit kerana Seungcheol langsung tak pedulikannya waktu dia pergi tadi, dia kecewa dengan semua ucapan Seungcheol, dia hancur dengan semua fakta perasaan Seungcheol padanya.

Semua perasaannya bercampur aduk.

Tengoklah tadi, Seungcheol buat lagi. Dia menuduh Sowon curang. Dia menuduh Sowon itu dan ini dan lansung tak percayakan ucapan Sowon. Padahal tadi Sowon berkata jujur.

Tadi batas kesabaran Sowon sudah runtuh, dia sudah hilang sabar dengan sikap Seungcheol yang egois.

Sekarang Sowon sedar, dirinya ni sangat bodoh. Seungcheol tak sukakannya. Seungcheol langsung tak sukakannya walaupun sedikit. Tapi dia je yang bodoh perasan lebih. Betul kan?

Padahal Sowon sangat sukakan Seungcheol, dia dah sukakan Seungcheol dari dulu. Lakukan apa saja untuk Seungcheol, itu ini semua untuk Seungcheol.

Sekarang macam mana? Sowon dah tinggalkan Seungcheol. Maksudnya esok adalah hari baru untuk Sowon.

Baiklah, esok Sowon akan cuba untuk menciptakan hari baru yang lagi bagus untuk dirinya. Cuba untuk melupakan Seungcheol dari fikirannya.

Yaa, semoga dia dapat melakukannya nanti.

Sowon mengambil telefonnya lalu menelefon seseorang.

"Boleh awak tolong saya, Joshua?"

.

.

.

.

Seungcheol tak tidur semalaman kerana memikirkan Sowon. Ya dia memikirkan Sowon untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupnya. Rasanya sebelum ini Sowon tak pernah masuk kedalam otaknya. Sebelum ni dia cuma berfikir tentang dirinya, kawannya serta hidupnya saja.

Seungcheol bingung, apa yang dia perlu lakukan sekarang?

Adakah dia kena pergi berjumpa dengan Sowon? Tapi apa yang dia nak ucapkan nanti? Macam mana dia nak jelaskan salahnya? Adakah Sowon nak berjumpa lagi dengannya? Ataupun sekarang Sowon dah benci padanya?

Ok Seungcheol mengaku bahawa kelakuannya pada Sowon sebelum² ni sangat biadab. Dia sedar dia salah. Dia sedar bawah selama ni dia yang salah. Disebabkan egois, orang yang sepatutnya betul Seungcheol anggap salah. Sedangkan dirinya yang salah, dia anggap betul.

"Bila dengar semua kisah kau, aku juga rasa kau yang bersalah. Kau dah ada yeochin, sepatutnya kau jaga perasaan dia dan selalu layan dia. Bukannya kau abaikan dia macam tu. Hati perempuan sangat sensitif bro" ujar Vernon.

"Yea betul tu, dan aku rasa cadangan yang terbaik ialah, kau pergi ke rumah Sowon dan minta maaf pada dia" cadang Mingyu.

Seungcheol menggeleng lalu menunduk, itu membuatkan Mingyu dan Vernon menatapnya hairan.

"Tak guna"

"Wae?"

Seungcheol menghela nafas "Aku tak tahu alamat rumah dia"

Mingyu menganga tak percaya "heol, kau dan Sowon tu dah bercouple selama beberapa tahun, tapi kau sendiri tak tahu alamat rumah dia??"

"Aih seolma? Takkan kau tak pernah pergi rumah dia? Dia tak pernah ajak kau? Takkanlah dia tak bagitau alamat rumah dia pada namchin dia sendiri?" tanya Vernon.

"Dulu memang dia pernah ajak aku, but aku malas. Aku tak suka keluar sangat melainkan untuk ke teman atau tempat penting" ujar Seungcheol "but rasanya dia dah banyak kali bagitau alamat rumah dia pada aku"

"Kau ingat tak?" tanya Vernon namun Seungcheol cuma diam.

"Hey, jangan cakap yang dulu kau buat² tak dengar je apa yang dia cakap and now kau tak tahu langsung rumah dia?" teka Mingyu.

Lagi² Seungcheol cuma diam.

"Diam bermaksud ya" Vernon dan Mingyu menggeleng pasrah.

"Gwenchana, aku tahu alamat kafe tempat dia kerja. Aku cari dia dekat sana jelah"

.

.

.

.

Seungcheol berjalan masuk kedalam kafe tempat Sowon bekerja. Setelah lama dia hanya lalu didepan kafe ini, baru harini pertama kali dia masuk kedalam kafe ini. Kafe dimana yeochin yang selama ini dia abaikan bekerja.

Seungcheol melihat sekeliling namun tak nampak satu pun bayangan Sowon. Adakah Sowon sedang bekerja di dapur belakang? Atau di tempat makan tingkat atas? Aniya...Seungcheol selalu tengok Sowon cuma menjawa kaunter dan menghantar pesanan saja sebelum ni. Mustahil dia sedang kerja di bahagian lain.

"Seungcheol?"

Seungcheol melihat kearah yeoja bertocang dua yang sedang berdiri dikaunter hadapannya. Pelik,  Seungcheol tak kenal dia. Tapi dia kenal Seungcheol?
"Kau kenal aku?"

"Namchin Sowon kan? Sowon pernah bagitau aku tentang kau, aku juga pernah tengok gambar kau. Btw aku Yerin" ucap Yerin.

Seungcheol mengangguk faham.

"Kenapa kau datang kesini?" tanya Yerin hairan.

"Aku...cari Sowon, dia ada?"

"Sowon? Dia baru berhenti semalam. Kau tak tahu ke?"

"Mwo?" Seungcheol menatap Yerin terkejut.

"Yea semalam dia telefon ke manager kafe ni dan dia bagitau bahawa dia nak berhenti. Katanya sebab alasan peribadi dan dia kena pindah dari Seoul" ujar Yerin.

Seungcheol menggigit bawa bibirnya resah. Tentu Sowon buat macam ni kerana nak menjauh darinya.
Tak, Seungcheol tak akan benarkan Sowon pergi macam tu saja. Dia kena halang Sowon.

"Yerin, boleh kau bagi aku alamat rumah Sowon?"

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now