Part 3

647 105 30
                                    



walaupun harini ini ialah hari Isnin, Sowon tak masuk kerja kerana dia tiba² saja demam. Kepala Sowon berasa sangat pening dan badannya panas. Jadi harini Sowon cuma memilih untuk tidur dan rehat dengan cukup agar dia sembuh esok.

Semasa Sowon sedang tidur, telefon Sowon berbunyi beberapa kali namun Sowon cuma mengabaikannya kerana dia rasa tak larat walau untuk ambil telefonnya ditepi katil katil.

Tapi telefon Sowon kali ini memang berbunyi tanpa henti. Akhirnya mahu tak mahu, Sowon terpaksa menjawab telefonnya walaupun lemah.

'Yah, kenapa lambat angkat telefon???'

Sowon menghela nafas. Itu Seungcheol.

"Mian..."

'Kau ada dimana sekarang? Boleh tak kau datang ke apartment aku sekarang? Aku bosan'

"Awak tak kerja?"

'Eung, harini hari kemas studio, so aku cuti'

"Owh..."

'Jadi boleh kau datang sekarang?'

"Emm...rasanya tak kot, saya d--"

'Yaya gwenchana, kerja kau tu lebih penting dari aku kan? Sudahlah, teruskan kerja kau'

Tutt

Sowon rasa bersalah pada Seungcheol. Kalau boleh, dia nak pergi saja ke apartment Seungcheol dan teman Seungcheol disana. Tapi nak buat macam mana, harini dia rasa sangat lemah dan tak larat untuk bergerak.

.

.

.

.

Sowon cuma berehat dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari. Sepatutnya dia kena rehat lagi sampai sembuh sepenuhnya, tapi dia rasa dah cukup sebab sekarang dia dah larat bangun dan berjalan.
Dia akan pergi ke rumah Seungcheol.

"Kenapa datang?" tanya Seungcheol sambil menatap Sowon datar "bukannya kau sibuk bekerja dikafe eoh?"

"Seungcheol..."

"Kau boleh balik, kejap lagi Mingyu dan Vernon akan datang rumah aku. Jadi kau tak perlu temankan aku harini" Seungcheol pun menutup pintu apartmentnya tanpa menghiraukan Sowon.

Sowon tahu, Seungcheol sedang marah padang sekarang. Dia kenal Seungcheol, Seungcheol memang selalu macam ni kalau tak dapat apa yang dia mahu.

Sowon menghela nafas. Dia datang sini dengan keadaan yang setengah sihat, tengah panas, jarak jauh hanya untuk jumpa Seungcheol, tapi akhirnya? Dia disuruh balik macam tu saja.

Ya...Sowon dah terbiasa dengan hal macam ni. Seungcheol selalu buat sesuka hatinya. Kalau dia bosan dia akan panggil Sowon, kalau dia marah dia akan bersikap datar dengan Sowon. Sowon rasa macam diri dia ni adalah patung untuk Seungcheol pula. Bila perlu, dipakai bila senang, dibuang.

.

.

.

.

Keesokannya, Sowon sembuh sepenuhnya, dia pun pergi bekerja dikafe seperti biasanya. Harini ramai pelanggan yang datang di kafe tempatnya bekerja. Kafe ini sangat laku.

Sowon gembira melihat semua pelanggan yang gembira dengan semua makanan yang ada dikafe tempatnya bekerja ini.

Tiba² ada seorang pelanggan lelaki yang baru saja masuk kedalam kafe itu berjalan menuju kearah Sowon yang sedang menjaga kaunter
"Annyeong, Sowon"

"Joshua?"

Girlfriend ✔Where stories live. Discover now