Bab 25

4.9K 252 7
                                    

Cuti seminggu untuk raya baru saja tamat. Aku dan keluarga sudah pulang ke Kuala Lumpur setelah seminggu berada di Kelantan untuk menyambut Hari Raya. Itu pun aku dan abang-abang kembar aku masih lagi leka ingatkan cuti, rupanya dah sekolah. Kelam-kabut aku menyiapkan persiapan persekolahan. 

" Cepat lah! Dah lambat nak pergi sekolah ni. " Aku menjerit dengan kuat. Kalau tak dengar lagi, tak tahu la nak cakap macam mana dah.

" Tak naklah pergi sekolah. " Ujar abang-abang aku serentak. 

Amboi, mentang-mentang sekolah tu Uncle Irfan yang punya, bukan main lagi ye nak datang atau tak datang.

" Mama! Tengok diorang ni. Tak nak pergi sekolah. " Aku mengadu pada mama. Lantak kena marah.

" Hm biarlah Ayan dengan Iyan tu. Makin dipaksa, nanti makin lambat pula Ria sampai sekolah. Tapi Ayan dengan Iyan kena ingat. Esok kena pergi. "

Apa ni mama! Mana aci macam ni.

" Habis tu Ria macam mana? "

" Ria pergi jela. Sempat lagi ni. " Abang-abang aku dah tersengih. Suka betul eh tak pergi sekolah. 

Sudahlah, aku nak merajuk.

" Cepat la hantar Ria. Kalau lambat, Ayan dengan Iyan mesti juga masuk dalam sekolah. " Lantak kau la bang. Kalau aku sampai sekolah lambat, aku heret dua-dua masuk sekolah.

Kisah apa aku kalau diaorang tak bawa beg sekali pun. Kalau aku terseksa, aku angkut diaorang ni sekali. 

" Dah sampai. " ujar Iryan.

Bukan main laju ye bang kau bawa. Memang betul-betul tak nak pergi sekolah ke macam mana?

" Nak apa? " Iryan menahan aku sebelum keluar. Eh engkau, aku dah lambat dah ni.

" Salam la nyah. Abang kut bukan kawan kamu. " Aku dengan tak rela salam la Iryan. Aku baru nak keluar balik tetapi masih lagi ditahan.

Eh dia ni aku luku kejap lagi. 

" Nak ap... Mak! " Iryan menoleh ke arah belakang.

" Hantu! " Hantu itu terkekeh kekeh ketawa. Mendengar saja bunyi ketawa itu Iryan dan aku menyekeh kepalanya.

"Jangan memain lah! "

" Khinzir la Ayan. Aku tak nak mengaku kau kembar aku. Tobat! "

" Ala lek ah. Aku pun nak juga Ria salam aku. " Mahu tak mahu akumenyalami Aryan. Malas mahu bergaduh. Dah la lambat. Aku masuk ke dalam sekolah dengan tergesa-gesa. Nasib hanya tinggal beberapa minit sebelum perhimpunan bermula.

" Mana kembar? " Soal Efzan yang tiba tiba saja muncul.

Eh aku la. Lepas sorang-sorang. 

" Tak datang. "

" Siapa hantar kau? "

" Efzan, aku nak masuk tau. Yang kau tanya macam-macam ni kenapa? "

Efzan hanya diam dan berlalu pergi. Eh dia ni. Tadi bukan main tanya aku macam-macam. Bila aku tanya balik, dipalaunya aku. Ewah, banyak hodoh muka dia.

" Lantak la. Macam aku kisah je kau nak buat apa. " Bebel aku sendirian. 

" Eh, awak. Nak tanya something boleh? " Aku menoleh. Cakap dengan aku ke?

" Ya? "

" Kelas 4 Alpha dekat mana eh? "

" 4 Alpha? Oh tu eh? Jom la sekali sebab tu kelas saya juga. " Mantap la. Ada budak baru masuk kelas aku. Boleh la nak mencuci mata.

" Budak baru ke? " Aria, kau bodoh ke apa ni? Sah-sah la dia budak baru. Aku memukul diri sendiri dalam otak aku. 

" Ya. Hm dekat mana tempat yang kosong? "

" Kejap ya. Tu tempat Alys. Hm itu tempat Rika hm tu Mel tu Tepung hm ha belakang sebelah tenuk kosong. Ha duduk la. "

" Tepung? " Aku baru sebut nama samaran dia tau. Bukan nama betul dia pun dia dah muncul. Aku agak la, Efzan ni spy la.

Mana-mana pun ada Efzan.

" Entah, tak tahu. " Ujar aku selamba. Tadi kau palau aku kan? Ambil balik.

" Kau berdua-duaan dala kelas ni kenapa? " Efzan ni kan, ada yang kena cepuk kang. 

" Efzan, nak kata kau bodoh, kau tak. Nak kata buta pun tak. Dia budak baru. Aku tolong. Faham? " Aku hampir-hampir saja menaikkan suara. Dia memang tak reti ke nak pergi?

" So? Kau ingat dengan tolong dia, korang dibenarkan berdua-duaan. Macam tu? " Penampar hinggap di pipi Efzan. 

" Kau takda hak nak hina aku sampai macam tu sekali Efzan Naufal! Kau memangkan. Suka cakap orang bukan-bukan. Dengar sini Efzan, aku benci kau. Semuanya sebab diri kau yang terlalu suka judge orang tanpa usul periksa! " 

Efzan bodoh!

Habis basah muka aku sebab menangis pasal dia.

" Bro, Kau nak jaga hati perempuan ni senang je. Tapi lagi senang nak sakitkan hati perempuan. " Pesan remaja lelaki tersebut sebelum berlari ke arah Aria .Efzan sedikit kaku. Dia mengimbas semula kata-kata yang dilemparkan pada Aria.

Entah sampai mana aku lari pun aku tak tahu. Air mata masih lagi mengalir. Penat la kalau macam ni. Ingat Aria, kau gojes-gojes girl. Kau kena kuat. Jangan biarkan kata-kata Efzan buat kau lemah.

" Tisu? " Hulur seseorang.

" Thanks. "

" Wafeq Aqasha. Panggil Wafeq je. " Balas Wafeq mesra.

" Aria. Aria Effa. "

" I know mesti sakitkan? Some people, on the other hand, are continually making judgements on others because they believe they are perfect. "

" Hm, dah la. Kita dah lambat ni nak pergi perhimpunan. " Aku mengajak Wafeq menuju ke arah dewan. Dari jauh aku dah nampak Efzan yang memandang ke arah aku dan juga Wafeq. Aku sedaya upaya cuba mengelak dari Efzan. 

Cukuplah, aku dah penat. 

Kelas yang terakhir telah tamat beberapa minit yang lalu. Aku masih lagi macam tunggul menunggu abang-abang aku mengambil aku. Tapi nampak gaya macam takkan muncul. Haih, kalau aku tahu, tak adanya aku tolak perlawaan Uncle Irfan yang nak menghantar aku pulang ke rumah. 

" Aria. " Aku tak menyahut. Kenal sangat dengan pemilik suara yang memanggil aku. 

Ah, malas nak layan.

" Aria, aku panggil kau ni. " Aku hanya menjeling Efzan. 

Apa lagi yang dia nak? Nak buat aku menangis balik ke?

" Balik dengan aku. " Arah Efzan. 

Amboi, tak ada pula berdua-duan?

" Tak payah sibuk hal aku. Pergi je la balik. Aku kan menyusahkan semua orang. "

" Kau memamg nak mati ke duduk sorang-sorang dekat sekolah? "

" Aku lagi rela mati dari naik motor dengan kau. " Naik motor dengan Efzan? Memang tak la. Tak nak aku. Kalau kena cekup, siapa yang salah?

Entah-entah Efzan salahkan aku lagi.

" Degil ." Efzan dengan selamba menarik tangan aku dan memakaikan aku helmet. Aku cuba menolak tetapi Efzan dengan mudah menolak aku balik.

" Kau nak aku peluk kau dekat tengah-tengah ni atau kau nak tumpang aku. " Aku mengalah. Kalau aku tolak ni, confirm Efzan peluk aku.

Bukan aku tak tahu yang Efzan ni pantang dicabar.

Aku dengan hati yang tak rela membonceng Efzan. Efzan membawa motor berhati-hati. Risau mungkin? 

" I'm sorry. "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now