" Ayan, Iyan, Ria! Cepat siap dah lambat dah ni! " Jerit mama kuat. Fuh pepagi dah kena lari. Boleh kurus ni. Boleh la lepas ni ada abs.
" Ye kejap-kejap Ria ambil beg ni. "
" Mama jap tie Ayan dekat mana eh ma? "
" Mama Iyan punya stoking ma. Semalam ada atas meja dalam bilik tu. Pagi ni tahu-tahu hilang ma. Ada toyol ni kut ma. "
" Ya Allah anak-anak aku ni. " Geleng terus mama. Itulah, Aryan dengan Iryan bukan boleh percaya. Kata je letak dekat meja la katil la tapi rupanya tempat lain. Ingatkan cuti 3 hari bolehlah anak-anak kemaskan apa yang patut. Rupanya, hampeh saja.
" Iyan, bawa la cepat sikit ." Memandangkan Aryan dan Iryan dah cukup 17 tahun sebab diaorang lahir awal bulan Januari, so diaorang pun dah ada lesen kereta. Kiranya lepas je birthday diaorang, terus apply nak buat lesen. Ingatkan ada la gagal ke apa ke. Nasiblah lulus.
" Ria ni kerja mengarah je. Kang Iyan tak nak bawak kang. " Ugut Iryan. Aku mencebik. Sikit-sikit kerja nak ugut. Apa ingat orang takut ke? Eleh perasan je. Seram sikit adalah. Sikit jela bukan banyak pun.
Apa-apa pun, aku cuma nak cakap Iryan bawa kereta macam jalan ni bapak dia yang punya. Dia punya laju tu boleh lawan Usain Bolt. Kalau aku sakit ni, aku tahulah siapa yang punca.
" Ria , jom pergi pejabat. " Aku mengangguk. Ikut saja jejak langkah Aryan dan Iryan ke mana-mana. Aku bukan apa, aku ni sebenarnya shy shy cat. Shy ton tu tak adalah. Cuma kalau Aryan dengan Iryan, ye ada. Aku je takda. Aku baik orangnya.
#calon bakal isteri Kang Daniel.
" Err...oh assalamualaikum kak, saya nak daftar sebab baru pindah sekolah tapi saya nak tanya pengetua ada ke? " Soal Iryan saat kami bertiga tiba di pejabat sekolah.
" Maaf cik bertiga ini siapa? "
" Ah, anak saudara dia. Semalam pengetua kata kena jumpa dia pagi ni masa nak daftar. " Balas Aryan pula. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah orang-orang tua menyelesaikannya. Aku sebagai yang muda ni kena jadi gojes-gojes girl.
" Hai uncle! " Ujar aku ceria bila nampak Uncle Irfan setelah membuka pintu yang ditunjukkan oleh akak kerani tadi. Allahuakhbar... ada orang lain rupanya. Malunya ya Allah.
Okey scan jap, ada tak yang muka iras-iras Kang Daniel... Okey cun tak ada.
" Hish Ria ni buat malu je. " Bisik Aryan dekat dengan telinga aku. Eh main bisik-bisik pula. Aku cuma tundukkan kepala. Malu oi, nasiblah jodoh tak ada dekat sini. Dah scan dah tadi.
" Er uncle kitaorang tunggu dekat luar eh? " Iryan tampil bersuara apabila keadaan sunyi sepi. Mata remaja yang masih berada disini masih memandang ke arah kami bertiga. Seperti mahu terkam.
Tahu la cantik, pandang-pandang apa?
" Eh tak payah. Memang uncle nak kamu ada dekat sini. " Ujar Uncle Irfan .
Uncle Irfan memperkenalkan kami bertiga di hadapan sekumpulan remaja yang berada sekali di dalam bilik ini. Aku yakin muka aku dah start blushing gila. Nak kata malu, sikitlah. Uncle Irfan juga memperkenalkan kami sebagai pengawas yang baru di sekolah tersebut.
Ehhhh masuk-masuk jadi pengawas ni kenapa? Aku nak stay low je kalini dekat sekolah baru. Cukuplah aku dengan aktiviti yang berlambak dekat sekolah dulu. Itu pun tak menang tangan aku nak handle.
" Uncle, Ria tarik diri eh? " Aku menyoal. Bukan apa, aku rasa tak adil la kalau baru first day masuk tiba-tiba jadi pengawas. Tak ke kena gosip kata salah guna kuasa.
" Ria, uncle memang nak suruh anak saudara uncle jadi pengawas. Uncle buat keputusan ni sebab uncle tahu kamu layak. Kamu nak ke uncle sebut semua achievement kamu masa kamu dekat sekolah lama? " Balasan dari Uncle Irfan mematahkan semangat aku.
Dari kena sebut satu-satu, aku rela lagi jadi pengawas yang orang tak tahu langsung. Malu oi.
" Sebelum tu , uncle nak kenalkan kamu dengan setiausaha pengawas di sekolah kita iaitu Efzan Naufal. Ketua pengawas kita, Zafran dan penolong pengawas kita Syafiq harini tak ada sebab mereka berdua kena handle sesuatu. Jadi Efzan jadi wakil mereka berdua kalau mereka tiada. "
" Any questions? " Soal Uncle Irfan.
" Ye Efzan? "
"Mata diorang pengetua?" Mata? Ah, aku dan kembar terus membelek mata masing-masing. Lupa pula mata aku dan kembar berwarna kelabu. Kami mewarisi mata berwarna kelabu ini daripada mama yang berasal dari Norway. Kebanyakkan rakyat di Norway memilik mata yang berwarna kelabu dari mata yang berwarna biru.
" Awak semua jangan risau. Mata mereka asli sama seperti kakak ipar saya. Asli dan tiada yang palsu. " Balas Uncle Irfan lalu berjeda.
" Kamu semua boleh bersurai. Efzan tolong tunjukkan kelas Aria dan si kembar. "
" Baik pengetua. " Balas Efzan. Kami bertiga hanya menurut langkah Efzan ke sana ke mari. Maklumlah, budak baru dan masih belum mahir dengan selok-belok kawasan sekolah disini.
" Kelas jauh lagi ke? " Aku bertanya. Efzan hanya memandang aku tanpa menjawab dan teruskan langkahnya. Aryan dan Iryan dah gelakkan aku sebab kena palau. Biadap eh biadap.
Amboi, bisu eh?
" Takpe Aria, sebagai gojes-gojes girl kau kena sabar. " Mata aku mencerlung tajam ke arah Efzan. Sakit hati betul aku kena palau.
" Kau? Gorgeous girl? " Efzan memandang aku atas bawah.
Wah, ini sudah lebih.
" Kenapa jealous? " Aku membuat muka. Oh kalau aku cakap macam tu baru nak balas. Kalau aku tanya elok-elok, sikit pun tak jawab.
" Jealous? Dengan kau? Please. " Wah wah wah, ni memang biadap asli tak kutip mana-mana.
" Dasar tepung expired. "
" Kau panggil aku apa? "
" Eh awak berdua gaduh depan kelas ni kenapa? " Aku dan Efzan agak tersentak apabila suara cikgu menegur kami yang hampir saja memulakan World War III. Masing-masing menunduk apabila rakan kelas mereka menyaksikan adegan yang tidak sepatutnya.
Bukan salah aku okey, semua salah tepung expired tu.
" Eh takda apa cikgu. Ini saya bawakan BUDAK yang baru saja pindah. " Ujar Efzan sambil menekankan perkataan budak.
DIA PANGGIL AKU APA?
" Oh kamu la murid baru tu. Mari masuk dan sila perkenalkan diri kamu. " Nasiblah cikgu ni bersuara. Kalau tak, memang kena Efzan dengan aku.
" Aria Effa. " Kata aku dua patah. Sebenarnya aku malu gila nak pandang depan since semua orang tengah fokus dekat aku. Apa tengok-tengok ni? Nak sign ke?
" Terima kasih Aria. Ade apa-apa soalan ke nak tanya dekat Aria sebelum kita mulakan kelas pagi ni? " Soal cikgu.
" Ye Mira? "
" Teacher, cuba tengok mata dia. Perlu ke pakai lens semata mata nak tarik perhatian budak sekolah ni? " Eh aku la. Tadi dah ada sorang buat hal. Ni budak mana ni mulut puaka dia tak boleh bawa bincang.
Aku tahulah aku gojes-gojes girl tapi nak tarik perhatian orang? Eh hello kau ingat aku murah ke? Paling murah dekat aku pun pen pilot yang beli dekat popular tu. Kau kenapa ek? Lempang kang.
" Seperti apa yang kamu semua lihat, mata Aria berwarna kelabu. Mata Aria asli dan disahkan oleh pengetua sendiri. Jadi, cikgu tak mahu kamu semua membuat spekualasi yang bukan-bukan okey? " Ujar cikgu sebelum menyambung.
" Ha Aria, kamu boleh duduk dekat sebelah Syamel tu. Syamel sila angkat tangan. " Mata aku mencari kelibat Syamel yang diperkatakan oleh cikgu. Lalu langkah diajukan ke arah Syamel.
" Asal pindah tak cakap gila? "
" Sila diam. "
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...