" Aria, bangun la. " Renjisan air mineral direnjiskan pada muka Aria yang nyenyak tidur. Mata yang masih berat dia gagahkan untuk dibuka. Terpancar muka Efzan dalam kegelapan. Wait, gelap! Spontan dia terpeluk leher Efzan. Badan mula mengigil.
" Sorry, sebab aku kita sesat. " Bisikan Efzan menambahkan lagi ketakutan yang sedia ada. Air mata mula mengalir perlahan-lahan sehingga membasahi jaket yang dipakai oleh Efzan.
Sorry husband, tapi bini awak yang comel ni memang agak penakut sikit. Tak, dia tipu. Dia memang penakut.
" Fal... " Meleret saja suara Aria ditambah dengan tangisan yang dia try untuk cover ayu. Tapi nampaknya tidak berkesan kerana hingusnya meleleh sedikit.
" Kenapa? Kau takut? "
" Tak tapi aku lapar. Tadi aku tak makan lagi sebab tak lapar. "
" Kau ni betul betul menyusahkan hidup aku. " Tengkingan Efzan membuatkan badannya terhinjut sedikit.
" Aku cakap je jangan la nak tengking aku. " Balasnya perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Efzan.
" Dasar anak manja. " Sinis saja suaranya. Mamat ni kan, memang mulut tak reti nak jaga ke ha? Sumpah rasa makin nak menangis.
Sudahlah, aku penat.
" Ha ye memang aku anak manja. Kenapa? Kau dah kurang kasih sayang?! Suka sangat perli dengan hina aku. Patutnya kau biarkan aku tersekat dekat dua alam tu. Jangan kahwin dengan aku. Tapi kau bodoh! Sudahlah! " Dia terus berlari. Lantak apa nak jadi, jadilah.
.......
Pagi itu, madam dan yang lain berjaya menjumpai Aria dan Efzan. Sejak dia lari malam tadi, memang dia dah tak nak pandang or bercakap dengan Efzan. Bukan jijik tapi sebab dia malu dengan perangai sendiri yang tak berapa nak matang ni.
" Ria? Kau okey ke tak ni? Muka pucat je. " Rika melekapkan tangannya pada dahi Aria. Mukanya terkejut semacam. Aria jadi risau.
" Kau demam ni, panasnya. Kejap aku ambil cool fever. " Sini ada peti ais ke sampai ada benda alah tu? Rika menjerit kuat sehinggakan Alys datang dengan tergesa-gesa sampai jatuh tergolek atas tanah. Aria cuba menahan ketawanya tapi tak lepas sebab Rika ketawa siap kentut lagi. Ya Allah apa nak jadi dengan perempuan ni.
" Nak ambil benda ni. Habis kotor baju aku. " Budak ini pun macam tak kisah saja budak-budak tingkatan 3 yang gelakkan dia.
" Eh apa tengok-tengok? " seraya dengan itu Alys menunjukkan jari hantunya. Okey, dia silap. Alys ambil kisah rupanya, sorry gila. Dia tak bersalah dalam hal ni.
.....
Madam mengarahkan Aria untuk pulang dengan lebih awal bersama Ares yang lain. Memandangkan hari ini hari terakhir, khidmat mereka tidak diperlukan.
" Alys, duduk sebelah aku eh? Please. " Walaupun dia tidak berapa sihat, dia masih lagi tidak mahu dekat atau bercakap dengan suaminya.
Lantak kau la. Apa nak jadi, jadi.
" Ala kau duduk jela dengan Efzan. "
" Please Alys, kau tak kesian ke dekat aku yang tengah demam panas ni? " Belum sempat Aria mendengar balasan Alys , dia sudah terjatuh. Pengsan mungkin.
........
Aria membuka matanya dengan perlahan. Agak silau matanya dengan cahaya di dalam bilik itu. Dia memandang bilik putih yang didudukinya dengan sepi. Mata sebelah kiri terlirit pada figura yang sedang tidur di atas kerusi bersebelahan dengannya. Kejap, dia ada dekat hospital ke? Tiba-tiba Aria perasan pergerakkan pada figura itu. Cepat-cepat dia pejamkan mata. Ala-ala tidur gitu ha.
" Kalau aku tak marah kau malam tu pasti tak jadi. " Dia kenal suara ini. Siapa lagi kalau bukan Efzan, suaminya. Baru saja dia mahu membuka mata, Aria terasa ada ciuman hangat di dahinya. Badannya tersentak.
Cis punya suami. Apa main cium time tengah tidur ni?!
" Eh Fal? Papa salah timing eh? "
" Eh takda la pa. Masuk la. " Aik, kekok betul ye suara awak, encik suami?
" Pa, doktor cakap apa? " Ingat caring ke lepas dah marah dia pesemua?
" Aria cuma deman denggi je. " Cuma saja?
" Demam denggi? Hm.. pa ada kerja ke lepas ni? " Efzan nak halau papa ke?
" Aah. Ni papa cuma nak hantar mangkuk tingkat yang mama pesan. " Huluran Encik Affendi disambut oleh Efzan. Selepas Encik Affendi keluar, Efzan memandang Aria yang sedang berpura-pura tidur.
" Aku tahu kau sedar. Bangun jela. "
Okey.
Kejap.
Dia tahu?
TAK NAK BUKA MATA.
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...